Sabtu 4 November 2017
Seksyen 7, Shah Alam
3.30 hingga 5.30 petang
Sabtu lepas saya ke Shah Alam untuk bertemu dengan Fuad Arif, seorang
pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM yang kini sedang membuat
penyelidikan Phd di UPSI. Saya mahu bertanyakannya tentang beberapa frasa kunci
yang digunakan untuk menghuraikan tentang fenomena kuantum. Saya ingin mengetahui
sejauh manakah ia berkait dengan pengalaman beliau sendiri. Sebelum ini, saya
pernah bertanya kepada beberapa kenalan lain seperti Dr. Chong Hong Yew, Mohd
Noor Mahmud, Nasir Baharuddin dan Sulaiman Esa.
Saya kongsikan di sini apa yang sempat saya catitkan. Perlu ditekankan di sini bahawa ini adalah versi deraf awal. Teksnya mungkin akan mengalami perubahan.
1 1. Realiti berpaksi saksi
“Persoalannya adakah ‘o’ pada ‘observer' itu merujuk kepada ‘O’ besar atau ‘o’ kecil? Pada saya hidup ini adalah berkaitan dengan realiti kesedaran (consciousness). Tapi yang
saya maksudkan tidaklah bersangkut dengan clinical
psychology. Yang saya maksudkan mungkin lebih kepada kitaran antara being dan unbeing, closing dan disclosing. It resonates
(Ia bergema) with how I experience things.
There’s also the ontological experience
of being. Kita membahasakan sebagai consciousness
(kesedaran). Dalam banyak keadaan, kalau mengikut Heidegger, ‘we are unconscious’ (kita tidak sedar).”
2 2. Alam
yang bertingkat dan multidimensi
“Kita sudah berada di dunia ini dan perlu strive dengan apa yang kita harus alami dalam kehidupan. Ilmu manusia yang ada dan alam ini pun hanya
seperti satu titik kecil sahaja. We
experience our world here, do our best.”
3 3. Saling-bertautan
dan Kesatuan Medan Kearifan Tunggal
“Bagi saya perkara ini is not that simple. Ia seperti sistem
akar, saling bertaut tapi ada otonomi, ada bahagian-bahagian dengan peranan masing-masing
yang terpisah dan berbeza, ada sifat-sifat tersendiri tapi pada masa yang sama,
connected. Kita boleh juga lihat pada
ombak, ada masa ia jadi ombak yang tersendiri, ada masa ia kembali menjadi
laut.(Graham) Harman ada sentuh tentang... mengulas tentang hal Gaia oleh James Lovelock. Beliau menghujah bahawa tidak semua benda bertaut.”
4 4. Otak
Kuantum
""Adakah dapat dijawab. Masalahnya bila soul (roh) diletakkan dlm persoalan ini maka ia menjadi tidak bermakna."
5 5. Berpasang-pasang
dan Saling-melengkapi
6 6. Microcosm
dan macrocosm
“Ini merujuk kepada sifat
makhluk, realm of creation and
experience. Still within the framing of
language."
7 7. Kesedaran
Tinggi
“The term higher suggests hierarchy. Ada tinggi, maknanya ada
rendah. Ada pandai atau intelek, ada bodoh atau dumb. Dualisma ini kesan dari scienticism,
satu paradigma yang menekankan hairaki. Sebab itu ia juga mudah diserap
unsur-unsur politik juga. I don’t feel
comfortable with the word ‘higher’ and ‘mind’. Kenapa tidak digunakan
istilah self, being, soul. Bila kita
memandu kereta contohnya, kita juga boleh mengalami sesuatu yang beyond seeing, satu fenomena yang
melibatkan minda, emosi dan body.
Mungkin kita merasa nostalgik, itu juga satu fenomena sedar. Pada saya, ini
lebih berkait dengan momen-momen yang
Heidegger katakan sebagai ‘poietic revealing’. Ini jugalah yang menerangkan ungkapan ‘wow’ yang disebut tadi.
Ia boleh dialami dalam fenomena-fenomena pada alam dan manusia. Mengalami momen
matahari terbit atau kelopak-kelopak bunga yang tumbuh boleh dijadikan contoh. Pengalaman
yang paling dasar ini berlaku sebelum hadirnya pemikiran intelek, disebut pre-intellect atau pre-cognition. Contoh lain ialah bila kita menyaksikan bayi
dilahirkan. Ada yang mengungkapnya sebagai moments
of now, atau moment of ecstasy. Antara
badan dengan minda kita, ada chaos
yang menjadi sebahagian dari pengalaman. Kita juga perlu ada kesedaran dan rasa
bertanggungjawab terhadap body. Dalam
wacana agama secara umum, body sering
dianaktirikan, dianggap rendah, sekadar daging. Tapi dalam konteks Islam, badan
tidak dipinggirkan. Malah, Nabi Muhammad sendiri amat menjaga penampilannya. Dia
bawa sikat rambut ke mana-mana. Kebersihan badan juga ditekankan. Islam dalam
hal ini tidak hanya menekankan hal-hal yang abstrak atau yang dianggap tinggi,
tetapi perkara-perkara dan pengalaman yang konkrit. Pada saya, badan pun
berfikir, seperti pergerakan tangan ketika kita memandu sambil fikiran berada
di tempat lain. Ini berkait juga dengan ‘embodied
object’ di mana sebahagian dari diri terserap dalam objek, hilang dalam
kesedaran”
8 8. Geometri
dan tatabahasa harmoni
“Ini berkait dengan matematik.
Juga dengan satu idea bahawa essence
kehidupan itu adalah Universal. Boleh dibaca secara kuantitatif dan secara
metaforikal. Saya tidak pasti tentang direct
relation between geometry and harmony. Namun kehidupan juga ada unsur chaos. Dalam minda kita sendiri ini
berlaku. Saya tidak melihat diri sebagai seorang yang mengamalkan geometri
dalam pengkaryaan. Karya saya untuk
Bakat Muda adalah hasil dari pengalaman saya mendengar lagu Bach. Lagu itu
mungkin ada unsur geometri dan harmoni, tapi pada waktu itu saya tidak
memikirkannya. Saya di pejabat seorang diri, berehat tanpa ada sebarang niat
apa-apa, tiada sebarang jangkaan atau perancangan, mendengar lagu Bach
dimainkan sambil melihat skrin komputer yang hitam tanpa signal, kosong. Ia
meninggalkan kesan seperti membuka sesuatu, like
opening up something. Rasa diri sangat kerdil.”
“Asalnya ide untuk karya BMS itu tidak
melibatkan sebarang visual langsung, hanya dinding-dinding hitam dan gelap.
Setelah itu saya terfikir untuk menggunakan terjemahan Al-Fatihah kerana tidak
mahu suasananya menjadi terlalu asing. Saya juga mahu penonton mengalami
sesuatu secara visual. Ia lebih kepada metaphoric
projection, merujuk kepada sesuatu yang ambigious, bukan hanya black and
white. Asalnya saya tidak membuat karya itu untuk BMS. Tetapi selepas karya BMS
itu, beberapa kejadian lain yang agak
menduga juga berlaku dalam hidup, yang menyebabkan saya banyak membuat refleksi.
Mungkin kita perlu
bijak berduet antara harmoni dengan chaos, being dengan unbeing, closing dengan disclosing”
Moga kita semua memperolehi pencerahan dan pemurnian fikir serta budi
dari perkongsian ini. Terima kasih brader Fuad Arif.
No comments:
Post a Comment