Thursday, 28 April 2011

HANYUT TOK TIMAH, HIJRAH OPAH RABEAH

Ninda (Opah Hajjah Rabeah), mewarisi keayuan dan kecekalan Tok Timah.


1. HANYUT TOK TIMAH

Sepanjang 46 tahun hidup, saya dilahir, dikasihi, dipupuk, dipelihara, dibesar, didewasa, diuji, dicintai, malah dibuka hijab oleh gelombang wanita-wanita cekal. Kalau nak disenaraikan 'kata perbuatan' (verb) yang dianugerahkan oleh wanita-wanita cekal ini, memang terlalu panjang. Mereka  adalah yang pertama, terakhir dan selamanya untuk seorang Hasnul J Saidon, termasuklah  seorang Rozana Mohamed, isteri tercinta merangkap kekasih hingga hujung nyawa.

Rasanya, tak perlulah saya mendakap dan memuja sangat teori-teori kritikal, atau kitab-kitab feminis mahupun khutbah emansipasi wanita dari para profesor mahupun yang menjenama diri sebagai 'pejuang' dan 'pembebas'. Tak perlu juga dileteri dan disimbah rasa bersalah oleh para aktivisi mahupun politikus oportunis. 

Wanita-wanita cekal yang pertama, terakhir dan selamanya ini sudah cukup tegar untuk saya jadikan guru.  

Kisah 'hanyut' moyang saya (sebelah bonda) saja sudah cukup untuk dijadikan 'case study', jika tak pun drama atau filem. 'Subteks'nya banyak, termasuklah emansipasi dan hijrah.

Moyang saya Tok Timah atau Fatimah Binti Abdullah (nama setelah memeluk Islam), terpaksa lari sehelai sepinggang sebatang kara meninggalkan keluarga di Siam (mungkin Songkla). Ini 'teks hijrah' dan emansipasi tahap tinggi, transformasi dan pembebasan radikal yang lebih hebat dari mereka yang hanya pandai beromen dengan mikrofon di majlis seminar atau konferen. 

Tok Timah dan abangnya menghanyutkan diri dengan tongkang ke Pulau Pinang (ketika itu, Tanjung Penaga) untuk mengelak dari dijadikan hamba dan gundik Raja Mongkut.  Bapa Tok Timah (mengikut cerita yang diruhaikan) bekerja dengan 'supplier' gajah-gajah untuk Raja Siam ketika itu. Selain dari gajah, sesekali mungkin di'supply' juga anak-anak dara Siam. 

Keputusan untuk menghanyutkan diri ini mungkin sebahagian dari 'survival instinct' bonda kepada Tok Timah yang tidak mahu melihat anak daranya dijadikan mangsa libido (kalau tak pun, 'superiority complex')Raja segala kejantanan ini. Raja Siam ini (walaupun dilakonkan dengan murni oleh Chow Yew Fat dalam "Ana & The King") mungkin juga disampuk badi 'god complex', jika tidak pun dirasuk saka 'ketuanan' mahupun 'ketuhanan' (rasa diri tuhan).

Tok Timah dan bondanya adalah dua wanita Siam abad ke 19 yang cekal menongkang arus perdana yang menghalalkan hedonisma kejantanan Raja.  Semangat hijrah dan emansipasi mereka menjadi azimat dan wasiat. Tak payah saya korek teori-teori transformasi dan gender di Barat, saya dah ada darah dua srikandi ini mengalir dalam segala urat.

Menongkang arus libido Raja sama seperti menongkah gelombang di laut. Keduanya persis menempuh skuad hukuman mati. Gelora laut bukan mudah dijinak. Tongkang tak sama dengan kembara kapal layar Marco Polo. Itu tak ambil kira gelora emosi  tinggal sebatang kara meninggalkan kampung, ibu-bapa, adik-beradik, keluarga dan saudara-mara. Kalau tak cekal, boleh mati. Kalau tak kuat, boleh tumbang. Kalau tak bulat tekad, boleh sesat. Tapi Tok Timah bukan jenis yang senang 'give up' atau tunduk pada opresi malu mahupun santun palsu. Saya yang jantan ni pun sendiri cuak bila menghanyutkan diri keseorangan di Kota Fukuoka, Yamaguchi, Kyoto dan Tokyo dulu.   

Tragedi Tok Timah tak berhenti di situ. Sampai di Pulau Pinang, dia pulak kena jual pada seorang tauke. Khabarnya oleh abang dia sendiri, satu lagi watak 'jantan' dalam drama ini. Jantan yang ini kesnya mungkin disampuk benih kapitalisme pasaran bebas (dan kebas). Tauke ni pula, satu lagi watak 'jantan' yang menjadi antagonis dalam cerita Tok Timah. Kalau ikut cerita Bonda, Tok Timah dibawa duduk di bukit (sebelah Balik Pulau) dan mungkin dipaksa jadi isteri simpanan (selain dari orang suruhan). Sekali lagi Tok Timah perlu membuat tindakan radikal untuk membebaskan diri dari cengkaman libido 'male chauvinist pig' zamannya. Dia melarikan diri menuruni bukit hingga sampai ke perkampungan Melayu (Titi Teras, Balik Pulau).

Di sini, naratifnya bertukar dari tragedi ke 'terjadi'. Watak-watak 'jantan' dalam pengkesahannya juga berubah sikit. Yang 'terjadi' ada dua. Pertama, Tok Timah diselamatkan dan dibawa berjumpa Kadi di Titi Teras ketika itu, Tok Taha (Tok Chai/Cha), moyang lelaki saya. Kebiasaannya masa dahulu, jika ada isu sosial, akan dirujuk pada orang-orang alim. 'Terjadi' yang kedua, Tok Timah menerima syahadah, menjadi wanita Islam dan berkahwin dengan Tok Taha. Naratifnya di sini mencapah, kalau tak pun, perlu ada 'alternate flashback' dari perspektif Tok Taha.

