Nasiha Shaharuddin's (USM) |
Tanya : Tuan DR dengan Phdnya, mana asal usul teori kritikal ni?
DR : German dan tradisi Marxist di Eropah, dikenali sebagai Sekolah
Frankfurt (Frankfurt School, ditubuh 1929), atau lebih rasminya,
Institute of Social Research di Universiti Frankfurt.
Frankfurt (Frankfurt School, ditubuh 1929), atau lebih rasminya,
Institute of Social Research di Universiti Frankfurt.
Tanya : Siapa punya angkara?
DR : Ahli falsafah dan pakar-pakar teori sosial di German.
Tanya : Ya la, siapa nama-namanya? Mana la tau, masuk dalam soalan peperiksaan.
DR : Saya pun tak ingat semuanya. Antaranya Max Horkheimer, Theodor Adorno dan Herbert Marcuse.
Tanya : Ok, semua brader di atasnya, takkan tak pasal-pasal memandai-mandai buat teori kot? Siapa yang mempengaruhi mereka?
DR : Mereka ni merujuk pada 'wali-wali' mereka terdahulu seperti G.W.F Hegel, Karl Marx, Friedrich Nietzsche, Sigmund Freud dan Max Weber.
Tanya : Fuuuuhhh....nak eja nama mereka ni pun susah, lagilah nak paham apa jadah teori kritikal ni. Macam mana boleh timbul tak pasal-pasal di German pulak?
DR : Mmmmmmm....kejap ya, saya goo(geli) kasi sat.
Tanya : Aik, mentang-mentang sekarang ni zaman globali basi, dah ada
Phd pun nak google jugak ke?
Phd pun nak google jugak ke?
Nasiha Shaharuddin's (USM) |
DR : Permanent Head Damage, hehehehe. Ok, saya jawab. Asalnya datang dari kritikan terhadap apa yang dikatakan oleh puak-puak Frankfurt ni sebagai masyarakat satu dimensi (one-dimensional society) atau masyarakat yang sudah ditadbir oleh sesuatu sistem secara total hingga ahli-ahlinya jadi macam zombie. Mereka membuat analisis dan kritikan terhadap kuasa dan kesan dominasi kapitalisma yang dah meresap dan merasuk ahli-ahli masyarakat dengan candunya hingga jadi zombie Kampung Pisang, kalau tak punmacam Hantu Kak Limah. Fenomena menzombiekan manusia menerusi penguasaan kapitalisma berlaku serentak dengan fenomena kawalan sosial (social control) menerusi kemajuan teknologi dan media. Fenomena lain yang boleh dikaitkan adalah kemunculan negara-negara berasaskan industri (ketika itu), dan peranan budaya massa dalam membentuk masyarakat kontemporari. Gabungan fenomena ini dikatakan telah menghakis demokrasi dan individualiti, secara halus menerusi hujah rasional dan paradigma saintifik.
Tanya : Apa ciri utamanya?
DR : Gabung falsafah dalam bidang kemanusiaan dengan persoalan atau permasalahan sosial
Tanya : Apa guna teori ni?
DR : Menghurai dan membuat kritikan sosial dan budaya terhadap sebarang sistem atau aturan yang lebih berkuasa, untuk membebaskan manusia dari cengkaman sebarang bentuk dominasi dan penindasan.
Tanya : Macam mana nak huraikan teori kritikal ni?
DR : Jawab dalam bentuk points lagi senang kot brader:
1. Menyediakan kerangka konseptual dan pendekatan teori dalam membuat analisa sosial dan budaya
2. Mencetus kepelbagaian makna dalam wacana
3. Digunakan dalam disiplin sejarah seni, kajian kesusasteraan, kajian budaya, kajian filem dan media
Tanya : Boleh bagi contoh tak?
