Thursday, 29 November 2012

WHO AM I? WEARING CULTURES IN THE 'CYBERIA' OF THE 21st CENTURY.



http://issuu.com/mgtfusm/docs/wearing_culture
 
This is a collection of digital composites done by the 1st. year design students of the School of the Arts, USM, as one of their assignments for Cross-cultural Design course. 

 
The assignment is approached as cultural studies in action, in which the students themselves become actively involved in the signifying practices of language and representation (in this case, 'design'). They were asked to choose and 'perform' a character that can be taken as a 'text' or 'signification' of a particular set of cultural values and identity. Through this assignment, the notions of language, culture and identity are 'performed' by the students themselves. It shows how the discourse of identity, is held to be social and discursive construction (Barker, 2000). Identities are products of signifying practices and representations. Identities can be taken as both stable and unstable description in language (of design, in this case). For some, identity is more a state of constant negating and becoming rather than a fixed entity (Hall, 1992 & 1996). The students are both the 'texts' and the 'active audience and interpreters/readers', or even 'subscribers' of signs', living in a continuous loop of significations (through fashion and other forms of design, not to mention, social media). They have to be fluent in 'performing' their chosen identity and roles in the 'language games' of the 21st. century. The assignment also signifies a shift from 'talking to' students, to 'listening to' students as active readers/interpreters of signs and performers of cultural identities.
 
Dalam Bahasa Melayunya, "Ini adalah himpunan komposit digital yang dihasilkan oleh para pelajar rekabentuk, tahun satu, dari Pusat Pengajian Seni USM. Ia adalah sebahagian dari tugasan mereka untuk kursus Rekabentuk Rentas-Budaya. Tugasan ini ditanggani sebagai satu bentuk kajian budaya, dalam mana para pelajar itu sendiri terlibat secara langusng dalam amalan memberi signifikasi menerusi bahasa dan representasi (dalam kes ini, menerusi bahasa rekabentuk). Mereka diminta untuk memilih dan mengaksikan satu watak yang boleh dianggap sebagai suatu 'teks budaya' atau 'signifikasi budaya' yang mewakili satu set nilai dan identiti budaya yang tertentu. Menerusi tugasan ini, tanggapan tentang bahasa, budaya dan identiti telah diaksikan sendiri oleh para pelajar. Ia menunjukkan bagaimana wacana tentang identiti semakin menjadi pentas perundingan dan konstruksi sosial (Baker, 2000). Identiti adalah hasil proses signifikasi dan representasi. Identiti boleh dibaca sebagai deskripsi bahasa (rekabentuk) yang stabil dan juga tidak stabil. Bagi segelintir manusia, identiti lebih merupakan satu bentuk pertimbangan kendiri dan sentiasa dalam keadaan 'sedang menjadi/membentuk' (Hall, 1992 & 1996). Para pelajar bertindak sebagai 'teks budaya' dan 'penonton, pembaca, pentafsir', malah 'pelanggan' tanda-tanda budaya yang aktif, hidup dalam kitaran signifikasi yang berterusan (menerusi fesyen, dan lain-lain bidang rekabentuk, termasuk media sosial). Mereka perlu fasih dalam mengaksikan watak dan identiti pilihan masing-masing dalam permainan bahasa abad ke 21. Tugasan ini juga menandakan satu anjakan dari kecenderungan hanya untuk 'bercakap pada pelajar' kepada 'mendengar luahan pelajar' sebagai pembaca dan pentafsir tanda-tanda budaya yang aktif dan pengaksi budaya yang dinamik.

Tuesday, 27 November 2012

SAUDAGAR MIMPI




"Pusat membeli-belah adalah lapangan rekabentuk komunikasi dan semiotik yg tekun membina 'neural path' kita agar membuat 'pilihan' yang menguntungkan pemodal. Ia adalah lapangan kajian media dan budaya yang amat berguna untuk memBANGUNkan kita dari lena mimpi benda. Jika sudah terbangun, jadilah sang pemimpi yang tahu dia sedang bermimpi dan bijak menulis skrip mimpinya agar lebih lestrari dan bersinergi dgn fitrah alam, bukannya sang pemimpi yang lena dan tidak tahu dia sedang bermimpi. Memperakukan bahawa mimpi (pengalaman fizikal, termasuk membina identiti menerusi konsumsi/benda/objek/JENAMA) sebagai realiti mutlak adalah pohon yang tumbuh dari Ego, dan menjadi benih segala jenis kesengsaraan. Mari kita bangun ramai-ramai, sayang!"

