Wednesday, 18 July 2018

ARTIS

ARTIS MUDA MALAYSIA, QUO VADIS

"... Sebabnya, seumur hidup saya, saya tak pernah perasan pun mana-mana karya seni, dalam apa genre dan bentuk sekalipun, yang benar-benar berjaya mencetus suatu ‘revolusi’ yang mampu mengubah apa-apa situasi baik politik, sosial, budaya, mahupun ekonomi negara ini; kecuali mungkin beberapa filem p ramlee, sajak arwah usman awang, kassim ahmad, pak samad, dinsman. Memang ada karya seni yang kontroversial sampai kena gam, kena bakar, kena sensor, tapi akhirnya tidak pula meninggalkan kesan apa-apa kepada masyarakat awam. Senang kata, mana ada karya seni malaysia yang benar-benar berideologi tinggi sampai dapat merubah pemikiran, watak, fi’il, paradigma masyarakat kita?

Kalaupun ada, kebanyakan orang kita tak ambil peduli pun. Contohnya, novel interlok: orang tak bincang pun social commentary, soal multikulturalisme, soal interaksi antara kaum, soal rakyat miskin, soal sejarah negara, yang dikemukakan abdullah hussain berpuluh tahun dulu, tapi ramai orang kecoh tak tentu pasal tentang dua-tiga baris kenyataan yang kononnya rasis melampau. Buku shit tulisan pak shahnon dulu, sapa ada bedah siasat satira kritikal dia, yang nak kaitkan fenomenologi shit dalam perut dengan kenajisan politik nasional waktu tu?

Dalam bidang seni rupa, mungkin bagi kita yang terlibat kita rasa mystical realiti piya dan pak leman tu hebat, radikal, berkonsep tinggi, anti-western habis … tapi ada orang luar seni kesah?

Sebab itulah hasnul pernah kata, art malaysia sebenarnya macam aktiviti sumbang mahram, macam incest … pusing-pusing orang sama; tak pernah keluar dari cocoonnya, dari communenya sendiri. Yang puji-kutuk orang seni ialah orang seni, yang beli work pun ramai orang seni, art kritik pun geng seni juga, yang baca blog seni orang seni, yang beli sentap dan senikini orang seni – walaupun tak ramai – yang meramaikan pameran seni ialah orang seni, yang jadi juri bms pun balik-balik orang yang ada kaitan dengan seni. Jadi, hakikatnya komuniti seni kita is highly incestuous. Sebab itu selagi kita tak melepasi taboo ini, seni rupa malaysia akan terus mengalami psychological trauma, terus melahirkan produk-produk down syndrome.

Fenomena sumbang mahram ni kena mengena juga dengan cara kita cari sumber inspirasi dan rujukan. Kalau kita asyik belek imej-imej dalam majalah, katalog atau blog seni, dan tak pernah nak study ilmu-ilmu lain, tak pernah nak telaah bidang-bidang lain, asyik terperap dalam studio, tak nak bercampur dengan orang bukan seni, itu pun dikira benda incest juga. Macam kata piya dan pak leman dalam manifesto mistikal realiti, inilah antara puncanya seni malaysia nampak sangat derivatif dan imitatif, tak produktif dan kreatif. Sebab incestlah baka keturunan dan design dna seni kita punah-ranah. Sebab berlaku sumbang incestlah, yang banyak lahir ialah karya-karya dan gaya-gaya bastard, terencat, lembam, hybrid lintang-pukang."

-- Nur Hanim Khairuddin, "Artis Muda Malaysia, Quo Vadis," 2010

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...