Monday, 8 November 2021

KEPALA BATU - TENTANG BUMI & BETAPA BUTANYA KITA

 Melukis boleh jadi....

PENAWAR KERAS HATI & KEPALA


Alam teramat luas. Namun hanya satu zon teramat kecil sj yg boleh menampung hayat.


bUMI. Satu2nya keDIAMan manusia. Dalam skala alam semesta, manusia lebih kecil dari debu. 

bUMI adalah satu-satunya zon habitat hayat (habitable zone). Tiada zon sebegini di ceruk2 semesta yg dpt diintai teknologi angkasa tercanggih setakat ini. 

bUMI taat berputar & bergerak. Ia tunduk pada fitrah pada Hukum Alam atau 'Law of Nature'. Sistemnya dinamik. Dipanggil sistem hidrologi. Hayat atmosfera & hidrosferanya dipacu kitaran/pusingan/pusaran AIR atau nama canggihnya H2O.

Kitaran air tunduk bertawaf ikut fitrah. Dlm Quran disebut di 24:45, air antara unsur asal kejadian. Kalau salah, tolong betulkan. 

Struktur atom air berbentuk tetrahedron yg simetri & cantik. Air kerjanya melukis dan mengukir rupa bumi. Arusnya berus.

Bersama dgn tekanan udara, angin dan suhu, air mengukir dan melukis dgn tekun, memakan masa berjuta-juta tahun utk menghasilkan mahakarya yg hari ini kita panggil landskap. Mahakarya agung yg berjuta-juta tahun usianya inilah yg sering mahu diubah oleh manusia keras hati yg angkuh. 

70% bumi diliputi air. Begitu juga dgn badan manusia. Yg diukir dan dilukis adalah dasar laut dan muka benua. Untuk benua, air mengukir & melukis gunung, bukit, lurah, sungai, padang rumput, padang pasir, glasier. Nadi bumi adalah sistem sungai, seperti juga nadi jasad manusia itu sistem salur darah & sistem sarafnya. Jika sistem hidrologi bumi tidak diganggu manusia yg haloba, ia sihat. Alunan, ritma, rentak, corak & jalinannya terus bertasbih. Jika sistem itu diganggu, diracun, dicemar, ditoksid, samalah spt meracun sistem darah diri sendiri. Itu membunuh diri. 

Semuanya hanya mampu ditiru dgn tunduk & malu oleh sang pelukis. Aku, yg narsistik & egoistik, menjaja gelaran seniman sebagai identifikasi palsu yg cuba dipakai hingga menjadi penjara diri. Ramai yg terpasung kaku menjadi batu patung cendana kerana mengejar dan dikejar nama sbg seniman. Ramai juga yg jadi keras kepala, dan tak kurang yg keras hati. Yg aku ini tahu, walau segan nak mengaku. Tapi yg keras & panas pun boleh dilentur bentuknya oleh arus air yg lembut. 

Pada seketul batu kaku, baik jenis igneous, sedimentary atau metamorphic, tersurat & tersirat sejarah bumi yg 5 lapis itu. Ada yg berusia hingga 3.8 bilion tahun. Batu antara makhluk tertua di muka bumi. Takyahlah menyombong bila berjalan di atasnya. 

Antara puncak Everest yg setinggi 8.8477km itu, dengan lurah dasar laut sedalam 11km itu, ada selapis ruang. Situlah habitat kita. Dipanggil sfera hayat atau biosphere. Jika bumi dilukis atas kertas bersaiz A4, ketebalan habitat ini spt tebal kertas itu sj. Nipis. Jagalah elok2 utk diwarisi generasi mendatang. 

Jarak sfera hayat atau biosphere ini cuma dari 200m bawah laut ke 6000m atas laut. Kita diamanahkan dgn habitat ini, dgn ihsan atau 'belas' Tuhan. Pertautan kita dgn amanah ini bukanlah fizikal semata2. Pertautan kita kuantum & spiritual. Wacana ekologi sezaman pun sudah memperakui kepentingan 'ekologi spiritual' dlm menjaga amanah ini. Rekabentuk tradisi tampak dari pelbagai daerah di dunia, termasuk dari susur tradisi Melayu-islam-nusantara, terisi dgn pesan2 utk menjaga amanah ini.

Kita ialah penjaga habitat ini. Kot2la, lupa kerana kepala dan hati sudah keras mcm simen konkrit. 

Aku melukis agar tidak lupa, juga utk lembutkan hati serta keras kepala. 

Sekian.































TENTANG BUNYI & BETAPA PEKAKNYA KITA

KITA


















































Pemulihan zaman pandemik & ekonomi gig bising cilok-mencilok.

Bismillah, salawat. Doa buat semua guru2 & inspirator yg buka jalan utk aku mengintai rahsia bunyi.