"Anak-anak yg dikasihi, Queensbay Mall di depan kita tu adalah contoh sarang pertembungan budaya tontonan, budaya jenama dan budaya pasaran. Budaya ini menyusul budaya yang diwarisi dari keturunan, keluarga, dari sekolah dan masyarakat sekeliling tempat anak-anak semua dibesarkan. Di sinilah sarang saudagar mimpi menjual mimpi untuk pelanggan mimpi yang lena. Siapa dia pelanggan mimpi lena ni? Kita semua la"
 
 
"Minum kopi di sini bukan hanya sekadar untuk menghilang dahaga. Ia lebih dari itu. Dari rekabentuk kerusi dan meja, ke deko dalaman, ke rekabentuk grafik dan komunikasi, pencahayaan, aroma bau, pakaian seragam, cara bertutur, semuanya adalah satu sistem atau struktur bahasa yang dalamnya terkandung nilai-nilai yang ingin dijaja untuk dilanggan dan diberi makna oleh pelanggan atau pemimpi setianya, hingga ia menjadi sebahagian dari budaya dan jati diri yang baru, yang membawa keuntungan ekonomi kepada pemodal dan pelaburnya. Inilah pohon-pohon hasil dari benih globalisasi, juga boleh disebut globalisasau, atau global lu kasi."

"Jadilah pemimpi yang tahu dia sedang bermimpi. Itu adalah langkah pertama untuk kita bangun."
 
 

FRAGMEN FIKIR DI HARI YANG CAIR


September 2012. Dari Keningau dan KK Sabah, tercampak ke Nibong Tebal, Pulau Pinang utk ditemukan-semula dengan Azmeer, Prof. Ghouse, Wak Khalid dan Bang Omar Osman. Forum "Ahli Seni Lain Dari yang Lain" dalam Simposium Budaya Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM).



"Betul ke orang seni ni lain dari yang lain?" Fuad (moderator, rakan pensyarah dari UMS) bertanya.



"Duhai adik-adik yang tekun mengejar sekeping kertas."

"Orang seni halus? Manusia ni ada jasad halus ada jasad kasar, mungkin saya terlebih suka sangat hanyut melayan yang halus tu kot! Angin pun kuat dan tak boleh teka. Boleh ubah ikut keadaan dan rangsangan halus. Sebab tu tak berapa 'cemerlang, gemilang dan terbilang' dalam dunia berpaksikan hukum jasad kasar."

 
Seorang adik bertanya tentang ancaman dari unsur-unsur luar. Saya susul,

 
"Saya mengaku la, kekadang tu ada masalah nak ikut je sebarang peraturan dangkal akal secara mengkhinzir buta. Tapi tak payahlah ikut bekas tapak kaki saya. Pada saya, tindakan sekatan, kawalan dan hukuman terhadap apa yang dianggap unsur-unsur yang 'merosakkan budaya' bukanlah cara yang mutlak dan berkesan. Lebih baik adik-adik ni diajarkan menyoal, diajar menggunakan dan memanfaatkan anugerah kurniaan otak dan akal dengan cara yang ikut fitrah dan betul, yang membawa kesejahteraan pada diri sendiri dan semua manusia. Jika adik-adik ni hanya diajar untuk ikut je secara khinzir buta tanpa menyoal secara berhemah, akhirnya mudah dipengaruhi dan menjadi sebahagian dari zombie ciptaan saka sistem berpaksikan tamak dan hukum mimpi benda. Adik-adik boleh secara tidak sedar jadi ejen pemasaran yang tidak bergaji untuk produk atau hasil budaya ciptaan yang menguntungkan pemodalnya sambil merompak adik-adik bukan saja dari segi material, tapi dari segi akal dan jiwa. Orang lain cipta super gangnam style jadi kaya raya, kita ikut buat super jahanam style tetap macam tu juga. Sebab tu tidak menghairankan jika aktiviti penghasilan karya pun digetarkan oleh gelombang tamak, ujub dan dengki lebih dari getaran halus lain yang lebih mesra-fitrah. Jika dibekalkan dengan cara menggunakan akal yang ikut fitrah, datanglah apa pun pengaruh atau anasir halus, tak da masalah. Belajar lah dari mana-mana bahagian di bumi bertuah ni, Barat ke, Timur ke, Utara ke, Selatan ke, orang putih ke, orang cokelat ke, semua tu boleh dijadikan panduan dan ilmu jika kita sudah dibekalkan dengan cara yang betul untuk menggunakan akal kita. Ini tidak, masuk sekolah dan kemudian ke universiti je, dah dikotak-kotak dan dikastakkan, sains di sebelah sini sebab pandai, seni di sebelah sana sebab bodoh. Pemisahan sains dan seni ni saka siapa? Pemisahan dimensi kerohanian dari dimensi fizikal/material/jasad ni saka siapa ya?"