Tok Taha ketika itu (mengikut cerita Bonda) sudah ada dua isteri. Selain dari wanita cekal, plot 'isteri lebih dari satu' ini sebenarnya merupakan sebahagian dari naratif sejarah dan warisan keluarga saya. Antara anekdot yang diwarisi dari plot ini adalah kata-kata Tok Taha kepada dua isterinya ketika mereka berselisih rasa. "Kalau hangpa berdua dok bergaduh, nanti cek cari isteri dari Siam" gitulah lebih tak kurang cakapnya.

Mungkin lidah dia masin (orang alim kot, rajin berzikir), Tok Timah dari Siam dibawa terus pada dia, tak payah cari. Dia menyunting Tok Timah secara halal dan bertanggung-jawab dengan kerelaan semua yang berkaitan. Untuk Tok Taha, teori libido jantan mungkin tidak boleh digunakan. Selain dari kasih dan ikhsan, Tok Taha menyunting Tok Timah sebagai benteng dari dirampas semula oleh Tauke dari bukit Balik Pulau. Dari perspektif Tok Taha, selain dari mulut masinnya, perkahwinan itu juga mengelak dari sebarang isu, gosip dan fitnah, walaupun ketika itu rancangan Melodi belum ada lagi. Perincian keperibadian Tok Taha agak kabur kerana dia meninggal dunia sebelum Bonda dilahirkan. Begitu juga dengan kedua isterinya yang lain. Namun demikian, Bonda agak rapat dengan  anak-anak dari kedua isteri Tok Taha yang lain (pangkat bapa dan ibu saudara).

Hal bagaimana Tok Timah 'survive' sebatang kara sebagai wanita 'berbangsa asing' untuk kemudiannya memeluk Islam dan menjadi isteri ketiga Tok Taha masih misteri. Bagaimana dia menyesuaikan diri dengan patriaki alam Melayu-Islam di Titi Teras juga tak dapat dirungkai rahsianya. Yang pasti, 'acumen' dan 'flexibility' Tok Timah dalam mengadaptasi diri dengan konteks lokal wajar dijadikan bekalan dan contoh untuk para perantau dan penghijrah masa kini. 

Kehidupan Tok Timah dengan Tok Taha diserikan oleh tiga orang cahaya-mata, Salasiah, Kamaruddin dan Rabeah (Ninda saya, seorang lagi wanita cekal). Tok Taha menghadiahkan sebidang tanah di Titi Teras kepada Tok Timah sebagai tanda kasih. Di tanah pusaka Tok Taha (panggilan 'glamour'nya Tok Cha) inilah Ninda saya Hajjah Rabeah dilahirkan pada tahun 1911. Bonda saya Jamaliah juga dilahirkan di tanah pusaka Tok Cha pada tahun 1929.  Mereka adalah srikandi saya.

Menurut naratif Bonda, Tok Timah seorang wanita yang cantik, dengan 'frame' tinggi (agaknya persis model fesyen sekarang), berambut lurus panjang dan sedikit berketak. Umurnya pun panjang, melangkau 100 ketika dia meninggal. Waktu itu, saya baru berusia setahun. Saya tak berpeluang menerima tempias jasad Tok Timah. Namun, semangat dan kecekalan Tok Timah yang mengalir dari dia ke Ninda (Opah) dan kemudian ke Bonda akan saya wariskan kepada Adeela, Amira dan Ainina, juga kepada sesiapa saja yang sudi, terutama sekali anak-anak murid.

Kini, bila keluarga berkumpul, secara jasadnya, hanya  warisan lisan Siam Tok Timah yang masih digema:

"Lomli, lomli, ndoi tang ni, nafran niman"
Ini jampi Siam Tok Timah bila ada anak-anak menangis dan meraung.

Namun, khazanah dan warisan batin wanita cekal ini mengalir dalam darah dan daging seorang Hasnul J Saidon serta yang sebatin dengannya. 

2. HIJRAH OPAH RABEAH

Jika Tok Timah hanyut, kehidupan anaknya Rabeah pula ditandai oleh hijrah. 

Hijrah Opah Rabeah kerana mengikut suami (Tok Syeh Noordin, Ninda lelaki saya) pulang ke Teluk Kepayang, Bota Kiri, Perak. Titi Teras ke Teluk Kepayang bukannya dekat, jika diambil-kira faktor jalan perhubungan ketika itu (awal 1900). Itenari perjalanannya melibatkan kapal besar ke Seberang Prai, diikuti dengan perjalanan dengan keretapi ke Ipoh, teksi ke Parit, dan bot dua tingkat (wanita di atas, lelaki di bawah) menyeberang sungai Perak. 

Drama peminangan juga ada 'intrigue' dan politik keluarga. Naratifnya perlu dicapah ke Teluk Kepayang, Bota Kiri, Perak. Plotnya sekali lagi terisi kes 'isteri lebih dari satu'. Watak utama di sebalik plot ini tentulah Tok Syeh Noordin. Kena ada 'subplot' ringkas di sini (jika ada masa, Hikayat Tok Syeh yang banyak ilmu batin ini akan diruhaikan kemudian). Hikayat Tok Syeh juga dipenuhi  wanita-wanita cekal. Ketika meminang Opah Rabeah, Tok Syeh sudah ada seorang isteri (isteri kedua, Opah Tua Ma Jenab yang lembut, cantik, comel dan cerah kulitnya). Sebelum Opah Tua, Tok Syeh sudah ada seorang lagi isteri, isteri pertama, Opah Andak Itam (yang trajisnya, meninggal dipatuk ular). Ini bermakna saya ada tiga orang Opah atau wanita cekal, satu anomali (dari sudut kehidupan urban pasca-industri) yang amat saya hargai. 

