Friday, 28 November 2025

PELUKIS BANGUN & KAYA

PELUKIS BANGUN & KAYA

Satu refleksi peribadi

Pelukis yg bangun dan kaya ialah yg sedar & bawa kesedaran. Maknanya pelukis yg 'sedar atau terjaga dari lena mimpi material dan dari dihanyut nafsu serakah' yg boleh bawa kehancuran.

Pelukis yg bangun di sini bermaksud yg berhijrah dari frekuensi kesedaran tahap rendah (berpaksi nafsu serakah & dipasung ego) kpd kesedaran tinggi (berpaksi kesedaran berTuhan & bebas ego). 

Makna fitrah utk pelukis 'kaya' pula adalah yg sentiasa dilimpahi rahmat Tuhan tanpa putus. Rahmat itu pula meliputi semua. Rahmat ini bawa hidup yg sihat & berkat.

Namun makna2 fitrah atau asal untuk pelukis yg bangun dan kaya sebegini telah ditabir & dikelabukan oleh kapitalisme pemangsa.


1. Apa makna pelukis bangun & kaya yg dah ditabir & dikelabukan?

Kita cuba hurai di sini.

Bangun & kaya dlm konteks pasaran, sering dikaitkan dengan hal2 berikut:

i. Pembangunan (development)

ii. Kemajuan (progress)

iii. Pertumbuhan (growth)

iv. Pemodenan (modernization)

v. Perindustrian (industrialization)

vi. Perubahan (change)

vii. Produktiviti (productivity)

Hal2 di atas sudah diperkenal, ditanam, dinormalisasi, dilazim, diulang2, diregulasi, diserap, diamali & disejadikan (embodied) hingga kita tidak lagi menyoal punca maknanya. Kita terima bulat2.

Mungkin ada yg tunding pada kolonialisma sebagai sumber makna bangun & kaya versi kapitalisme pemangsa. Asalnya untuk menghalalkan penjajahan. Setelah kolonialisma, kita meminjam naratif pembangunan dan kekayaan ini, ada masanya secara pukal dan mengkhinzir buta. Kita guna dalam segala urusan, termasuk urusan seni dan mentakrif pelukis yg kaya.

Ok, sekarang cuba kita 'gali-tubi'.


2. Pelukis bangun & kaya versi kapitalisme pemangsa.

Ini pelukis bangun dan kaya ikut acuan perlanjutan & perluasan dominasi ekonomi liberal pasaran bebas. Acuan ini boleh dibaca sebagai satu bentuk penjajahan versi baru. Penjajahan ini boleh menjahanamkan kemanusiaan & alam. Ia tak lestari. Pemacunya adalah kapitalisme pemangsa berasas tamak haloba tanpa sekat dan had. Pelukis bangun & kaya versi ini perlu dekonstruksi atau dipecahkan kejumudan tafsirannya. 

Tapi untuk itu berlaku, kita perlu kenal senario yg mengepung pelukis bangun & kaya versi kapitalisme pemangsa itu dulu.


3. Senario yg mengepung pelukis dalam struktur kapitalisma pemangsa :

> Fokus pd pembangunan & kekayaan fizikal/benda saja.

> Fokus pd pembangunan & kekayaan yang boleh disukat saja.

> Gunakan lojika reduktif sains klasik sbg asas pembangunan dan kekayaan, hingga ditaati persis tuhan atau agama yg tak boleh dipersoal.

> Gunakan perisai kerasionalan & kebenaran saintifik, walaupun data boleh dimanipulasi, malah selalunya terlalu kompleks hingga masyarakat awam tak faham atau takda masa nak soal ketepatannya.

> Dikaitkan dgn pembinaan infrastruktur fizikal spt pembinaan banyak bangunan, pencakar langit, perbandaran pesat, perumahan elit atau residensi mewah, kota2 mega & kilang2 walaupun kesan mental-emosi terhadap manusia & kelestarian alam sekitar merosakkan 

> Galakkan urbanisasi, gentrifikasi, migrasi (dari kampung ke kota, dari mesra alam semulajadi kpd mesra industri & pasaran yg merosak hati manusia & keseimbangan alam).

> Perlumbaan terbuka utk pemilikan : tanah, kawasan, ruang - sesiapa yg ada kuasa modal boleh beli/sewa/pajak; jika ada akta lagi bagus.

> Penambahan ekuiti, modal/kapital dgn apa cara sekalipun walau memanipulasi sistem perundangan mahupun agensi dan institusi

> Memastikan keuntungan tanpa had atas apa cara walaupun salah dari segi moral dan undang2 spt rasuah.

> Tamak tanpa had itu digalakkan, malah diraikan.

> Nafsu & kepentingan sempit pemodal2 besar lebih utama, tapi selalunya tersembunyi, terlindung dari umum.

> Untung dpt pada elit pemodal & 'enablers' dikalangan elit politik, yg lain dpt kerak, atau jadi hamba, terutama yg 'bottom billions'.

> Ulang balik penjajahan dan dominasi tapi guna istilah baru - globalisasi, tariff, perjanjian dagang, dll.

> Pastikan menang dalam perang saraf geo-politik global, terutama media atas talian.

> Guna penguasaan media atas talian sebagai senjata mempengaruhi fikiran, selera dan membina konsensus

> Bentuk hubungan baru : pemerintah + pemodal (dalam & luar negara)

> Hubungan di atas membentuk pula kelas elit2 baru yg hidup dlm kekuasaan, keistimewaan (privileged) & kemewahan melampau. Boleh miliki dan beli apa saja, termasuk kedaulatan negara lain.

