Hujan 26 Ramadhan,
bawakan aku Lailatul Qadar
dalam laras getar seluruh alam
Hujan 27 Ramadhan
temankan ku kembali ke Teluk Intan
tanah tumpah kuah tempoyak
untuk ku kucup tangan bapak dan emak
Singgah sahur di bandar anggerik
jemput Delly di tepian tasik
sempurna keluarga semua dah bersama
mereka dalam aku dalam mereka
Singgah iftar di Bukit Damansara
menaut kasih yang rentas masa
Hujan 30 Ramadhan
lebat berkat bersih dosa, basuh rawan,
iringi pulang ku jauh ke selatan
sejahtera semanusia, aman insan
Selamat watan
Selamat malam Ramadhan,
akan merindui kamu hingga ke tahun depan
selamat datang Syawal
dalam takbir engkau bakal aku raikan
Hasnul J Saidon
(Hujung Ramadhan, 29 Ogos 2011)
No comments:
Post a Comment