Thursday, 8 August 2024

REVISITING "MIRROR MIRROR ON THE WALL"

Revisiting "Mirror, Mirror on the wall, free me from the poison of your gaze" 1996 at Fergana Art Sçace

"Aku dibesarkan oleh visual bonda dgn telekong, solat dan berdoa pd waktu subuh semasa aku siap2 utk ke sekolah. Bonda aku asal kampung, belajar sampai darjah 6 je, tak sambung. Ikut standard sekarang, tak boleh dipanggil golongan 'terpelajar' atau ahli akademik. 

Bonda hanya boleh baca tulisan jawi dan mengira dlm kepala. Tapi dia genius, terang hati, kreatif, praktikal, pragmatis, memiliki kepintaran pelbagai, dgn SQ yg tinggi, gigih, tekun & rajin berniaga mcm2 utk cari rezki. Semangat dia kental, kuat mental-emosi. Pada waktu sama, taat beribadat. 

Dia jadi wanita Islam Melayu yg awal memiliki kedai kain dan jahitan pakaian wanita di bandar Teluk Intan sekitar awal 1970an. Kedai dia dulu, betul2 di belakang menara Jam Tinggi Teluk Intan.  Mcm2 dia berniaga. Dia bantu ayahanda yg bergaji kecil utk tanggung 9 org anak. Duit hasil berniaga, membolehkan dia membina banglo. Itu amanah dia, tanggungjawab dia. Dia pembawa, pemegang dan penjaga cahaya, melahirkan 9 'cahaya' mata. Hanya ibu dan wanita yg boleh lahirkan 'cahaya'. Ini inspirasi aku, dalam hidup dan dalam berkarya.

Aku dibesarkan oleh 'penjaga cahaya'. Nur utk karya ini aku personafikasikan sbg 'nurbaya', memetik esei tentang klise wanita melayu tradisi oleh tok guru aku Ismail Zain. 

Bila sudah dewasa, aku sambung belajar sampai dpt masters (phd tak sampai, tak cukup layak). Selepas itu jadi pensyarah dan pengkarya, kononnya dah masuk puak terpelajar, intelektual, akademis. Disibuk dan dihambat dgn hidup berlumba dan berebut.  Mengejar dan dikejar nombor serta segala pencapaian, hal atau benda yg boleh disuku, disukat, disakat. 

Aku makin lupa. Aku tenggelam dlm satu sistem global yg sifatnya persis raksaksa kapitalisme pemangsa yg dipacu oleh tamak dan haloba tak bertepi. Aku jadi hamba yg taat pd raksaksa ini."

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...