 
"Orang Melayu dulu, takda pun guna istilah orang seni orang sains. Yang digunakan ialah istilah 'pandai'. Nak buat wau misalnya, mestilah ada ilmu fizik, ilmu geografi, pendeknya ilmu sains, digabung dengan ilmu melakar, mengguris, mengadun warna, ringkasnya ilmu seni. Penghasilan wau ada dimensi halus atau batinnya, ada dimensi kasar atau sainsnya. Gabungkan penggunaan otak sebelah kiri dan kanan, jadilah 'pandai' yang menggunakan ke'pandai'an yang dianugerahkan itu untuk membawa kesejahteraan seluruh umat manusia. Tak payah la nak peningkan kepala dengan persepsi-persepsi basi orang seni macam ni, orang sains macam tu. Lebih penting jadi orang pandai yang baik."



Seorang lagi adik pengejar kertas bertanya, "Kenapa orang filem suka ambil pelakon-pelakon wanita yang cantik-cantik dan glamor tapi tak pandai berlakon?" adik yang lain pula tanya, "tak boleh ke Finas ke, apa ke, sekat sikit"




Saya sambut,

"Pelakon cantik, tarian bodoh, cerita mudah, itu semua lebih banyak dipengaruhi oleh faktor pemasaran (nak buat duit dan kaya-raya dengan cepat), lebih dari faktor seni dan budaya. Nilai dan selera dibina menerusi strategi penjenamaan dan pemasaran yang licik, yang bijak memanipulasi nafsu serta kelemahan manusia untuk membina persepsi, selera, pandangan dan nilai-nilai yang bukan semulajadi atau
ikut fitrah pun, tapi yang sebenarnya dibuat-buat. Ia sebahagian dari hasil struktur perhubungan kuasa ekonomi kapitalis yang berlakon disebalik pelbagai topeng termasuk politik, tak kurang juga sosial, seni dan budaya. Selalunya kita termasuk saya, semua bernafas dan menari dalam dunia saka ni tanpa banyak soal pun, sebab dah sebati."

"Kita mungkin tak boleh nak hentikan orang lain dari mencipta selera-selera budaya yang tidak kena dengan fitrah. Kita bising macam mana pun, orang lain akan buat juga. Apa yang kita boleh buat adalah mempersediakan diri dengan kebolehan menggunakan akal dengan jernih, agar dapat membezakan mana yang baik dan mana yang menjahanamkan manusia. Saya ada tiga orang anak perempuan, saya tahu la, memang merisaukan. Sebab tu, saya selalu 'ganggu' mereka ketika menonton tv atau melayari web dengan banyak menyoal apa saja yang mereka kata sebagai 'bagus, baik, best' dsb, termasuk apa yang mereka takutkan. Anak saya sorang tu masa dia kecil takut pada hantu Ju-On dan hantu The Ring, tapi ketakutan ini adalah ketakutan yang dibina secara artifisial dalam mindanya. Saya terpaksa pecahkan, lakonkan-semula, saya jadi hantu Ju-On dan The Ring, dan suruh dia beri reaksi yang berbeza, ubah dialog, buat dekonstruksi, tanya balik hantu-hantu ni, "Ni, takde kerje lain ke dok kacau dan takutkan orang je. Cuba la apply masuk universiti ke, belajo rajin-rajin, boleh juga jadi orang berguna." Bila ketakutan yang dicipta oleh pembuat filem tu dah saya pecahkan, anak saya ni bila dia tengok balik filem tu, dia akan ketawa sambil berkata, "Abah! tengok tu, hantu tu takde kerja, tak nak masuk Universiti belajor!". Dari takut, ubah ke ketawa. Ringkasnya, kita mestilah bijak guna akal untuk menyoal apa jua yang ingin disumbatkan ke dalam minda kita, terutama yang dicipta untuk tujuan keuntungan pantas berdasarkan gelombang tamak. Janganlah kita main bedal melanggan je. Siap tolong promote lagi."



