ZIKIR MASA
Perjalanan yang jauh masih terasa
Berhenti dari lamunan yang pilu
Di sini baru bermula
Perjalanan sebenarnya
Membenih kasih menerang rasa
Jadi cahaya merentas masa
Melaras jasad minda dan jiwa
Pemacu cinta abadi
Insani versiti lestari
Wartakan tanda bekalan budi
Menjadi wakaf nurani sejati
Zikir masa mu mengisi masa kini
Lagu dan senikata
Hasnul J Saidon
Jun 2011
HIJAB NURBAYA
Di manakah sejarah
ke manakah serakah hendak di palu
Kenapakah diwarkah
segala yang palsu memacu mahu
Di manakah cahaya
Ke manakah gemanya hendak dilagu
Kenapakah nurbaya
Selalu terhijab menutup tahu
Di manakah prasaan
Ke manakah fikiran hendak disaksi
Kenapakah sesalan
Sering terlewat membuka tabir
Kau bergelar harapan
Kau mendikir pesanan
Uuu ha ha ha ha ha harapan
Woo o o o Ha......Ha......
Lagu & senikata
Hasnul J Saidon
June 2011
No comments:
Post a Comment