Sunday 25 August 2024

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein)

Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat dengan laut. Seorang ayah, namanya You Ming Ong bersama dengan isterinya Ting Swee Ngok mengusahakan restoran makanan laut. Sudah 21 tahun mereka mengusahakan restoran itu, sejak Ming Ong berusia 33 tahun. Mula2 menyewa, selepas itu jadi milik sendiri. Sebelum itu, Ming Ong belajar memasak semasa merantau ke Singapura. Ming Ong asalnya dari Simpang Lima, Ayer Tawar, Perak. Dia berhijrah ke Kampung Baru tempat kelahiran isterinya setelah berkahwin. Mereka berkahwin pada tahun 1976 dan memperolehi 5 anak, semua perempuan.

Salah seorangnya You Jia Xin yg baru saja tamat belajar bidang Seni Halus di USM. 

Semasa kecil, Ming Ong dan Swee Ngok serah Jia Xin pada neneknya utk dijaga kerana mereka terlalu sibuk dgn restoran. Keadaan ekonomi menekan. Nenek menoreh di kebun getah, juga bela dan jual ayam. Jia Xin lebih rapat dgn neneknya, dipanggil Wai Po. 

Setelah kembali bersama mereka, Jia Xin tidak begitu mesra. Dia sudah pekat dimanjakan oleh neneknya. Asyik bermain. Ming Ong cuba tegas, lagilah anak dia tu marah. Garang dan rotan tak berkesan. Cuba pujuk dgn melukis kartun Hello Kitty, Tom & Jerry, tak berkesan. Jia Xin tak suka kartun, lebih2 lagi warna pink. Susah nak ambil hati dia sebab dia dah lekat pada Wai Po. Hati dia tak lekat dgn mereka, dgn rumah dan dgn restoran. Mereka bawa Jia Xin dibawa ke pasar ikan Jeti Kg.Melayu Batu 3 untuk membeli ikan terus dari nelayan, terutama ikan jenahak, senangin, siakap dan kerapu. Sekurang-kurangnya dia boleh kenal jenis2 ikan. Tapi dia tak minat pun. 

Bila Jia Xin masuk sekolah menengah di SMJC Dinding dan SMK Methodist, dia mula melawan. Bila diminta tolong di restoran, dia bertekak dgn pelanggan yg cerewet. Dengan adik beradik lain, selalu bergaduh. 

Setelah dpt peluang melanjutkan pelajaran ke USM di Pulau Pinang, Jia Xin makin jauh. Dia makin sibuk dgn tugasan sbg pelajar. Dia nak jadi pelukis, mengejar mimpi yg tak pasti. Dia 'idealist', melukis itu murni dan tinggi, bukan kerja jual-beli. Jual-beli tu 'kraf' bukan seni halus yg tinggi. Berkarya adalah luahan ekspresi peribadi yg elit bukan brg dagangan murahan. Lagilah Jia Xin jauh dari 'vibe' cari rezki di Manjung tu.

Pada tahun akhir, Jia Xin dan rakan2nya pergi ke Pulau Aman utk membuat kajian tentang lautan. Di situ, dia melihat kehidupan nelayan yg susah utk cari rezki. Dia saksikan betapa para nelayan bergantung pada pengusaha restoran sbg antara sumber pendapatan mereka. Nelayan dan pengusaha restoran saling memerlukan dlm satu sinergi dan ekosistem ekonomi. Kedua2 pihak pula bergantung pada ekosistem dan kelestarian lautan bagi meneruskan kehidupan. Lautan itu nadi. Mereka berkongsi nadi utk menjamin rezki dalam kitaran yg lestari. 

Jia Xin teringat Manjung. Dia nampak semula pasar ikan di Jeti Kg.Melayu. Terbayang perit jerih ayahnya beli ikan awal pagi, memasak, melayan pelanggan dan mengurus restoran. Dia dibesarkan dgn rezki lautan. Terasa betapa akrab hubungan antara ayahnya, ibunya, adik-beradiknya dgn nelayan, ikan dan lautan. Betapa mereka perlukan kesinambungan rezki yg berterusan dlm kitaran atau pusingan yg tak putus. 

Rezki inilah yg mengalir dlm darah dia.

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...