Thursday, 8 August 2024

HIJAB NURBAYA DAN NARATIF JANTAN YG MENGHIJABNYA

 "Aku ikut naratif 'pembangunan' berpaksi keuntungan benda ini. Aku ikut nahu aristokrat politik dan pemodal2 lokal serta rakan2 strategik trans-nasional mereka. Aku obses membangun benda. Jiwa kosong terasa bila2 boleh runtuh. 

Ini jugalah raksasa global mata satu yg memaksa semua manusia utk tunduk mengikutnya. Kepentingannya meresap halus dlm segala saham dan tatakelalok perniagaan merata negara. Mana ada 'kedaulatan' mahupun 'kebangsaan' dlm nahu perniagaan neo-liberal.

Makanan utama raksaksa ini adalah darah hitam.  Bentuknya - minyak yg berkilat itu. Raksaksa berlaga raksaksa persis godzila bergasak dgn King Kong. Mereka berebut kawasan utk mengisi tong2 minyak sbg bayaran utk berkuasa penuh. 

Raksaksa ini prasan ia mewakili ketamadunan manusia tertinggi, walaupun sebenarnya mewakili kemusnahan, keruntuhan dan kehancuran ketamadunan dan kemanusiaan. Ia merasuk seluruh dunia. Seni rupa pun dirasuk, baik yg moden mahupun kontemporari. Kejantanan terjelma dlm perlumbaan 'passive-aggressive' siapa punya paling mahal, siapa punya paling banyak sambil mendobi.

Wanita2nya dilabel bodoh, dikongkong, dilitup, dipinggir, diketepi, diperhambai. Representasinya pekat dan sarat dgn nararif begitu. Itulah naratif tajaan raksaksa geo-politik yg berpusat di Rumah Putih Amerika Syarikat, di Rumah Kongres, di Israel dan juak2 mereka 

Ini naratif libido jantan, yg berlumba dominasi dunia, siapa punya paling panjang, paling besar, paling berkuasa. 

Naratif jantan perkasa yg telah dinormalisasikan ini buat aku dan manusia sejagat dijajah secara sistemik hingga buta mata dan hati. Makin dihijab dan ditutup dari simbahan cahaya kasih dan belas hingga kering ihsan. Hidup semata konsumer tanpa ada suara.

Makin terhijab peranan para wanita penjaga cahaya. Seperti fitrah seorang ibu, mereka pembawa amanah dan pencerah. Mereka diwakilkan oleh Tuhan utk menyuluh kita dlm kegelapan nafsu dunia. Itu naratif fitrah feminin, pengimbang maskulin. Tapi imbangan ini payah dilestari. Yg bangun, masih benda bukan jiwa.

Adakah kita mampu menyingkap hijab pekat yg selama ini menutup sisi 'feminin' dlm pembangunan jiwa dan peradaban manusia?

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...