Tuesday, 16 August 2016

BALADA 'GENTRIFIKASI' ATAU 'HIPSTERISASI'?


Rakan saya Anderson mengusik saya dgn link di atas. Link tersebut berkisar hasil dapatan kajian tiga tahun tentang beberapa variasi projek yg berasaskan komuniti, dan yg berpegang kpd andaian bahawa seni dapat membawa faedah secara langsung dan kesan yg dpt disukat pada masyarakat. Hasil kajian ini seakan mengajak kita menyoal andaian malas ini. 

Seperti seorang Zen master, Anderson sesekali 'membangkit'kan saya dari lena atau tidur dengkur yg keluo air lior basi (lupa dan lalai). Apabila kita terlalu lama berkubang dlm sesuatu 'environment' (persekitaran, kerja, tingkah-laku, amalan, rutin, ideologi) kita boleh lupa yg kita dah jadi 'environment' itu, atau 'environment' itu dah jadi kita. Sesekali perlu bangkit, keluar, dan jadi sedar.

Saya respon begini. 

Anderson Ee, niat tak boleh disukat secara empirikal. Ni la akibat saka paradigma positivisme sains totok dipaksa-rela dlm bidang yg berasaskan paradigma interpretif yg subjektif. Yg 'get it wrong' adalah meletakkan paradigma yg tak kena pd tempatnya. Guna sains utk sukat seni dan budaya, memangla tak jadi. Malah dlm aplikasi geran penyelidikan pun ada yg perlu jawab 'xpected outcome' - kalau dah tau outcome (jawapan) tak payahlah nak research, eksperimen dan cari jawapan lagi dah. Geran projek lagilah kena kenalpasti outcome. Gitu juga dgn 'course outline' termasuk utk kursus2 seni. Kajian atau projek seni lebih ke arah 'penerokaan', 'eksperimentasi', 'percubaan', 'mencari hipotesis atau andaian baru', 'mengalami', 'merakakamkan pengalaman' dll terma yg berlainan dgn kajian dan projek sains. Keadilan adalah meletakkan benda dan perkara pada tempatnya'. Jika benda dan perkara berada pd tempatnya, barulah ada 'resonance'. Kalau tak jadilah mcm ni, 'dissonance'. Tapi kan ramai juga yg suka pd yg 'dissonance' walaupun tau ia merosakkan getaran diri (hormon cortisol) dan boleh bawa penyakit bila dah masuk umur 40. Mak gua ckp 'ikhlas tu kalis setan'. Buat la apa pun, buatlah dgn niat yg ikhlas. Memang tak boleh sukat, tapi hasilnya confirm osem.

Gitupun, kita boleh belajar dari dapatan kajian ini. Paling terkesan sekali adalah bahagian ini: "Take the idea of using the arts as a tool for regenerating rundown inner-city areas. This has led to huge and often impressive capital projects. But the results of plonking a swanky new arts centre into a poor area aren’t always entirely beneficial. As the report points out: “The regeneration of places is usually accompanied by gentrification… and the exclusion of communities who live there [as they] are forced out by rising property prices.” In short, the people who were supposed to benefit from inner-city cultural investment can no longer afford to live near the arts centres that were built for them."

Petikan di atas tempiasnya rasa amat dekat dgn kota bersejarah di tanah tumpah kuah nasi kandaq, rasa je la. Selain 'gentrification' ada tak istilah 'hipsterification'? Tanya je la.

Tapi kalau banyak tanya, nanti kena tanggung akibatnya, seperti yg tertulis dalam esei tu, "From being a daring idea of a few marginalised “community artists” back in the Seventies, the notion that art has social benefits and should be taken out into the world is a received wisdom – which you question at your peril."

Kesimpulannya, buat projek kecil-kecilan fardhu kifayah tanggung sendiri, tulus ikhlas kongsi bahan yg takda sebarang bidaah seni ngada2, cari audien sasaran sendiri dan lokasi sendiri tanpa mengemis utk tampal logo penuh poster (atau isi borang dgn 'expected outcome'), tanpa perlu bertenggek pd isu-isu panas utk naikkan indeks 'visibility', tolong sesiapa yg patut ikut kemampuan, utk alami sesuatu pengalaman tanpa perlu disuku-sukat-sakat, lagi afdal dan bahagia. Dalam realiti kini, ini satu perjuangan yang walaupun getir, tapi boleh jadikan kita bahagiawan.




No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...