DR : Boleh je. Kita rujuk Adorno dan Horkheimer (2002) dalam kitab mereka Dialectic of Enlighment (Dialog Pencerahan). Menurut kedua-dua brader ni, pada abad ke 20 (abad lepas ya), hujah dan pencerahan (merujuk pada zaman awal kemunculan sains mengambil alih dominasi agama dan raja di Eropah) dah semakin mandul, tidak begitu berfungsi lagi sebagai denai ke arah kebenaran dan kebebasan. Hujah dan pencerahan hanyalah alat untuk meraih kuasa. Keduanya boleh jadi senjata halus bertopengkan kerasionalan (kemunasabahan) yang membawa pada kemusnahan, kelupusan dan kematian. Hujah akal dan budaya saintifik membawa puSAKA yang merasuk sesebuah negara dan masyarakat menjadi bukan je zombie yang rakus, tapi mesin yang hanya boleh berfungsi secara lojik teknikal. Negara dan masyarakat macam ni ditadbir oleh sistem total yang melupus dan mengorbankan kehendak individu atas nama 'tenaga kerja'.
Zahidah M Zaidi's (USM) |
Noor Ainn Zakaria's (USM) |
Tanya : Fuuuuhhhh....bahasa tinggi sangat la DR. Patutla dapat Permanent Head Damage. Tapi sedap juga ni, boleh dikaitkan dengan apa yang berlaku dalam Malaysia sekarang ni, terutama dari segi sosial, politik, ekonomi, ledakan teknologi dan kesannya terhadap budaya. Ada contoh lain tak?
Jawab : Jap, saya nak telan dua biji panadol activefast.
Tanya : Silakan DR.
DR : Brader-brader puak sekolah Frankfurt ni tekun mengkritik kesan yang timbul dari puSAKA sains, atau apa yang dikatakan sebagai 'kaedah saintifik' terhadap kehidupan sosial. Ini mencetuskan 'perang urat saraf' antara mereka dengan puak-puak yang memegang mazhab berparadigma positivis sebagai asas ilmu pengetahuan.
Tanya : Stop, stop, stop DR. Sebelum saya pulak kena telan panadol, paradigma positivis ni apa jadah la plak?
Tanya : Kalau macam tu, brader-brader Frankfurt ni ok juga la bang, macam saya juga, asyik kena 'bantai' dan dianggap 'kurang cerdik' oleh kawan-kawan dari bidang sains. Cer crita lagi tentang perang urat saraf sampai tegang leher tu? Macam mana puak Frankfurt berperang dengan paradigma di atas?
DR : Tegang leher ok kot, jangan tegang benda lain. Puak Frankfurt kata, penolakan terhadap pendekatan spekulatif itu sendiri juga tidak boleh dibuktikan secara empirikal, maka saka positivisma itu juga tidak boleh bebas dari metafizik. Malah, ketaatannya pada metodologi berurutan yang sudah ditetapkan menjadikan positivisma itu dogmatik (pegangan yang diikut tanpa soal). Kalau dah dogmatik, ia menghalang kreativiti dan keberadaan manusia sebagai insan yang ada sisi subjektif. Kata Horkheimer, kepatuhan positivisma pada fakta adalah bersifat dogmatik.
Tanya : Mmmmmm...boleh guna ni untuk berdepan dengan keangkuhan sains.
DR : Eh, jangan cepat sangat nak terima secara khinzir buta, faham betul-betul dulu, baru pakai berpada-pada. Jangan main sedap je. Teori kritikal boleh pukul semua. Silap gaya, teori kritikal ni boleh terkena pada batang hidung sendiri, atau pada bangsa, Negara dan agama awak sendiri.
Tanya : Ye ke......alamak, kena tanya la lagi.
DR : Kita pi beraya dulu.
(DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG DIJADIKAN RUJUKAN, TERUTAMA DR. IZMER AHMAD DAN NUKILANNYA BERJUDUL "AN INTRODUCTORY LECTURE ON CRITICAL THEORY" DALAM KITAB "TRANSDISCIPLINARITY AS RESEARCH" TERBITAN PUSAT PENGAJIAN SENI USM, DISUNTING BUNGA-BUNGANYA OLEH DR. SARENA ABDULLAH, DR. ARIS AHMAD, DAN DR.A.S HARDY SHAFII. DOAKAN PUSAT PENGAJIAN SENI DAN MEREKA NI KEBERKATAN)
Sambungan ke Bahagian 2, klik
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/09/apa-jadah-teori-kritikal-ni-bahagian-2.html
Untuk lebih berasap kepala, sila klik
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/04/amenda-kajian-budaya-ni.html
thanks... sangat2 membantu... mekaseh sangat~ ^_^
ReplyDeleteSama-sama
ReplyDelete