Opah Tua Ma Jenab terpaksa menjaga anaknya sendiri (Abdul Jabar atau Kingah Jabor) dan anak-anak tirinya (Mak Andak, We Cik, Mak Anjang dan Pak Ngah Arshad). Ia satu 'job spec' yang berat jika diambil-kira politik patriaki ketika itu. Menurut Bonda, ini antara faktor yang menyebabkan Opah Tua mengusulkan 'proposition' drastik bercampur pragmatik kepada Tok Syeh - cari seorang lagi isteri!

Perihal respon Tok Syeh terhadap 'proposition' isterinya itu, tidaklah pulak saya tahu, walaupun rasanya menarik untuk diperincikan. Persis sebuah drama yang ada 'twist and turn', tukang masak Tok Syeh yang berasal dari Titi Teras (fuyoo, Tok Syeh ada tukang masak masa tu!), mencadangkan agar beliau meminang seorang anak dara sunti Tok Kadi (Opah Rabeah, yang berusia 16 tahun ketika itu) di kampungnya. 

Dengan 'greenlight' menteri dalam negeri (Opah Tua), Tok Syeh menghantar adik-beradiknya yang segak ke Pulau Pinang. Persis '3 musketeers', tiga 'alpha males' ini, Tok Junus, Tok Hitam Samad dan Tok Maafuf bergerak ke Pulau Pinang. Sampai ke Titi Teras, Tok Hitam Samad yang bergaya dan terkenal dengan 'verbal flair' dan kemahiran PR nya, membeli se'kandar/kandaq' kuih buat buah tangan.  Heboh sekampung Titi Teras, ada rombongan 'orang kaya Perak' datang meminang anak aruah Tok Kadi Taha.   Strategi penjenamaan dan 'viral branding' Tok Hitam Samad berjaya.

Di tanah pusaka Tok Taha, Tok Kama (Kamaruddin, kekanda Tok Timah) menerima kedatangan tiga 'musketeers' Perak ini. Ada kisah politik keluarga di sebalik penerimaan pinangan. Antaranya termasuklah perasaan cemburu terhadap Opah Rabeah dan keinginan untuk memisahkan Opah dari abang kesayangannya. Kisah ini hanya akan membelitkan plot, oleh itu molek dipinggirkan saja. 

Setelah berkahwin dengan Tok Syeh pada tahun 1911, Opah berhijrah ke Teluk Kepayang, Bota Kiri, Parit, Perak. Teluk Kepayang  bukanlah pekan, tapi lebih banyak hutan dari perkampungan. Hijrah Opah Rabeah dari Pulau Pinang ke Perak mengundang melankoli dan rindu pada tanah tumpah darahnya. Dengan tiba-tiba, dalam usia yang amat muda, dia menjadi ibu tiri kepada lima orang anak. Watak sayu penuh air-mata ala Neng Yatimah seakan menjadi naratif induk untuk Opah (mungkin juga menjadi ikon semiotik wanita Melayu yang perlu tunduk pada 'kuasa' lelaki ketika itu). Namun, sebagai isteri kedua, Opah Rabeah diberi rumah sendiri (rumah peninggalan Opah Andak Itam). 

Rindu Opah Rabeah terubat bila dia pulang ke Titi Teras untuk melahirkan Bonda. Setelah Bonda berusia 6 bulan, Opah Rabeah kembali berhijrah semula ke Teluk Kepayang. Makcik Suyah (adik Bonda), puteri kedua, dilahirkan di sini. Opah mengisi hidup membesarkan Bonda, Makcik Suyah dan anak-anak tirinya yang lain. Hinggalah Bonda Jamaliah dikahwinkan dengan Ayahanda Saidon, Opah taat disisi Tok Syeh, memainkan watak 'cliche' wanita Melayu zaman filem hitam-putih.

1937. Dari kiri: Makcik Suyah, Mak Andak, Tok Syeh, Opah Rabeah, Mak Anjang dan Bonda (ketika berusia lapan tahun)

1950an. Dari kiri: Ayahanda Saidon, Puteh Saadiah, Che' Yang Asiah, Tok Syeh, Opah Rabeah, Zainal Abidin (di depan), Zainuddin, Jamilah dan Bonda

1960an, Tok Syeh dan Opah Rabeah

Naratif yang menyusul lebih menyedihkan dan menuntut semangat serta hati yang cekal. Saka hanyut bondanya Tok Timah tertempias pada Opah Rabeah. Dia tersepit antara kasih terhadap bondanya dan ketaatan pada suami. Tok Timah yang semakin tua, rabun dan tidak dapat melihat dengan jelas perlukan penjaga. Opah Rabeah berhijrah lagi untuk pulang ke Titi Teras. Tok Syeh yang mungkin terguris ego jantan, menceraikannya. Ada faktor lain juga, tapi itu hanya akan memanjangkan cerita. Setelah habis tempoh edah, Opah dikahwinkan dengan seorang Imam. Perkahwinan ini tidak bertahan lama. Kerana rindukan cucu-cucunya, Opah kembali berhijrah ke Perak. 

