Thursday, 9 November 2017

APA REAKSI FUAD ARIF?

Sabtu 4 November 2017
Seksyen 7, Shah Alam
3.30 hingga 5.30 petang

Sabtu lepas saya ke Shah Alam untuk bertemu dengan Fuad Arif, seorang pensyarah di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM yang kini sedang membuat penyelidikan Phd di UPSI. Saya mahu bertanyakannya tentang beberapa frasa kunci yang digunakan untuk menghuraikan tentang fenomena kuantum. Saya ingin mengetahui sejauh manakah ia berkait dengan pengalaman beliau sendiri. Sebelum ini, saya pernah bertanya kepada beberapa kenalan lain seperti Dr. Chong Hong Yew, Mohd Noor Mahmud, Nasir Baharuddin dan Sulaiman Esa.

Saya kongsikan di sini apa yang sempat saya catitkan. Perlu ditekankan di sini bahawa ini adalah versi deraf awal. Teksnya mungkin akan mengalami perubahan. 


1. Realiti berpaksi saksi

“Persoalannya adakah ‘o’ pada ‘observer' itu merujuk kepada ‘O’ besar atau ‘o’ kecil?  Pada saya hidup ini adalah berkaitan dengan realiti kesedaran (consciousness). Tapi yang saya maksudkan tidaklah bersangkut dengan clinical psychology. Yang saya maksudkan mungkin lebih kepada kitaran antara being dan unbeing,  closing dan disclosing. It resonates (Ia bergema) with how I experience things. There’s also the ontological experience of being. Kita membahasakan sebagai consciousness (kesedaran). Dalam banyak keadaan, kalau mengikut Heidegger, ‘we are unconscious’ (kita tidak sedar).”

2. Alam yang bertingkat dan multidimensi

“Kita sudah berada di dunia ini dan perlu strive dengan apa yang kita harus alami dalam kehidupan. Ilmu manusia yang ada dan alam ini pun hanya seperti satu titik kecil sahaja. We experience our world here, do our best.”

3  3. Saling-bertautan dan Kesatuan Medan Kearifan Tunggal

“Bagi saya perkara ini is not that simple. Ia seperti sistem akar, saling bertaut tapi ada otonomi, ada bahagian-bahagian dengan peranan masing-masing yang terpisah dan berbeza, ada sifat-sifat tersendiri tapi pada masa yang sama, connected. Kita boleh juga lihat pada ombak, ada masa ia jadi ombak yang tersendiri, ada masa ia kembali menjadi laut.(Graham) Harman ada sentuh tentang... mengulas tentang hal Gaia oleh James Lovelock. Beliau menghujah bahawa tidak semua benda bertaut.”

4. Otak Kuantum

""Adakah dapat dijawab. Masalahnya bila soul (roh) diletakkan dlm persoalan ini maka ia menjadi tidak bermakna."
 

5. Berpasang-pasang dan Saling-melengkapi
6. Microcosm dan macrocosm

“Ini merujuk kepada sifat makhluk, realm of creation and experience. Still within the framing of language."


7. Kesedaran Tinggi

The term higher suggests hierarchy. Ada tinggi, maknanya ada rendah. Ada pandai atau intelek, ada bodoh atau dumb. Dualisma ini kesan dari scienticism, satu paradigma yang menekankan hairaki. Sebab itu ia juga mudah diserap unsur-unsur politik juga. I don’t feel comfortable with the word ‘higher’ and ‘mind’. Kenapa tidak digunakan istilah self, being, soul. Bila kita memandu kereta contohnya, kita juga boleh mengalami sesuatu yang beyond seeing, satu fenomena yang melibatkan minda, emosi dan body. Mungkin kita merasa nostalgik, itu juga satu fenomena sedar. Pada saya, ini lebih berkait dengan momen-momen  yang Heidegger katakan sebagai ‘poietic revealing’. Ini jugalah yang menerangkan ungkapan ‘wow’ yang disebut tadi. Ia boleh dialami dalam fenomena-fenomena pada alam dan manusia. Mengalami momen matahari terbit atau kelopak-kelopak bunga yang tumbuh boleh dijadikan contoh. Pengalaman yang paling dasar ini berlaku sebelum hadirnya pemikiran intelek, disebut pre-intellect atau pre-cognition. Contoh lain ialah bila kita menyaksikan bayi dilahirkan. Ada yang mengungkapnya sebagai moments of now, atau moment of ecstasy. Antara badan dengan minda kita, ada chaos yang menjadi sebahagian dari pengalaman. Kita juga perlu ada kesedaran dan rasa bertanggungjawab terhadap body. Dalam wacana agama secara umum, body sering dianaktirikan, dianggap rendah, sekadar daging. Tapi dalam konteks Islam, badan tidak dipinggirkan. Malah, Nabi Muhammad sendiri amat menjaga penampilannya. Dia bawa sikat rambut ke mana-mana. Kebersihan badan juga ditekankan. Islam dalam hal ini tidak hanya menekankan hal-hal yang abstrak atau yang dianggap tinggi, tetapi perkara-perkara dan pengalaman yang konkrit. Pada saya, badan pun berfikir, seperti pergerakan tangan ketika kita memandu sambil fikiran berada di tempat lain. Ini berkait juga dengan ‘embodied object’ di mana sebahagian dari diri terserap dalam objek, hilang dalam kesedaran”

8. Geometri dan tatabahasa harmoni

“Ini berkait dengan matematik. Juga dengan satu idea bahawa essence kehidupan itu adalah Universal. Boleh dibaca secara kuantitatif dan secara metaforikal. Saya tidak pasti tentang direct relation between geometry and harmony. Namun kehidupan juga ada unsur chaos. Dalam minda kita sendiri ini berlaku. Saya tidak melihat diri sebagai seorang yang mengamalkan geometri dalam pengkaryaan.  Karya saya untuk Bakat Muda adalah hasil dari pengalaman saya mendengar lagu Bach. Lagu itu mungkin ada unsur geometri dan harmoni, tapi pada waktu itu saya tidak memikirkannya. Saya di pejabat seorang diri, berehat tanpa ada sebarang niat apa-apa, tiada sebarang jangkaan atau perancangan, mendengar lagu Bach dimainkan sambil melihat skrin komputer yang hitam tanpa signal, kosong. Ia meninggalkan kesan seperti membuka sesuatu, like opening up something. Rasa diri sangat kerdil.”

“Asalnya ide untuk karya BMS itu tidak melibatkan sebarang visual langsung, hanya dinding-dinding hitam dan gelap. Setelah itu saya terfikir untuk menggunakan terjemahan Al-Fatihah kerana tidak mahu suasananya menjadi terlalu asing. Saya juga mahu penonton mengalami sesuatu secara visual. Ia lebih kepada metaphoric projection, merujuk kepada sesuatu yang ambigious, bukan hanya black and white. Asalnya saya tidak membuat karya itu untuk BMS. Tetapi selepas karya BMS itu,  beberapa kejadian lain yang agak menduga juga berlaku dalam hidup, yang menyebabkan saya banyak membuat refleksi. Mungkin kita perlu bijak berduet antara harmoni dengan chaos, being dengan unbeing, closing dengan disclosing




Moga kita semua memperolehi pencerahan dan pemurnian fikir serta budi dari perkongsian ini. Terima kasih brader Fuad Arif. 

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...