Proposed design for e-mural Al-Bukhari International University (AIU), 2012 |
Pernah saya dikhutbahkan oleh seorang sifu (disebabkan 'angin' saya yang selalu tak berhaluan) dan saya kongsi
di sini :
"Bulan Ramadhan adalah untuk peperangan dalaman di medan ilusi diri. Minda dan perasaan kita yang tidak henti bergetar ini akan diuji dengan pelbagai cara. Laraskan semula minda kita (seperti yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. yang kita kasihi), damaikan hati kita."
"Moga semua kita, terutama sekali saya sendiri dan saudara sesama Islam, akan beroleh kejayaan dalam peperangan dalaman ini. Semoga kita semua berjaya kembali kepada fitrah sepanjang Ramadhan (seperti yang ditandai oleh kesibukan kita 'balik kampung' untuk kembali memohon maaf pada kedua orang tua, terutama sekali penjaga pintu untuk kembali, bonda kita). Berdamailah dengan pengalaman 'hidup', dengan sepenuh keadilan (menerusi kemaafan, bukan tuntutan). Setelah itu barulah manis dan kena pada tempatnya untuk kita menuturkan "Selamat Hari Raya AIDIL FITRI". Semoga kita memperoleh kedamaian atau keraian yang sejahtera(selamat/salam) dalam menyambut kejayaan kita untuk kembali kepada keadilan (aidil) dan fitrah(fitri) kita yang sebenar."
Once I was reminded by a sifu (because of my recurrent bad temperament). And I share :
"Ramadhan is an inner battle in our home field of illusive selves. Our fluctuating mind and feeling will be tested in myriads of ways. Realign our mind (as taught by our beloved Prophet Muhammad), make peace with our heart".
"May all of us, especially my Muslim brothers/sisters and I, gain success in this inner battle. May all of us return to our true nature (fitrah) during this Ramadhan (as epitomized by our 'balik or return to kampung' to seek forgiveness from our parents, especially the gatekeeper of our return, our mother). Make peace with the experience of 'living', in all fairness (through forgiveness, not demands). Then only, it would be a sweet and an appropriate proclamation when we utter "Selamat Hari Raya AIDIL FITRI". May we gain a peaceful (selamat/salam) celebration of our success in our struggle and battle to return to all fairness (Adil) and our true nature (Fitrah)."
No comments:
Post a Comment