Kali ini bukan lagi di Teluk Kepayang, tapi di Teluk Intan. Ayahanda membawa Bonda dan seisi keluarga berhijrah ke Teluk Intan kerana menerima tugas baru sebagai guru agama. Di sinilah saya yang masih kecil, menerima tempias kasih (dan marah) Opah Rabeah. Di sini, Opah menamatkan kisah penuh hijrahnya. Rumah murah Padang Tembak Teluk Intan adalah mukim akhir Opah setelah jenuh berhijrah ke sana-sini.

Hidup Opah Rabeah di Teluk Intan diisi oleh riuh 5 anak-anak jantan dan 4 anak-anak dara Bonda Jamaliah Noordin. Ke'brutal'an cucu-cucu jantannya tidak dipertikaikan lagi. Saya masih ingat jerkah Opah, "aku tak tahan dengan anak-anak kamu ni Jama, nakal sangat!", dan yang paling meninggalkan kesan, "aku caba (cabai) nanti". Ini merujuk pada proses men'cabai' mulut dan lain-lain anggota badan yang terlibat dengan perbuatan-perbuatan brutal.  Proses men'cabai' boleh meninggalkan kesan pedih tak terhingga pada kulit, mendatangkan keinginan bertobat (yang hanya sementara) dari segala bentuk kenakalan. Walaupun garang, Opah Rabeah sangat kami kasihi.

Awal 1970an, Opah diserang lelah dan terpaksa masuk wad. Setiap hari (tengah hari dan malam) saya menziarahi Opah kerana sekolah saya terletak bersebelahan dengan hospital. Setiap hari saya mendengar cerita dia (jika dia ber'mood' baik) atau leteran dia (jika ber'mood' marah). Saya pun bukan mengerti sangat hal hidup-mati ketika itu. Adakalanya saya tertanya, "kenapa pulak Opah ni suka duduk di hospital lama-lama?" Yang saya tahu, nak jumpa Opah saya yang comel, penyayang tapi garang. Saya masih ingat pada satu petang, Opah memandang saya lama dengan pandangan yang penuh kasih sayang sambil berkata, "Opah nak mati nanti, kamu jangan nakal-nakal sangat sampai menyusahkan mak kamu".

Setelah hampir sebulan di wad, doktor menyarankan agar Opah dibawa pulang ke rumah. 

Di rumah, pada suatu petang, ramai sanak-saudara datang, termasuk dari Pulau Pinang. Di dalam bilik, saya dengar suara ayahanda dan saudara-mara membaca Quran. Tak lama selepas itu, semua cucu-cucu Opah dipanggil masuk ke bilik. Opah terbaring di tengah. Ayahanda sedang membacakan syahadah pada telinga Opah. Bonda, Mak Anjang dan Mak Andak ada di sebelah. Mata Opah terbuka sikit. Saya nampak anak matanya bergerak-gerak menjeling ke arah cucu-cucunya termasuk saya. Lepas tu dia senyum manis (dan comel) sambil menutup matanya. Bonda dan Mak Anjang meneriak "Mak!" lalu rebah serentak. 

Opah dah berhijrah ke alam dan gelombang yang lebih murni.



3. WASIAT

Kini, saya nampak Opah Rabeah pada wajah Bonda yang dimakan usia. Hati saya pedih bila selalu kalah pada tuntutan mengejar dan dikejar KPI dunia hingga Bonda selalu ditinggalkan menadah hari tua. Dalam saya mengejar mimpi tak pasti ini, macam-macam yang nak dicapai, segala indeks nak digapai, kononnya untuk memandu saya laju ke depan. Tapi apakah makna semua KPI ini jika segala wasiat Tok Timah dan Opah Rabeah yang bergema di dalam jiwa Bonda semakin terpinggir dibawa hari. Begitupun, Bonda tak pernah komplen. Penyakit dan sakit (baik mental, emosi mahupun fizikal) yang ditanggungnya bukan calang orang boleh 'handle'. Kecekalan dan semangat hanyut Tok Timah dan hijrah Opah Rabeah tidak pernah luntur, ada pada Bonda dan kini harapnya mengalir dalam darah dan daging saya.

Kepada semua suku-sakat, anak-anak dan cucu-cicit-piut, sesekali tinggalkan dan tanggalkanlah ilusi harta-pangkat, kemaruk darjat dan sakat sukat-menyukat ikut piawai tak berkiblat. Kembalilah pada wanita-wanita cekal dalam hidup kita, yang pertama, yang terkini, terakhir dan selamanya. 

Kepada yang beruntung menerima tempias kasih seorang Opah yang masih bernafas, pulanglah pada mereka. Jika mereka 'temperamental' dan 'annoying', itu bahagian dan hak mereka setelah jenuh menempuh ujian hidup. 

Wanita-wanita cekal ini adalah 'gatekeeper' yang membawa kita jalan ke syurga.  

Taut juga di:
http://hasnulsaidon.blogspot.com/2011/08/heroin-saya.html 


Wednesday, 27 April 2011

LET ME HEAR THE SONG ONCE AGAIN




Message from my good ol' buddy, Taufik Abdullah.

"Noi, on a quiet night.....sometime I wish that I can switch on the radio and hear all the song that we use to hear in those day.I mean our song (if I can say that) it's your song.....feel that all those song had probably the main force or power that pushed my brain and heart to stay cool and ....cooler.....just imagine your last live show to Ana and me was way...way back in New York...remember..!!at Gallery Chandan you play live ...but then to a lot of crowd..Someday I'll pay you RM50 just to play Wajah-wajah Rakan seperjuangan..."

