Tuesday, 19 June 2012

NAZLI AZIZ DI KEBUN RUPA


Ni sorang lagi sahabat yang banyak sedekahkan saya maklumat, pengetahuan dan ilmu yang berkat. Nama dia Nazli Aziz, asal satu kampung dengan saya di Perak, tapi ada darah Arab. 

Getaran dia bagus, pengalaman dalam sepak-terajang dunia bisnes dan korporat-keparat-aristokrat-berkarat pun banyak. Pernah jadi antara orang kuat (CEO? kot) yang memastikan KLCC tetap tegak mencacak. 

Setelah berlaku 'kocak' dan hijab terselak, dia beralih arah, dan berganjak paradigma. Dia masuk ke alam seni rupa dengan membuka 'kebun' baru bernama Galeri Chandan (GC) dan Threesixty (yang dah ditutup dan diganti pula dengan NAFA'S - Nazli Aziz Fine Art Space di Jogja rasanya). 

Saya kenal dia pun sejak sebelum dia buka kebun GC dengan rakan kongsi dia, Faizal (orang Perak juge!). Masa tu, GC sedang dibangunkan, dan masih banyak perkara berada dalam medan kuantum (fikir dan rasa) kedua-dua Nazli dan Faizal. Mereka pernah jemput saya untuk jadi kurator pameran "Semangat Chandan". Pameran ni menjadi benih awal dan 'pameran pengenalan' yang menandakan pembukaan GC. 

Semasa berbincang dengan mereka sambil pekena nasi Arab di Ampang, saya dibasuh dengan visi dan misi mereka. Mereka sampuk saya dengan semangat dan getar kuantum mereka yang bagus, dinamik, progresif, agresif, tapi tidak meminggirkan paksi syahadah. Saya suka dan rela. 

Alam seni rupa yang halus tu, banyak benda-benda halus yang sepak-terajangnya main angin je. Tapi Nazli ni brader yang 'cool', dia boleh 'handle'. 

Dia juga tak lokek kongsi visi dan misi, mungkin sebab dia boleh percaya saya sikit (mana boleh 100% kan, sebab saya sendiri pun kekadang tak poleh percaya diri sendiri!). Visi dan misi Nazli yang berpentaskan Galeri Chandan  (GC) serta NAFA'S nampak lebih terang dari sebuah institusi perdana kerajaan yang sepatutnya berkongsi visi dan misi yang sama.

Malah, denai-denai yang telah dibuka oleh GC dan NAFA's (bersama dengan beberapa kolaborator seperti HOM - House of Matahati), nampak lebih produktif menghasilkan benih dan buah-buah muda yang berpotensi, jika dibandingkan dengan institusi perdana ni.

Tapi ini pandangan santai saya dari jauh je, mungkin salah. Mungkin juga saya terpengaruh dengan khutbah Nazli yang sejak kebelakangan ni rajin bertandang ke Pulau Pinang mengusahakan pameran seni rupa. Kalau salah, maafla ya, anggap je ngumpat. Angin ngumpat ni kuat kalau berada dalam alam halus (seni rupa), senang kena sampuk.

Apa pun, terima kasihlah brader Nazli kerana singgah ke Kebun Rupa. InsyaAllah, berkat pakat antara kita, Kebun Rupa juga akan menghasilkan buah yang ranum suatu ketika nanti. Saya dah tayang dan mainkan hasilnya dalam getar kuantum.





No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...