Adik yang lain pula bangun menyoal, "Kenapa ada kalangan kita suka rujuk karya-karya dari luar, dari Barat contohnya, yang mungkin ada unsur-unsur iluminati?"
 
"Fuyoooo", (saya kata dalam hati la).

"Kalau saya, saya ikut cara Penghulu saya. Gelombang kasih sayang tanpa udang sebalik mee adalah jauh lebih kuat dari gelombang benci dan marah. Musuh yang lebih hebat ada dalam DIRI kita masing-masing, termasuk saya yang banyak defisit ni. Bukannya pada apa yang sering kita sebut sebagai 'orang lain'. Ia hanya boleh dijinakkan dengan kasih sayang sejati tanpa udang sebalik mee, bukan kebencian dan kemarahan. Tapi jika diserang, WAJIB pertahankan diri. Sebab tu ada ilmu mempertahankan diri. Termasuk dalam mempertahankan diri ini, adalah mempertahankan diri dari nafsu yang nak marah tak tentu pasal, atau nak membenci secara khinzir buta. Sebab itu juga digunakan istilah mempertahankan diri, bukan 'mentibai, membalun, menjahanamkan diri' atau 'orang lain'. Pertahankan diri kita dari rasukan halus yang boleh berkampung dalam medan nafsu dan menjadi DIRI kita sendiri. Pertahankan diri dengan perjalanan mengenal diri. Masuk ke universiti adalah sebahagian dari jalan mengenal diri, bukan nak cari degree atau kertas ijazah yang sibuk kita raikan masa konvo."


 

 
   
 

Tuesday, 20 November 2012

LOBBY FOR LOVE AND PEACE, NOT HATRED AND WAR

The sum of anger and hate is war. Anger and hate destabilize a peaceful quantum field, penetrate mental and emotional shields, thus making one an easy target for further manipulation/exploitation. Those who study martial arts know this very well.....make your opponent angry, to destabilize them. Then you'll be able to penetrate their defense shields from 'within' and take control over them without much resistance at all.

What if you create two or more mutual enemies, and gain endless profits from them, or their 'conflict'? What if your are invisible in the whole scheme of conflict and war?.

Anger and hate are two potent yet deadly reactions (energy or frequency) that hate lobbyists and war brokers would desire most, or would instigate as a part of their S.O.P (Standard Operational Procedure). Anticipating anger and hate as the desired reactions is also a part of war protocol. Anger and hate are two frequencies that can easily escalate, thus making war and violence inevitable. In such frequency (or chaos), whatever sides will be ready consumers/subscribers of killing weapons. This spells profit for war brokers. Wars will mark a trail of destruction. It has been 'normalized' or 'naturalized' with the term 'conflict' (actually CON-FLICK!). It opens the gate of 'intervention'. Post war destruction requires 'intervention', 'make-over', or 're-building'. All these spell endless profit. For whom? 

The language of hate and war is made 'natural' (if not legal) with its true face hidden underneath layers of mainstream media semiotic. It needs to be deconstructed, unveiled. Yet, the war brokers and lobbyists are working with hidden or invisible hands that hand-out bounties or candies to their loyal subscribers (who can be anyone). Such bounties make these loyal subscribers very noisy on certain selected issues, but very numb and mute on other more pertinent issues. Even if they are noisy, their noises echo favored sentiment and similar semiotic of their 'lords'. Don't be surprised if it is subscribed even by those who cry for democracy, human rights, freedom of speech, gender equality etc. Their true faces are revealed during CON-FLICK.

To be angry and engulfed by hate are not good options.  Two or more sides that are engulfed by hate and anger, and engaged in a 'conflict' are actually 'the same side' - casualties or collateral damages. 

The true winners are war lobbyists and brokers.


Be love and peace, and stay in that frequency.



MENANAM CINTA (PLANTING LOVE)

Disahkan tanpa pengawet photoshop (certified free from any photoshop retouching)

Hasil keringat bonda dan ayahanda berbudi pd tanah dan bumi, adalah warisan kasih utk anak cucu cicit. Yg tumbuh itu pokok, yg ditanam itu, kasih sayang k, anak anak. Rakaman di kebun mereka di Teluk Intan.

For my international friends, the picture was taken at my parents' 'garden' (piece of land) near Teluk Intan, my hometown. The different types of trees they had planted bear local fruits such as cempedak, langsat, duku-langsat, durian, rambutan. Knowing my parents, these are more than just a piece of land, trees and fruits. What came out are trees, but what they had planted is actually love, for their children, grandchildren, great grandchildren and so on.....

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...