Monday, 25 April 2011

WHY I FLY TO SARAWAK





Be warned. This is going to be another self-indulgence trip, via memory lane.

In 2000, I flew back to KL to leave UNIMAS, after spending 6 years helping some lasting friends to set-up and establish a Fine Art Programme at the Faculty of Applied & Creative Arts (FACA). I flew back with a heavy heart.

(Cut to) 6 years before that, during an unprepared job interview with the then VC, Dato Prof. Zawawi Ismail and his Deputy Prof. Charlie, I was told to design and set up a new programme that is not similar to other art schools inside and outside Malaysia. Dato' Prof. Zawawi and Prof Charlie were jovial, friendly, professional, very contemporary and forward looking - traits that had influenced me to to leave UiTM for UNIMAS and Sarawak. I was an angry idealist then. I promised them (rather snobbishly) to put UNIMAS on the international map of contemporary art within 6 years. Alhamdulillah and lucky me, with the help of friends and students like Niranjan Rajah, Fauzan Omar, Zulkarnain, Siew Woei, Helena Song, Anuar Ayob and others, we managed to do that (UNIMAS group's works were included in the Virtual Trienalle section of APT3 in Brisbane, Australia in 1999).

FACA was a place where I tested many hypothesis (without having to do a PHD, in fact, during my stay, I witnessed many junior tutors pursued their PHDs overseas and returned with their DRs.) It was also a place where I learned many lessons in life. My last assignment in UNIMAS was to assist an appointed consultant to design the new building for the faculty at the university's new campus site. I still remember the blueprints and virtual walk-through. It was like designing a dream.

After delivering what I had promised and left UNIMAS, I never thought that I would be seeing it again, both the old and new campus. Part of my heart was left there.

But Allah is the Greatest Planner. For the past few years, I have been blessed to be invited to teach several courses, other than to be the external examiner for the programme's final year students' projects. To be able to look at the new campus (which before was like a dream on paper) was surreal. From a humble 'university in a jungle, in the middle of no where' (more like a school made of timbers), it has transformed into a campus with a sight to behold. The architecture of the whole campus dazzled me (only to be spoiled by poor finishing though).

But buildings alone doesn't make a university. It needs plenty of good and sincere hearts. For that, I am blessed to be treated well (thanks to people like Hasnizam, Zulkarnain, Anuar Ayob and other lecturers), given a nice place to sleep, someone to pick me up, and a tutor to assist me. I have been enjoying the experience very much to a point that I felt a little embarrassed at times for having such pleasure (do I deserve it? Perhaps I do).

Above all, nothing could take away the joy (and in many occasions too, the pain) of sharing my experience, knowledge and whatever I had accumulated with the students; and to share their potentials despite all the typical struggles, pains, challenges and problems surrounding young people today. Instead of teaching, I found myself being taught many more lessons.

When I was with the students, I felt a strong sense of belonging, as if I was a part of a larger cosmic scheme beyond my ego and pride (no matter how big I think they were). In fact, all my so-called professional experience that I liked to brag about seemed to vanish into the thin air of the classroom or lecture hall. All the theories, high-end ideas, intellectual discourses, pedagogical frameworks, educational issues and academic jargon also seemed to be mere shadows in comparison to the real experience of BEing a teacher and learner simultaneously.

The 'batin' or spiritual side of experiencing life (and learning/teaching) seems to be missing nowadays, but I am thankful that that was not the case during my sessions with the UNIMAS students. I really hope and pray that the 'batin' side is taken care of by others who are running the faculty and university. The students by the way, have opened many veils within me, just like those who used to open my veils before (from 1994-2000) when I was working there. They reminded me of my place within the larger scheme of things, reminded me of my humble inspiration, visions, ideals in the midst of many obstacles, struggles and challenges. They have brought me back to the very reason why I flew to Sarawak before and why I am still flying now.

It is a gift that one cannot trade anywhere.

The following pictures were taken during the assessment of projects done under the "Expanded Media" 2nd year class, originally designed by Fauzan Omar. The class is a prelude for their final year project, allowing them (via group projects) to expand whatever they have acquired in all the courses that they have taken into cohesive research and presentation of their projects. While many others (including me!) have been whining, writing or discoursing (to use a fancy term) about the impact of new media technology and other contemporary issues towards young people and the practice of contemporary art, these students in a far-far away land have dealt with it heads-on. I was amazed, if not humbled.

The other pictures were taken during our lunch break, where we spent quality time enjoying foods and karoake. One needs to play hard as well.

For more picture, check out 
https://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.193171374060015.43655.100001014620306

For related entry, click:

http://hasnulsaidon.blogspot.com/2012/04/why-i-fly-to-sarawak-part-2-mengapa.html


1987, facing Mount Santubong at a beach in Bako. I have been in love with Sarawak since I first went there as a student 'tourist'
 

Sunday, 24 April 2011

THEY, WHO LOVE TO DRAW AND PAINT



Children have the ability to see through the mask of matter. When they are engulfed by the act of painting (especially without any ‘adult’ interfering), the resulting painting often features stark innocence, pure freshness and naked sincerity that happily defies what we usually define as ‘logic’. The common vibes that we receive from children’s paintings are serendipity, organic randomness, unpredictability, chance, coincidence, ‘go-with-the-flow’, providence, accidental, raw and unpretentious. Children epitomize the ‘person who loves to paint’ who is at peace with him/herself.





One might ask, who would allocate a time to meditate and intuit on such abstract vibes in today’s age on instantaneous communication?

