Thursday 8 December 2016

ANTARA MENARA CONDONG & SK HORLEY METHODIST - BLUES TELUK INTAN



Utk Delly Adeela, Amira Hasnul & Ainina Hasnul

Paling kanan, sekolah abah. Paling kiri, Menara Condong Teluk Intan. Antaranya adalah sejarah yg takda dlm silibus SPM atau sebarang peperiksaan dlm mana2 universiti yg hebat2. 

Sewaktu sekolah rendah, abah menyusuri deretan kedai2 ni utk ke kedai kain Tok Syeh dlm Bangunan MARA di sebelah kiri gambar tu (berdepan Menara Condong) selepas habis waktu sekolah. Di situlah Tok Syeh mula membina jenama yg kemudiannya menjadi simbol dan ikon emansipasi wanita (kampung) yg berjaya sebagai seorang usahawanita - jenama 'Jamaliah Noordin'. 

Setelah menyewa di situ, Jamaliah Noordin berpindah tapak ke belakang Menara Condong. Di situ abah diajar tentang 'kehidupan' tanpa silibus mahupun bunyi loceng tanda matapelajaran bertukar. Jika di sekolah, suara Tok Wan memang terkenal kuat, di kedai kain, suara Tok Syeh dan mesin jahit Singer menjadi muzik utk abah.

Selain Jamaliah Noordin, ada dua lagi jenama yg berdekatan dgn kedai Tok Syeh, yg perlu abah susuri sepanjang deretan kedai2 ini. Kedua-duanya berdekatan, dan telah di 'fixed-deposit' dlm memori, sanubari dan lidah Perak abah - mee rebus Mastan Ghani & Pak Din. 

Legasi Mastan masih diteruskan oleh generasi cucu dan cicitnya. Legasi Pak Din, setelah kematian anaknya Rahman (juga rakan sekolah abah), kini diteruskan oleh menantunya (balu Rahman). Osem.

Bagaimana pula dgn legasi Jamaliah Noordin? Tapak legasi puluhan tahun kedai kain 'Jamaliah Noordin' di kaki Menara Condong kini bertukar menjadi tumpuan kunjungan pelancong dan rombongan Cik Kiah. Seperti hilangnya suara Tok Wan dari dinding2 uzur SK Horley Methodist yg abah ziarahi dgn kawan2 (anak2 murid dia juga), gitulah juga hilangnya 'Jamaliah Noordin'. Segalanya hanya pinjaman sementara. Takda yg kekal selamanya. 

Sekali pandang, memang condong rasa jiwa. Tapi perlu diingat, legasi Tok Syeh atau Jamaliah Noordin dan Tok Wan telah tertanam dlm jiwa halus, termasuk jiwa kamu semua, utk tumbuh melata. Kawan2 sekolah yg abah jumpa tempoh hari mengatakan cara Abah bercakap mcm Tok Wan, dan mereka berterima kasih pd Tok Wan kerana mengajar mereka solat. Itu contoh legasi yg ditanam dlm jiwa bukan benda je. Gitu jugalah dgn Tok Syeh yg tidak jemu membekalkan nasihat dan ilmu buat mereka yg tahu menghargai nilainya. 

Oleh itu, tolonglah 'respect' Jamaliah Noordin ni. Walaupun dia mungkin dah mcm org tua separa nyanyuk yg kulitnya dah banyak kedut, dia ada 'sejarah' dan 'memori' yg amat hebat utk dikenang, ditatang, disantuni dan dijadikan bekalan ilmu yg amat berguna dan tak terbayar dgn wang ringgit. Setiap kedut pada wajahnya adalah lipatan pengalaman yg berharga, setiap renungnya tembus pura2. Cuba kamu renungkan, adakah kamu bertiga dapat menandingi pencapaian Tok Syeh dlm persekitaran masyarakat pekan kecil (lewat 60an) yg umumnya memandang rendah atas keupayaan wanita Melayu (dari kampung) utk berniaga dan menyara keluarga? 

Sorilah terpaksa melagukan blues yg sama setiap kali balik ke Teluk Intan. Bukan apa, bila dah tertanam dlm jiwa kamu, nanti kamu boleh sampaikan pada anak2 dan cucu cicit pewaris kamu agar mereka tidak lupa, agar mereka mengasihi dan menghormati warisan dan bekalan Tok Syeh & Tok Wan.

Sekian,
Abah.

No comments:

Post a Comment

DENAI PULIH

Tidak semua tentang rawatan, pemulihan dan penyembuhan itu bergantung pd sains perubatan semata-mata, atau ilmu yg bersifat empirikal sj. Ia...