......agar kamu semua dijadikan Allah sebagai para pengkarya tokoh yg mengamalkan secara praktis segala yg kamu ajar kepada pelajar. Kamu dirujuk, dihormati, dikagumi, disegani kerana kepakaran kamu dalam bidang2 praktis studio bukan saja di negara, tetapi di luar negara. Kamu dirujuk sbg tokoh kerana karya2 hebat yg kamu hasilkan, bukan kerana berapa jumlah geran, penerbitan dlm jurnal scopus, penerbitan buku2 dlm MAPIM dan pembentangan dlm konferen antarabangsa (biasanya di Indonesia), bukan kerana sumbangan dlm bentuk kuantitatif semata2. Kamu tidak lagi ditekan oleh kegilaan mengejar ranking berdasarkan piawaian dan kriteria yg dibuat oleh pihak berkepentingan komersial dari negara Barat sj. Karya2 kamu diiktiraf oleh mereka yg benar2 handal di peringkat antarabangsa dlm bidang kamu, bukan oleh panel kenaikan pangkat yg mungkin langsung tiada pengetahuan tentang bidang dan kepakaran kamu. Karya2 kamu menjadi rujukan penting oleh para pengkaji bidang kamu di rantau ini, terutama pelajar. Ketokohan kamu terserlah menerusi karya2 kamu. Kamu menjadi pemimpin, perintis dan pelopor dlm bidang studio masing2, bukan hanya kerana pasaran karya, tapi yg lebih utama, kerana eksperimentasi, penerokaan, inovasi & cetusan ide2 baru yg selaras dgn perubahan zaman. Tempias dan faedah dari sumbangan praktis kamu merentas ke pelbagai lapisan masyarakat, bukan hanya orang2 kaya, kolektor dan puak2 yg pergi galeri saja. Kamu percaya dan yakin dgn apa yg kamu amalkan. Kamu tidak menipu dgn mengajar hal2 yg kamu tak amalkan dgn cemerlang, atau hal2 yg kamu sendiri takda pengalaman praktis. Kamu jaga amanah kamu dlm mengajar, terutama dlm mengajar perkara yg kamu amalkan dlm praktis. Kamu jaga amanah warisan budaya tak ketara (intangible cultural heritage), bukan hanya jadi hamba penyumbang nombor utk kejar ranking je.
Terima kasih byk sudi datang jauh2 utk ziarah saya di @rumahtokcu .
Tak semua dpt sampai sini walau ada yg berbuih mulut ckp nak datang. Jika dah sampai sini, maknanya rezki kita. Saya amat2 menghargainya. Saya rasa sihat. InsyaAllah panjang umur. Alhamdulillah."
Kebunjiwahalus
No comments:
Post a Comment