We are living in a society of ‘spectacle’ in which impression, brand presence, positioning, business acumen and strategic planning are critical to one’s political, social and economic survival. It is a society that is supposed to operate on a highly specialized, systematic, organized, rational, ‘scientific’, and objective system – a legacy left by the operational logic of industrial paradigm. Progress, development and success are highly equated by tangible material gains and numerical indexes. Such society surrounds our children and in many ways defines, supports and sustains them.

Ironically, it is in such society that we may encounter countless random serendipities, accidents, unpredictability, and (assumed) coincidences. System crashes, cracks in buildings and highways, urban landslides, increasing crime rates, social deviants, corruptions, malpractices (especially in highly ‘scientific’ or ‘objective’ professions) are several familiar features of our progressive and developing Malaysian society. They contradict the rational system and objective operational logic that are supposed to sustain the society.

It is also in such society that we may witness increasing inclination or interests towards things abstract and intangible (can’t be explicated through numbers, formulas, graphs, diagrams). They signify a searching soul seeking for peace and tranquility, if not to escape the harsh objective reality that we have created for ourselves. The interests come in many forms, from spa, fishing, biking, to watching ghost movies and many more. In some cases, the underlying logic of these interests is ‘no logic’, since they don’t rigidly operate on a purely logically basis. In fact, in most cases, they rely on many abstract vibes that we may sense as we encounter children’s paintings.

Notwithstanding our ‘discriminative’ and ‘objective’ mind, children’s paintings always suggest that they operate on an open-ended mental outset (especially for children who are not in schools yet). It is not surprising to admit that such outset may at times, lead them to ‘no where’ (a place that only they know). It invites their mind to float and meander aimlessly in a suspended reality (that may be more real that the objective reality that we as adults have created for ourselves).



Their paintings epitomize a sense of their mind letting go, of detachment (from objective reality) and at times of submission (to Creative Intelligence). When they paint, it seems like they are partly in control, partly not, allowing creation to unveil naturally. They epitomize humanity in its ‘close-to-pure’ state.



Perhaps, children’s paintings are complimentary counterpoints for our clouded soul, cloaked or veiled by our own ‘objective logic’. When we felt trapped or could not escape from seeing our world beyond its material appearance (or value system), perhaps children’s paintings can help us to return our true ‘Self’ beyond all discriminative physical/material differences. They may assist us to connect with others and with the whole universe (quantum field), leading us to our own Abode of Love and Compassion – where we will attain eternal peace.

Make peace with our own selves.


Hasnul J Saidon
September 2010

(This essay was adapted from another essay of mine entitled ‘Negating Paradox’, in “Alun : A Solo Exhibition by Hamidi Hadi”, Wei Ling Gallery, Kuala Lumpur, January 2007.)

See also
https://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.194528767257609.44172.100001014620306



PETIKAN DARI "WABI DI LAMAN ZEN - UNTUK YANG BERGELAR BONDA"



Bonda.
Benar kata bonda berkebun kerja yang mulia, suatu seni yang membuka tabir pandang, menghidupkan penghayatan, meningkatkan makam rohani. Lapangannnya bukan kanvas buatan, tapi zarah tanah yang membenam keangkuhan. Ruang dan rasanya adalah zikir masa, bukan formaliti galeri mahupun penjara wacana. Melapang, membajak, menanam benih, menyiram, membaja, membelai hasilnya - adalah putaran kitaran fitrah yang kaya hikmah. Dari Baginda Rasulullah hinggalah pendita alam, kesemua mereka mewasiatkan rahsia membuka hijab mengintai hikmah alam. Begitu juga dengan titis keringat Bonda yang membasahi bumi taman mu, menghidupkan jiwa anak yang jauh dikejar 'nama' dan 'karier'.

Bonda,
Taman adalah lapangan penghayatan, bukan pertunjukan kemegahan. Tutur mu menjadi zikir jiwa. Dalam terpelanting, diam remang petang mengundang rasa syukur pada bayang yang masih sudi mengingatkan tentang hakikat cahaya yang membenarkan ia wujud. Tafakur laman zen adalah baik untuk mengimbang kebosanan memeram telur emas dalam sangkar besi dan konkrit Muzium Seni Asia Fukuoka tempat anak mu berkerja.

Ironisnya, diam di Taman Ohori menjadikan diri kering dingin mengenang dosa, sambil belajar untuk lupa. Nafas dan renung jadi kebas, mungkin tinggalan kesal segala yang terbabas. Mohon ampun Bonda.

Bonda usah bimbang, anak mu akan terus mencari kiblat di Fukuoka, walau azan Ramadhan tidak langsung kedengaran.

Ohori-Koen
Fukuoka, Japan
November 2003

Friday, 22 April 2011

HIJRAH OR CALL IT TRANSFORMATIVE SHIFTS



Many people had asked me about how I run and transform Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Universiti Sains Malaysia (USM). Unfortunately, I can't give them straight answer most of the time. Perhaps, it is due to my lack of 'academic' background in organisational and human resource management, business planning and brand development. I don't have a Phd in those things. heck, I don't have a Phd in anything (at least, not yet). Most of what I've done came from my scattered readings, asking people (in the business of running a museum and gallery or anything to do with them) and most of time, 'practically' testing my own hyphoteses (on several key issues related to museum and gallery). 

But I do have my own list of key principles on what clever people would call 'paradigmatic shifts'. They were taken from several sources (reading materials, practical actions and personal experiences). I guess such shifts can be applied to many other situations as well.

