Wednesday, 5 September 2012

JEJAK BERKEBUN (GARDENING TRACKS)

1985, berkebun di studio Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM

Berkebun
adalah suatu perjalanan

melapang
membajak
menanam
menyiram
membaja
melindung
memagar
menyubur
melestari
memetik
menikmati
mensyukuri

menghadirkan


putik dan buah-buah mimpi benda
dipanggil
himpunan karya

Berkebun
adalah tapak penzahiran
perjalanan niat ke jasad
yang hendaknya
hadir
dari nafas
KEARIFAN YANG INFINIT

1985, berkebun di studio Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM
1985, berkebun di foyer Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM, besama Fauzin Mustaffa (kiri sekali) dan Mohd Amin Busu (dua dari kiri)
1986, bersama rakan sekuliah selepas jenuh berkebun di studio Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM
1986, berkebun di UiTM Kelantan, sambil diperhati oleh rakan, Mohd Amin Busu.
1986, berkebun di tebing Sungai Melaka
1986, berkebun di pinggir jalan bandar Melaka
"Lu apa hal?"
1987, berkebun di Nanyang Academy of Art, Singapura, bersama Haron Mokhtar dan rakan-rakan dari beberapa negera ASEAN
1987, berkebun di Singapore Zoo, sambil dengan Romli Mahmud, rakan dari Indonesia, Haron Mokhtar dan seorang lagi rakan dari Malaysia
1987, berkebun di Singapore Zoo
1990,dalam studio catan di Southern Illinois University at Carbondale USA
1991, dalam studio catan di Southern Illinois University at Carbondale USA
1991, dalam studio catan di Southern Illinois University at Carbondale USA
1991, berkebun dalam studio di sebuah pusat komuniti di Carbondale, Illinois USA, bersama dengan isteri, Rozana Mohamed
1991, bergambar selepas berkebun dalam studio di sebuah pusat komuniti di Carbondale, Illinois USA, bersama dengan Taufik Abdullah dan Najjar Musawwir
1991, berkenun dengan anak-anak sebuah komuniti African American dalam studio sebuah pusat komuniti di Carbondale, Illinois USA
1992, dalam studio suntingan video iEAR (Integrated Electronic Arts at Rensselaer), Rensselaer Polytechnic Institute, Troy, New York USA
2000, studio rumah di Bukit Antarabangsa
2010, berkebun di rumah di Bukit Gambir, Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...