Seperti biasa, coretan Hasmi mengusik minda dan rasa. Saya whatsapp kpd dia reaksi saya, sebagai seorang kenalan.
Hari ini saya rajin sikit nak kongsi reaksi saya kpd dia. Itupun setelah direnungi bahawa perkongsian ini mungkin boleh dimanfaatkan dgn baik oleh kita semua.
Saya:
"Salam brader. Esei tentang budget osem. Pada saya mat rock kapak separa pencen ini, esei tu perlu direct pd point yg paling mendasar - antara tafsiran budaya dari segi materi (termasuk wang ringgit, ekonomi dan segala yg boleh disukat sakat di KPI, ROI -return of investment , yg boleh dipiawaikan) dengan tafsiran budaya dari segi non-materi (nilai-nilai halus seperti cara fikir dan adab kesantunan). Kedua2 tafsiran membawa kpd sikap dan tindakan yg berbeza. Malah, boleh dibahaskan bahawa ketaksuban kpd ciri2 pulangan materi boleh merosakkan aspek non-materi atau nilai pd budaya. Mengejar 'rating' dijadikan contoh dlm esei brader.
Oleh itu persoalannya, kita harus ambil tafsiran, sikap, posisi dan tindakan yg mcm mana? Nak kejor budaya material atau budaya non-material?
Dari cara hang khatamkan tulisan tu, penekanan lebih kpd budaya dan warisan non-material (tak ketara/intangible culture & heritage) yakni akal dan budi, ilmu dan adab.
Soalannya, budi dan adab wajib ke ada budget tahunan dari kerajaan (baik negeri atau negara) sebagai pra-syarat? Saja je ngusik hang!
Tiap kerajaan ada tanggungjawab besar dan mencabar utk mensejahterakan budi dan adab, 'hidden point brader' yg amat penting dlm esei itu. Besar dan mencabar krn kedua-duanya tak bergantung pd sebarang pelaburan material termasuk budget, walaupun kesan atau ROI dan KPI nya amat mendalam dlm membina ketamadunan. Tamadun hancur kerana ada ilmu tapi takda budi dan adab. Hang punya 'closing point' tu dah osem. Takyah la surrender, tak perang pun, hehehh. Aku suka baca hang punya tulisan. Aku ni memilih, dah tua."
Mi, hang try baca ni. Ni bukan fikiran aku, tapi diringkaskan dari buku kawan2. Aku tulis pun utk rujukan anak2 murid."
Reaksi saya ini diterima dgn rendah diri dan santun oleh Hasmi, yg tak habis berterima kasih krn artikelnya dibaca. Dah jadi seakan ritual yg sering berlaku selepas saya whatsapp, dia terus telefon utk susul berbual. Topiknya tentang semakin hilangnya adab dan budi pd ilmu, terutama di kalangan mereka yg selama ini diterima sebagai orang2 yg berilmu. Fenomena ini buat saya sendiri disampuk resah, kecewa, murung dan hampir nak marah2 (yg perlu dikawal atas nasihat doktor). Antara kesimpulannya, 'tanpa budi dan adab, budaya tak dapat membina ketamadunan' dan, 'tidak bersetuju bukanlah tiket utk menjadi tidak beradab.'
Terima kasih sdr Hasmi. Kita ingat mengingati dan berpesan-pesan utk satu sama lain.
No comments:
Post a Comment