So here we go:

 
Transformation from
(In governance)
• GOVERNMENT CULTURE to SUSTAINABLE CULTURE
• MAINTAINING STATUS QUO to TAKING RISK
• ENLARGEMENT to CONVERGENCE
• RETAINING SIMILAR METHOD to CHANGE OF DIRECTION

(In working culture) :
• From KISS ASS to INTEGRITY
• COERCIVE to INSPIRATIONAL
• PASSING JUDGMENT to GIVING MOTIVATION
• GIVING COMMANDS to SHARING KNOWLEDGE
• SECRETIVE to OPENNESS
• WORKING ALONE to WORKING AS A TEAM
• DEMANDING PRAISES to GIVING ACKNOWLEDGMENT

(in management culture) :
• From FIGHTING THE DARK to EMITTING LIGHT
• MANAGING to INSPIRING
• FOCUSING ON TODAY’S CRISIS to DEALING WITH TOMORROW’S OPPORTUNITIES, now
• REACTING TO CHANGE to INDUCING CHANGE
• CHEERLEADER to VISIONARY
• CONTROLLING OTHERS to EMPOWERING OTHERS
• PUNISHING BAD BEHAVIORS to ENCOURAGING GOOD BEHAVIORS
• FINDING FAULTS to SOLVING PROBLEMS
• LONE DECISION to CONSULTATIVE DECISION
• CENTRALIZED to NETWORKED

Plus many-many more scenarios of transformation that our mind can imagine.

Hijra to the road of fitrah (after a series of several workshops and teh tarik kurang manis sessions) :

• Open-minded
• ‘Participative’,
• Cross-disciplines
• Transparent
• Prudent
• Confident
• Balanced
• People-friendly
• Nature-friendly
• Gender-sensitive
• Diverse
• Tolerant
• Creative
• Innovative
• Risk taker
• A sense of humor
• Hard work & fast
• Think visually
• Good psychologist
• Set high standard
• Strategic thinker
• Research-minded
• Power of analysis balanced with a ‘blink’ sharp instinct
• Imaginative
• Trustworthy

Everyone is a 'leader'. Everyone is a winner. remember those millions of zygots swimming along with only one (winner) managed to fertilise the egg....to become 'me'. Every soul is an emitting light. A good transformative leader will bring others back to traits that are closer to our fitrah - light, passionate, innovative, focus on ideas, inspiring, eyes on horizon, long-range scenarios, vision grounded in values, humble, comfortable with oneself, honest and just.

A leader makes peace. Pray that we all become one, who is peace (salam).

In regards to the arts, perhaps the shifts here may spark few frequencies here and there...

FROM Singular or master narrative (read Euro-American) TO discourses and multiple (small) narratives

FROM Passively safe TO provocatively challenging

FROM Aesthetic only TO cultural studies

FROM Formalism only TO multiple methodologies

FROM Modern only TO beyond post-modernism or whatever 'ism'

FROM Homogeneity TO trans-cultural

FROM National only TO regional & global

FROM Exclusive TO inclusive or participative

FROM Mass(mess) media TO multimedia/new media

FROM Status-quo (for abuse & unjust domination) TO deconstruction (of whatever that is abusive/unjust)

FROM Rigidly prescriptive, given & predetermined TO choice

FROM Nation-state TO trans-national

FROM Independence TO interdependence

FROM Centralized TO multi-centers

FROM Singular discipline/media/medium TO trans-disciplines/cross-media

FROM Linear TO non-linear

FROM Form TO information (and value)

FROM Fixed and frozen (dead) TO change and flux (alive)

FROM Content TO context

FROM Singular meaning TO multiple meanings

FROM Product TO time

FROM Mass TO customization

FROM Artist as the controller or artist-centered TO artist as facilitator or audience-centered

FROM Review of end product or summative TO review of process or formative

FROM Sequential and single direction TO cyclical, simultaneous, concurrent and multi-directional

FROM Isolated specialist TO multi-skilled generalist

FROM Hierarchy TO network of relation or web

FROM Physical skill TO thinking or mental skill

FROM Product-centered TO services or user-centered

FROM Global competition TO global collaboration

FROM Dominance TO synergy

FROM Passive audience or consumer TO interactive audience or prosumer

FROM Physical attributes TO intellectual attributes

FROM Fractions TO convergence

FROM 'Zahir' TO 'Batin & Zahir'

Those on the right side of this transformative shift are perhaps more friendly or healthy to the true nature of our mind. They will hopefully unveil the inherent creativity in all of us.




Berhijrahlah sayang, demi masa mu.

KURANG HUJAH BANYAK HIJRAH

1. HIJRAH SEBUAH TOYOTA

Nama asal saya Toyota Corolla KE 20, 1.2 cc. dan lahir tahun 1974. Saya terima diri saya seadanya, walaupun dihina dengan panggilan besi buruk. Setiap kejadian itu tidak dijadikan sia-sia, termasuklah adanya saya. Cuma saya perlu yakin bahawa di sebalik jasad ini, ada keindahan yang dihijab oleh kebisingan minda dan rasa. Saya perlu cari keindahan itu untuk membuat transformasi diri.

Bertahun-tahun saya hidup dengan kata-kata "engkau besi buruk, engkau dah tua, dah outdated, tak stailo lagi, tunggu reput je la,dah tak guna, tak boleh pakai". Inilah toksik yang saya simpan dan kumpul selama ini.

Apatah lagi sekarang ni ramai yang suka benda-benda canggih, terbaru, terkini, kontemporari. Saya pun masuk jerat mimpi benda ni hingga saya sendiri rasa diri dah tak berguna lagi. Dah takda harapan untuk menikmati kehidupan.




