Terima kasih kerana pinjamkan aku satu nyawa. Terima kasih kerana masih izinkan ia bernafas, sihat dan hidup. Terima kasih kerana pinjamkan minda yg kompleks dan perasaan yg rencam. Terima kasih kerana pinjamkan tubuh dan watak. Terima kasih kerana pinjamkan mcm2 pengalaman & ilmu yg kaya, kemahiran, bakat & kebolehan yg tinggi2. Terima kasih kerana pinjamkan mcm2 peranan yg bermanfaat utk kesejahteraan seluruh manusia & semua makhluk. Terima kasih kerana anugerahkan ibu-bapa, isteri, anak2, adik beradik, saudara mara, kawan2 & kenalan, guru2 yg baik2 & cantik2 utk dikasihi & dibelas. Terima kasih kerana anugerahkan mcm2 setting atau persekitaran yg osem utk dialami & dihayati. Terima kasih kerana pinjamkan harta, pemilikan benda, kerja, pangkat, gelaran, kedudukan, kelayakan dan mcm2 lagi.
Tiap malam sebelum tidur, aku maafkan diri yg dipinjam ini. Aku maafkan semua orang dlm hidup yg dipinjam ini. Aku lepaskan semua pergantungan palsu dan identifikasi total kpd semua yg dipinjam ini - diri, org2 yg disayangi, harta, pemilikan benda, kerja, pangkat, gelaran, kedudukan, kelayakan dll. Aku serahkan kembali. Esok, bila dibangun-semula, aku pinjam lagi dlm kitaran maya yg sebenarnya penguji.
Terima kasih atas satu cerita penyaksian hidup yg sgt indah. Hidup kerana Kamu. Mati kerana Kamu. Jika drama kehidupan itu seorang penari, aku salah satu tariannya.
Terima kasih atas amanah ini. Akan tiba masa utk aku pulangkan kembali amanah yg dipinjamkan secara kekal, keluar dari kitaran ilusi atau maya ini. Dari Kamu aku datang, kepada Kamu aku pulang. Moga ketika itu aku pulang dgn hati yg tenang. Cuma, bukan sekarang.
Yang aku terima, kasih. Yang aku pulangkan, juga kasih, Ya Allah, Ya Tuhan Ku. Yg ada hanya Kamu, Yang Maha Pengasih.
(Foto : Petikan dari buku "Wajah M50 : Di Galeri Morne" terbitan ITBN, 2014. Karya ini boleh dialami di @mgtf dlm pameran sMTVa - Screening Malaysia Through Video Art")
No comments:
Post a Comment