Kipas (mengipas) campur dengan api (mengapi), jadilah kipASAPi.
Banyak asap tebal boleh menyesakkan nafas dan mengaburkan pandangan. Pandangan jadi pendek dan cetek. Dalam asap tebal, bila berjalan boleh masuk lubang atau gaung. Berhati-hatilah bila bertembung dengan campuran dua perkara ini dalam hidup.
Lagi satu, ya betul, memangla dalam perkataan 'kerajaan' tu ada 'kera'. Tapi jangan lupa pula, dalam perkataan yang sama, ada juga 'raja', ada daulat. Daulat raja pada kuasa rakyatnya, rakyat yang pilih 'kerajaan' dan mendaulatkan 'negara'nya.
Ni nak pesan sikit pada kawan-kawan, ada beza antara 'kerajaan' dengan 'negara'. Kerajaan boleh tukar, negara tak boleh la sayang oi.
Sebagai rakyat negara yang berdaulat, 'negara' kita pertahankan. Negara yang berdaulat adalah negara yang rakyatnya bebas menyuarakan pendapat dan perasaan (dengan cara yang bertamadun la ya).
Sebagai rakyat negara yang berdaulat, 'negara' kita pertahankan. Negara yang berdaulat adalah negara yang rakyatnya bebas menyuarakan pendapat dan perasaan (dengan cara yang bertamadun la ya).
Kalau nak jadi hero, ok bagus la tu. Tapi hero yang memBANGUNkan umat manusia agar kembali pada fitrah, dengan ilmu yang tinggi dan budi serta hikmah yang halus; bukan dengan hanya bermodalkan emosi dan aksi berapi (spectacle) je ye. Fikir pendek, nafsu panjang, emosi lantang bukan calon hero sebenar.
Hero sebenar membawa kemengangan 'abadi' untuk seluruh manusia, membuka hijab fikir dan rasa manusia agar menyedari bahawa 'musuh hakiki'nya adalah setan (dan yang sewaktu dengannya). Musuh hakiki ni memangla tak nampak, main dengan medan kuantum kita, dan amat licik. Ia boleh masuk dalam urat-saraf semua manusia, tak kira la tinggi mana pun songkok, atau tebal mana pun serban.
Hero sebenar amat faham, musuh hakiki ini boleh menunggangnya, menjadikan fikir dan rasa sebagai hamba tidur seumur hidup (sleeping partner). Oleh itu, hero ini amat sedar yang fikir dan rasa itu sendiri boleh menjadi musuh yang hebat. Oleh itu, hero sebenar menyeru kepada dirinya dulu, agar terus berusaha dan berkerja (amali) ke arah kebaikan dan menyuburkan rasa kasih sayang tidak bersyarat antara manusia.
Usaha mereka selalunya tak ramai yang saksikan. Doa mereka selalunya makbul. Hero sebenar, penghulunya Nabi Muhammad S.A.W. Selalunya kita yang terhijab ni, tak nampak mereka ni, apatah lagi nak kenal.
Hero palsu, phuuuh, ramai. Mereka ni hanya bijak bermain dengan 'spectacle' terutama bila ada ribuan atau jutaan saksi. Kerja mereka adalah menutup dan mebebalkan lagi hijab dengan mengajak manusia membenci antara satu sama lain, menjadikan sesama manusia sebagai 'musuh' (ya la kan, kalau takda antagonist, macam mana nak jadi hero). Hero palsu ni, penghulunya setan.
Hero-hero palsu ada di mana-mana, tak kiralah label atau jenama apa pun dipakai. Mereka suka mencipta 'musuh' di kalangan manusia. Yang ironiknya, musuh tu kata dia hero juga. Dua-dua ni hero palsu.
Mana-mana mereka pergi, mereka 'mengipas' dan 'mengapi', berlawan, bermusuh, dan berperang, banyak tinggalkan ASAP. Berhati-hati dengan hero-hero ni, tak kiralah label atau jenama apa pun yang mereka pakai. Jangan terdungu dengan label dan jenama. Itu semua branding je. Cogan mereka yang sebenar (selalunya mereka pun tak sedar) adalah "manusia mesti memusuhi/membenci dan melawan manusia", yang menang akhirnya....penghulu mereka, setan la! (ni memang visi dan misi serta KPI dia pun).
Jika ada gelombang rasa 'marah, benci, menyampah, meluat, dengki,iri hati, riak, takbur, angkuh, ujub, buruk sangka' dan yang yang sebulu dengannya, itu tanda-tanda dah diresap ASAP dan pengaruh gelombang hero-hero ASAP ni. Jaga-jaga ya. Kuatkan firewall.
Sebaliknya, jika ada rasa kasih sayang tidak bersyarat, tenang, aman, damai, bahagia, gembira, syukur, berlapang dada dan yang sehalus dengannya, itu tanda kita berada dalam Perlindungan. Alhamdulillah. Maintain.
Sama-samalah kita berhati-hati dengan hero-hero ASAP. Hero-hero jenis ni boleh membuatkan 'negara' dikutuk, dicaci, dimaki, diherdik, disumpah, diburuk-burukkan di mata dunia.
'Negara' berbeza dengan 'kerajaan' yang datang dan pergi.
'Negara' meliputi akidah dan iman kita, amalan hidup kita,guru-guru kita, ayahanda dan bonda kita, keluarga kita, atok-nenek, moyang, sejarah, warisan, pusaka dan 'daulat' tanah tumpah darah kita semua. Yang ni, janganlah kutuk ya sayang.
Oleh itu, marilah kita sama-sama pertahankan 'daulat' negara, dan pandai membezakan antara 'negara' dengan 'kerajaan'. Tabir antara keduanya amat tipis, terutama bila buka siaran CNN.
Kerajaan, kalau tak suka, kita kempen, undi dan tukar. Negara, tak boleh ditukar-ganti.
Marilah kita menjadi hero sebenar untuk diri sendiri dulu. Itu merupakan perjuangan 'tanpa saki' yang getir, kadang kalah, kadang menang. Musuhnya adalah fikir dan rasa yang kita label sebagai 'aku'. Kalau nak lawan sangat, lawan musuh ini dulu. Ada banyak (terutama dalam fikir dan rasa manusia yang menulis ni, hmmmmmm....).
Ada guru berpesan, tawan musuh dengan memberi tumpuan pada kebaikan (gelombang tenaga positif). Persis menyalakan lampu, bila dah menyala, yang gelap akan pergi dengan sendiri, tanpa perlu nak kecoh-kecoh berdrama pun.
Jika kita menang dalam perjuangan 'diri' ini, insyaAllah kita boleh jadi hero untuk umat manusia tanpa perlu dipaksa-paksa, mahupun diberi label dan jenama.
Tentang hero-hero ASAP ni, kita sambut dengan doa dan kasih sayang tak bertepi je. Tak perlu sibuk sangat nak berdrama masuk pentas mereka atau menari ikut rentak pentas mereka.
Kita buka pentas baru yang memBANGUNkan seluruh manusia agar kembali pada fitrahnya.
InsyaAllah juga, negara kita (malah dunia ini) akan terus lestari dan sejahtera.
Kita buka pentas baru yang memBANGUNkan seluruh manusia agar kembali pada fitrahnya.
InsyaAllah juga, negara kita (malah dunia ini) akan terus lestari dan sejahtera.
No comments:
Post a Comment