Ada yang kata, "kau ni elok Mr. Flinstone je bawak". Mentang-mentangla rantai saya dah reput.




Saya pulak, layan segala drama sedih ala-ala filem hindustan ni, siap dengan lagu melankolik.




Setiap hari saya bergelumang dengan segala toksik minda yang membenam saya dalam segala yang negatif. Pintu saya tertutup.






Saya terasa kosong.




Nasib baik, saya dikejut dari mimpi benda yang selama ini melenakan saya dalam drama sedih kehidupan sebuah besi buruk. Kenapa saya biarkan toksik semalam menjadi karat yang susah nak diubat. Saya perlu berubah. Pertama, saya perlu ubah minda saya, barulah dunia sekeliling saya juga berubah. Untuk itu, saya perlu buang segala kekaratan yang sudah menjadi jasad. Saya perlu buang segala toksik semalam. Saya perlu fokus kepada 'sekarang' dan mengisinya dengan 'bagus, bagus, bagus' dan segala yang saya inginkan. 

Nak buang toksik ni susah. Saya kena istiqamah dan sabar. 

Walaupun perubahan minda itu sukar, walaupun saya terpaksa menanggung kesakitan, terpaksa memisahkan dan memecahkan segala toksik fikir yang selama ini membelenggu dan memenjara saya, saya tetap gagahkan juga. Saya buka, tanggal dan buang segala yang selama ini merosakkan saya.




Saya betulkan dalaman saya, walaupun ramai yang sinikal dan mencebik. Tidak ramai yang memberi galakan, malah ada yang kata, saya tak boleh berubah. Bila mereka lihat saya terbongkang berserabut macam ni, lagilah mereka yakin, saya tak boleh diselamatkan lagi. Mereka tak tahu, yang mereka lihat itu benda, bukan minda saya. Minda saya sudah saya isi penuh dengan 'visi' saya, yang bagus, bagus, dan bagus.





Saya betulkan segala yang terabai, sambung mana yang sudah tercabut, bentuk semula segala talian yang sebelum ini terputus.





Walaupun perubahan ini memakan masa (setahun), saya tetapkan minda dalam gelombang positif. Saya istiqamah dalam usaha saya, walaupun adakalanya menyakitkan. Memanglah, dari segi jasad, waktu perubahan ini saya nampak tonggang-langgang , mengarut dan tak tentu arah. Ramai kawan pun lari. Yang lari bukan kawan sejati.




Dalam keadaan jasad yang buruk dan berserabut ini, ramai juga yang ambil kesempatan memburukkan lagi. Tapi saya tetap jaga frekuensi minda. Saya takkan biarkan mereka ganggunya lagi.




Sedikit demi sedikit saya membuat transformasi. Saya bergerak untuk kembali kepada fitrah.Saya berubah atas keyakinan dan kepercayaan yang kukuh. Keyakinan lebih kuat dari pengetahuan.



Dari transformasi minda kepada transformasi fizikal. Pintunya niat, terasnya yakin dan percaya, kekuatannya pada cinta, vitaminnya...enjoy dan suka. 

Apabila minda sudah bertukar frekuensi, kulit luar yang terzahir juga bertukar frekuensinya. Kulit hitam ke, putih ke, cokelat ke, kuning langsat ke,.....semua tu berbagai-bagai, agar kita mengenal satu sama lain.






Mata saya masih belum bersuluh....tapi saya tetap yakin.

Syukur, banyak yang bergetar dalam gelombang minda sebelum ini, sudah terzahir jua.




Saya istiqamah dalam proses transformasi...





Akhirnya....

Saya.....kini. Bersama sebuah lagi keberadaan yang juga turut berhijrah seperti saya. Hijrah Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM menuntut istiqamah 5 tahun, jauh lebih lama dari saya. Tapi itu episod lain pula.




Setelah kembali kepada fitrah, saya kembali menjumpai makna diri .... saya adalah sebahagian dari gelombang perjalanan, titian, talian, pengembaraan, penerokaan, dari satu titik ke titik, tanpa henti....
 



Perjalanan masih jauh, namun kini saya sudah 'bersuluh'.




Adakala jalan lurus, adakala bengkok, adakala mendaki, adakala menuruni, perlu bijak dipandu. Siapa pemandu saya?



A = Anak ; S = nama bapak; 9 bulan lahir pemandu saya; 65: tahun lahir pemandu saya




Baka, kena jaga.



Komuniti kena ada



Pandang depan, sesekali renung ke belakang juga. Apapun, fokus pada yang 'bagus, bagus, bagus'.

Perlu selalu membuat 'refleksi' dan menjadi cermin pada yang lain juga.




Langkah bersuluh, gerak bersungguh.




Batin ok, jasad ok; pemandu ok, kereta ok.




Pintu selalu terbuka, untuk segala yang membawa kebahagian dunia dan akhirat.







Pemandu saya. Tolong doakan agar dia sentiasa berada di 'jalan yang lurus'.







Tiga dalam satu; satu dalam tiga. Batinnya saling-berkait, menjadi tanda zahir kepada episod hijrah dalam ribut drama serta hijab mimpi dunia. Bila niat hijrah berdetik, kita akan dijodohkan dengan mereka yang berkongsi gelombang yang sama. Hijrah ini dimungkin oleh genius seorang Keirol Khalid di Teluk Intan, Perak, bersama-sama dengan dream team beliau dikalangan car body, engine, interior experts di Teluk Intan. Salute!

Berhijrahlah sayang........Demi Masa mu.







AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...