> Kekuasaan, keistimewaan dan kemewahan melampau ini wajib dipertahankan. Mesti dipertahan & menang dgn apa cara sekalipun.

> Jika ada penentangan, mesti dimusnahkan tentangan dgn cara kasar dan halus. Termasuklah juga genosid. 


4. Bagaimana model bangun & kaya ini melihat & melayan manusia & alam? :

> Manusia kelas pekerja dan alam itu sumber dan modal

(Sumber manusia, modal insan)

> Manusia kelas pekerja dan alam itu aset dan perlaburan yg mesti dimiliki untuk dieksploitasi. Dieksloitasi utk mencapai keuntungan tanpa had walaupun boleh merosakkan manusia dan alam itu sendiri

> Manusia dan alam itu mesti diperhambakan sbg instrumen atau alat utk membawa keuntungan tanpa batas

> Manusia dan alam wajar dimusnahkan jika perlu utk golongan pemodal bangun dan kaya tanpa had dan sekat. Genosid itu hanyalah 'colateral damage'.


5. Bagaimana model bangun & kaya ini dikekalkan?:

> Bentuk kelas pekerja atau hamba utk elit pemodal dan pendokong2 mereka dikalangan elit politik.

> Kelas ini perlu dilenakan, dicandu, dikhayalkan, dipastikan agar tidak sedar mrk sedang diperhambakan.

> Kelas ini perlu dibisingkan dan disibukkan, jgn bagi mereka diam dan tenang.

> Kelas ini perlu dilaga2kan, dilumba2kan, dipecah agar mudah diperintah.

> Pisahkan kelas ini dari kepercayaan pada Tuhan.

> Pisahkan hubungan simbiotik (senadi) kelas ini dengan bumi/alam semulajadi.

> Pinggir atau jika boleh, lupuskan kepentingan aspek2 hidup yang berdasarkan nilai2 tidak ketara yg tak boleh atau susah disukat - seperti kebudayaan, kesenian, warisan lokal.

> Serap model toksid ini dalam semua aspek hidup manusia, termasuk agama, budaya, seni, warisan. Jangan tinggalkan apa jua. Termasuk aspek pendidikan, dari peringkat rendah hingga pengajian tinggi. Semua wajib diserap menjadi instrumen mencari keuntungan material atau kebendaan semata-mata. Pelajar pula lebih pragmatik jika dilihat sbg sumber, modal, pelaburan, aset utk dieksploitasi.

> Eksploit pengetahuan utk memaksimakan keuntungan. Pendidikan dijadikan perniagaan global yg lumayan

> Cipta KPI, ROI dan lain2 sistem seperti 'Rangking System' berasaskan hal2 yg boleh disukat saja, utk pastikan manusia sibuk berlumba nombor hingga tak sempat utk diam buat refleksi dalaman yg bermakna

> Pinggirkan atau lupuskan tafsiran ilmu yg berasaskan kosmologi lokal, atau berasaskan kepercayaan kpd Tuhan, atau berasaskan Tauhid

> Pinggir atau lupuskan sistem bahasa dan makna sepunya yg halus spt:

i. Tanah-air

ii. Ibu pertiwi

iii. Ibu negara/negeri

iv. Ibu rumah

v. Kalbu/Hati 

vi. Adab, budi, budiman

vii. Hikmah

> Pisahkan pendidikan dari pemurnian kalbu atau hati kerana tidak bawa keuntungan material yg boleh disukat

> Tipiskan makna ilmu ikut epistimologi berasaskan benda saja. Ilmu hanya berguna jika boleh bawa keuntungan yg boleh dikuantifikasi atau disukat.

> Lupuskan tafsiran manusia sebagai khalifah/penjaga atau pemegang amanah (custodians, guardians)

> Cipta 'rotan' atau hukuman kpd golongan yg tak mahu ikut atau akur pada sistem2 yg dicipta ini

> Pinggirkan mereka, asingkan, 'orang2 lain'kan mereka (othering, others, otherness)

> Kalau boleh, buang mereka (displace)

> Kalau terpaksa, bunuh saja, termasuk seluruh bangsa merentas generasi.

> Perkenalkan istilah tradisi

> Letak istilah ini pada mereka yg menentang sistem ini

> Kaitkan tradisi dgn istilah2 ini:

i. Kampung (fikir/fikiran kampung, bukan fikir/fikiran kota/think city)

ii. Bodoh, jumud, tidak terbuka, tidak toleran, fanatik, tidak liberal

iii. Kuno, purba, usang, ketinggalan zaman, tidak rasional, tidak saintifik

iv. Keganasan atau terorisma

> Labelkan tradisi, kampung dan istilah2 diatas sebagai penghalang atau anti-tesis pembangunan, kemodenan, Barat.

Demikian makna bangun & kaya versi kapitalisme pemangsa, yg mengepung pelukis.


6. Harapan

Moga para pelukis dapat bangun dari lena nafsu dan hanyut mimpi benda. Moga para pelukis dapat istiqamah dlm gelombang kesedaran keTauhidan. Moga para pelukis terus menerima limpahan Rahmat Tuhan tanpa henti serta meliputi segalanya. 

Moga para pelukis dpt mengecap erti bangun dan kaya yg sihat sejati, jernih dari keruh & kekelabuan kapitalisme pemangsa yg memiskin hati & membangkrap jiwa.

(Ini refleksi peribadi, tak setuju takpa. Takyah nak kecoh2 dan gadoh2.)

KEBUN JIWA HALUS

November 2025

PELUKIS BANGUN & KAYA

PELUKIS BANGUN & KAYA Satu refleksi peribadi Pelukis yg bangun dan kaya ialah yg sedar & bawa kesedaran. Maknanya pelukis yg 'se...