Stay centered, where nothing is left, and u don't have to worry about being right.
"Cosmic Dance" (2021)
#senafassenadi @rumahtokcu
Stay centered, where nothing is left, and u don't have to worry about being right.
"Cosmic Dance" (2021)
#senafassenadi @rumahtokcu
When we speak about 'place making' in the language of frequency, we dont refer to 'making' and 'being' in just a physical sense. We refer to 'tuning'. A 'kediaman' in a traditional sense, is a place to 'tune into'.
Original videos in Hasnul Saidon Youtube channel.
'Nobody is perfect'. So, when one is immersing in the joy of painting, try to dissolve and be 'nobody'. InsyaAllah, 'perfect'.
"Ngalir" (2016-2020)
#senafassenadi @rumahtokcu
"En. Hasnul, apa kaitan tradisi dgn kuantum dan dunia virtual?"
Untuk video penuh, cuba ke Hasnul Saidon Youtube di https://youtu.be/1psQefLg8Wo
"Atoms are frozen LIGHT"
Atom adalah cahaya yg dibekukan.
Hati yg gelap membuat mata jadi kasar dan buta. Ia menjadikan segalanya dipandang dgn sinis, cemuh dan renungan beracun (ain). Moga kita dilindungi dari virus ain yg melata dan cepat merebak itu. Moga virus itu dipanah petir pencerahan dan kesembuhan. Moga hati dan wajah kita bercahaya ikut fitrah atom.
@rumahtokcu
Arwah ayahanda aku byk tuliskan doa. Antaranya doa cahaya. Memanglah aku boleh ambil dari buku. Tapi jika ambil dari dia, dpt berkat berguru, sebab diambil bersekali dgn kuliah. Doa2 inilah agaknya, bila diamali dan diimani, telah byk mengimbangkan getaran aku yg kapla angin, tak stabil dan rock kapak. Aku byk disonan, bukan resonan (gema). Apatah lagi bila obses berfikir. Di @rumahtokcu , aku cuba balik ke resonan. Resonan cahaya. Ia dibuka oleh diam. Bila diam, aku perhatikan saja apa yg aku fikir. Bila buka resonan cahaya, ilmu yg ditarik masuk pun melimpah, saling-terkait utk memberi alami yg mencerah. Ya, hati kita selalu dipalit tompok2 hitam. Arwah ayahanda aku selalu pesan agar hati hitam tu tekun dibasuh agar tompok tu tak keras, lekat dan kekal. Ayahanda sering guna metafora kaca pelita Al-Ghazali, dari kitab2 kuning lusuh dia yg penuh dgn 'arakian', 'syahdan' dan byk kata2 klasik. Moga hati kita jernih dan cerah, walau mcm mana pun susah. Kita kini berdepan dgn perubahan dari benda kpd informasi. Informasi, baik yg gelap mahupun terang kini tersebar dlm kelajuan cahaya. Ia dibaca dgn medium yg bercahaya (skrin hp kita ni). Ia menyelimuti kita dlm bentuk gelombang, getaran, frekuensi. Frekuensinya tersangat byk. Moga kita diberi cahaya petunjuk utk memilih frekuensi yg sihat utk kita. InsyaAllah kediaman dan wajah kita berseri tanpa touch up tebal2.
Peristiwanya di anjung masjid. Aku duduk mengadap tubuh arwah ayahanda yg sudah terbujur kaku. Bonda datang ke sebelah ku. Lepas tu, dia buka kain yg tutup wajah ayahanda. Dia usap wajah ayahanda. Dia cium dahi ayahanda yg sejuk. Sambil tu, bonda berkata, "tunggu saya nanti, di pintu syurga." Lepas tu saya peluk bonda, dia terus lemah dan menangis di bahu saya. Ketika itu, walaupun sedih, saya rasa spt kami dipeluk. Yg peluk itu, amat tenang. Sampai sekarang aku cari balik rasa tu, tak dapat. Tak jumpa.
(Cut to..) Sesudah setahun, satu melodi dan lirik bergetar dlm hati aku. Masa tu aku sedang mengusahakan #H3ROziarah . Aku gubah "Di Pintu". Sebahagian liriknya, gini....
"Walau diberi seluruh dunia
Tak dapat membeli sebidang syurga
Tunduklah duhai sayang, lupuskan haloba
Moga kita bertemu di pintu syurga."
Setahun selepas aku berkembara dgn @h3roziarah , aku yg byk defisit ini telah disental dari terlalu obses mengejar haloba. Kemudian, tapak ini muncul pula memanggil aku dan isteri @rozanasbatik . Tiap kali aku ke sini, aku teringat, diberi seluruh dunia pun, tak dpt beli sebidang syurga. Tamak haloba tidak membawa kedamaian. Manusia bijak berhati kering takkan faham. Kini aku lebih rindu pada ketenangan, bukan kepandaian yg amgkuh. Kesyukuran, membawa pada ketenangan. Mungkin spt yg aku rasa ketika aku dan bonda dipeluk oleh satu ketenangan infinit di depan tubuh arwah ayahanda yg kaku. Manala tau, aku dpt rasa di tapak kecil ini, walaupun cuma bayangan sebidang syurga.
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...