Tuesday, 13 August 2024

TRIBUT UTK BAHA, DLM DUNIA HILANG PETA.

1989. 35 tahun yg lepas. 

Seorang pelajar Pusat Seni USM telah menghasilkan karya arca bergerak yg dipasang dgn kamera video litar tertutup dan monitor tv. Dipamerkan di Muzium & Galeri USM.

Mungkin ini babak kecil. Mungkin juga terabai, tersisih & terpinggir menempuh lupa generasi tak berpeta. Mungkin juga lupus dlm naratif seni tampak Malaysia yg makin hilang induknya. Makin diserang amnesia, tumpul ketajaman & tradisi inteleknya, pudar cahaya budinya, terputus hormat pd sanad amalannya, haus konteks sejarahnya. Mencapah bersepah dalam keriuhan dan sandiwara acara, ketepuan pasaran tanpa sanad amalan, kerencaman hikayat koleksi peribadi dan perlumbaan tunjuk menunjuk aku punya.

Ironiknya, karya ini kini sudah diperakui. Tapi bukan di negaranya sendiri. 

Ia sudah didokumentasi, dikaji, diteliti, diperi hati, diperhalusi, dibacai, ditulis, diterbit dlm publikasi dan dipamer dlm sebuah pameran antarabangsa di Singapura pd tahun 2023 lepas. Lebih ironik lagi, ia sudah dibeli menjadi koleksi milik @nationalgallerysingapore . Sudah ditakdirkan, ia kini menjadi harta khazanah negara jiran kita. 

Tapi bukan setakat karya dlm bentuk benda yg dibeli jadi koleksi. Dibina juga ilmu yg menunjangi karya yg diamali. Inilah nilai2 tak ketara yg menjadikan khazanah harta itu berharga, bukan setakat mengumpul atau melambak benda takda harga. Yg bernilai itu ilmu yg menunjang amalan seni, bukan gosip2 narsisisma sesama sendiri, tiada berpeta. 

Dimuliakan ilmu dgn penerbitan buku, diskusi dan wacana, juga partisipasi komuniti. Maka yg dibeli, dikumpul, dihimpun itu memiliki nilai pelaburan yg akan terus meningkat mengikut peredaran masa. Itulah strategi lestari jiran kita, sambil kita mungkin sibuk dgn lumba2 visibiliti acara & tunjuk-menunjuk siapa punya benda.

Terima kasih Baharudin Arus atas segala budimu. Moga kamu tenang di sana bersama roh org2 yg soleh. Moga kita bertemu kembali di syurga brader.


@sota_usm

@mgtfusm

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...