Thursday, 14 March 2019

KAU BAGI OKSIGEN, AKU BAGI RACUN.


Hubungan manusia dgn alam sekitar telah digambarkan dgn pelbagai ragam rupa oleh manusia sejak dari zaman pra-sejarah. 

Para seniman tradisi catan China contohnya, menterjemahkan falsafah Taoism menerusi gambaran landskap. Gunung-ganang dan banjarannya dijadikan metafora utk cabaran mencapai puncak ilmu & darjat kemanusiaan yg tinggi. Alam dilukis dlm gubahan menegak. Ruang lukisan dibahagi pd 3, bawah, tgh dan atas utk memberi ilusi pengembaraan keilmuan manusia, dari bawah ke atas. Puncak gunung dilengkapi gambaran tempat ibadat atau premis pertapaan tertinggi. Jln menuju puncak itu dilukis berliku2. Imej manusia dikerdilkan jika dibanding dgn keluasan & kehebatan alam sgb sumber ilmu & kemanusiaan. Dlm tradisi catan landskap China ini, alam dialami & dibaca sbg buku terbuka yg penuh rahsia utk didaki, ditekuni & diteroka, baik dari sisi sains mahupun seni & budaya.

Aliran2 seni moden & pasca moden, terkait secara langsung dgn perkembangan teknologi serta kemunculan teori2 sains. Semuanya memberi kesan terhadap bagaimana manusia mentafsir hubungannya dgn alam sekitar. 

Bagaimana pula hubungan manusia dgn alam ditafsir oleh warisan budaya & tradisi visual Melayu di wilayah Nusantara ini. 

Peradaban yg dipacu oleh kosmologi Melayu Islam Nusantara adalah sistem pandangan hidup yg melestarikan hubungan sesama manusia, manusia dgn alam & yg paling asas, manusia dgn Yg Maha Pencipta. Asas Peradaban Melayu-Islam Nusantara ada tiga, pengesaan yg Maha Pencipta, melaksanakan amanah sbg khalifah yg mensejahterakan alam & yg ketiga, menjaga adab dlm hubungan sesama manusia serta alam. 

Kosmologi ini diterjemahkan dlm sistem hidup & budaya benda yg kaya dgn kearifan, baik dari segi saintifik mahupun seni. Kosmologi ini memuliakan alam sbg tanda2 kasih & belas yg Maha Belas. Tanda2 ini dijadikan subjek utk direnung, difikir, ditekuni, dikaji, dari segala sudut ilmu baik sains mahupun seni. 

Nahu visual pd tradisi Nusantara menyantuni antara yg zahir dgn yg batin, yg kasar dgn yg halus, otak kanan & kiri, lojik & intuisi, tahu & lalu, minda & rasa, sains & seni, fikir & zikir, pintar & belas, bijak & budi, langit & bumi, dunia & akhirat. Kedua pasangan ini didepani secara komplimentari atau saling-melengkapi, utk membina satu ketrampilan peradaban & khazanah warisan yg wajar disegani & dialimi.

Hubungan manusia dgn alam dibaca secara konseptual & abstrak sebagai satu simbiosis yg saling-melengkapi, bukan hairaki antara penguasa dgn hamba. Bukan juga hairaki antara pengeksploit keuntungan dgn alam sbg sumber dagangan berpaksi ketamakkan semata2. Manusia dan alam saling terpaut dlm medan kuantum yg tak henti berputar atau bertawaf dlm kadar yg telah difitrahkan, dari alam sub-atomik yg halus hinggalah kpd sistem planet & cakerawala. 

Manusia dgn pokok2 misalnya adalah senafas & senadi. Manusia menghembus karbon dioksid utk disedut pokok2. Pokok2 menghembus oksigen utk disedut manusia tanpa sebarang bayaran mahupun SST. 

Fitrah dan hukum alam telah diolah dgn begitu indah oleh para seniman awal Nusantara dlm bentuk motif2 berulang & berputar atau melingkar. Ia persis tasbih & zikir dlm frekuensi gelombang atau corak tertentu yg taat & akur pd fitrah. Keteraturan ini diterjemah menerusi simetri. Hukum alam, seperti yg diintai dlm dunia sub-atomik kuantum yg halus itu, bergerak dlm rahsia. 

Tiga dari empat daya dasar yakni daya elektro-magnetik, daya graviti, daya kuat dlm atom menampilkan ciri2 keteraturan simetri, menurut Einstein. Simetri juga dpt dikesan pd struktur tema & susunan surah2 dlm AlQuran, dan pada beberapa ayat yg terkandung di dalamnya. Allahuakbar.

Terbukti, secara saintifiknya, bahawa kosmologi yg memuliakan alam ini membawa faedah kelestarian & kesejahteraan jangka panjang. Hidup yg belas alam bermandi hutan contohnya, diperakui secara saintifiknya boleh memanjangkan umur. 

Kajian2 saintifik yg berkait dgn hubungan manusia dgn alam menemukan kita kpd makna dasar sejahtera itu sendiri. Rasa kekaguman terhadap kebesaran alam dpt meningkatkan kualiti hidup. Berkebun sambil menggauli tanah akan mengurangkan depresi & membuat kita lebih gembira. Tapak kaki yg menyentuh bumi atau 'grounding' membolehkan kita menjadi lebih sihat & sejahtera. Ada byk lagi contoh yg tak terjangkau oleh coretan ini.

Soalannya, apakah kita telah melaksanakan amanah utk mensejahterakan hubungan kita sbg khalifah dgn alam sekitar? Apakah belas alam itu tidak kita murnikan dgn belas insan? Apakah kita telah benar2 menggembeling segala kepintaran sains & kefasihan seni utk membawa kesejahteraan dlm hubungan kita dgn alam sekitar?

Mungkinkah peristiwa di Pasir Gudang baru2 ini satu tanda peringatan kpd kita bahawa mengejar & mencapai kepintaran semata2 tanpa belas, tanpa ihsan, tanpa budi, tanpa adab, boleh membakar, menghangus & menukar segala yg hidup menjadi debu? 

Kepimpinan yg hanya berpaksi minda & pembangunan material semata2 tanpa pemanduan jiwa yg belas, hanya akan membawa bencana, bukan kesejahteraan & peradaban.

Di manakah kita dlm kancah hubungan dgn alam sekitar?



KEBUN JIWA HALUS
13 Mac 2019
7 Tingkat Permai
11700 Gelugor, Pulau Pinang.


AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...