Awas, lori separa sarat foto & ayat panjang.

Ini tentang memulih kemanusiaan yg sakit. Yg sakit, minda & hatinya. Yg dipulih adalah pertautan batin menerusi resonan bunyi. Resonan itu bergema. Gema itu memulih. Disonan itu membising, membingit, menghingar. Ia menyakiti.

Deria pertama yg terbentuk ketika kita dlm rahim adalah bunyi. Sebelum dilahirkan, dlm keadaan diapung dan dilindung air, kita semua mendengar resonan belas dlm rahim.

Resonan adalah gema atau gelombang yg terhasil dari getaran tenaga dlm julat frekuensi tertentu menerusi sesuatu medium, udara & air contohnya. Resonan rahim (belas) terhasil dari gabungan degupan jantung kita dgn degupan jantung ibu kita. Degupan jantung ibu kita menggetarkan gelombang tenaga yg paling hebat di dunia - yg kita panggil kasih & belas.

Kasih & belas adalah zikir. Kita dibelas (dirahimi) selama 9 bulan dlm resonan ini. Ini resonan fitrah. Resonan ini juga ada pd bumi & alam semulajadi, pada pokok2 & tumbuh-tumbuhan. Mereka berzikir.

Tapi, telinga kita tak dpt mendengarnya. Jika kita menzikirkan kasih & belas dlm perasaan kita tanpa ada udang sebalik mee, kita berharmoni dgn resonan bumi & alam semulajadi termasuk binatang.

Jika hati kita menjeritkan benci & apati (walau tanpa suara, tanpa kata, tanpa perbuatan membunyikan apa2), kita memusnahkan resonan belas yg amat halus itu, menjadi disonan.

Setiap kita ada 'signature waves' atau gelombang diri berdasarkan kualiti emosi yg dominan dlm hati kita. Walaupun mulut tutup badan tak buat apa2, kita ada gelombang diri ini. Ada yg beresonan (tenang, damai, syukur, redha, sabar) ada yg disonan (bising, bingit, hingar, kacau, keruh). Bayangkan jika semua manusia boleh dengar fikiran & perasaan masing2? Binatang boleh dengar. Sebab itu, binatang selalunya akan lari dari kita. Kita 'bising'.

Adakah ruang bunyi dlm persekitaran binaan urban kita kini terisi dgn resonan belas yg fitrah? Bagaimana pula dgn persekitaran di luar & dalam rumah kita? Bagaimana dgn ruang media, termasuk media sosial? Bagaimana dgn ruang minda & perasaan kita?

Adakah emosi harian kita berharmoni dgn resonan belas bumi & alam semulajadi? Atau ia ber'disonan' (melawan/ingkar) kpd resonan belas itu? Pilihlah yg mana kita mahu fokus, getar, tarik & gemakan. Apa yg kita fokus, kita tarik dlm hidup.

Kualiti ruang bunyi kita adalah kerja kolaboratif, bukan kerja sorang2. Ia spt simfoni. Malah, seluruh alam itu simfoni gelombang.

Oleh itu, tolonglah beri peri-hatian pada kualiti ruang bunyi kita, terutama yg bersuara dlm minda dan hati, agar terus dlm resonan belas. Kita lakukan secara berjemaah.

Hal gelombang ruang bunyi & resonan ini sgt byk yg boleh dikupas & diteroka. Byk rahsia. Byk keajaiban. Ia penawar & pemulih yg berkesan. Dikongsi sini, hukum resonan. Manala tau, kot berguna.

Hukum Resonan ada 9.

1. Ada medan tenaga yg menghubungkan segalanya dlm alam semesta

2. Medan tenaga ini berkomunikasi dgn medan resonan

3. Kita membina medan resonan ini melalui kata2, perasaan dan melalui tenaga fikiran. Namun, paling ketara sekali melalui kepercayaan2 yg mendalam.

4. Kita menghantar (menggemakan) kepercayaan2 ini dgn degup jantung, DNA & kuasa fikiran.

5. Jarak mahupun masa tidak mempunyai apa2 peranan dlm mempengaruhi medan resonan ini

6. Kita bertaut dgn semua org & segalanya melalui hukum resonan.

7. Sesiapa dan apa jua yg masuk dlm resonan kita akan memberi reaksi kpd kita.

8. Sesiapa dan apa jua yg bergetar dlm resonan yg sama dgn kita akan tertarik masuk dlm hidup kita.

9. Begitu juga dgn kita, yg akan tertarik masuk ke dalam hidup org lain jika kita bergetar dlm resonan yg sama.

(Sumber: fibonaccifibonacci)

Buka & singkaplah. Ia amat dekat. Mula dgn suara & ritma jantung kita sendiri yg tak jemu berzikir itu.

Itupun jika kita mampu diam & tanggalkan segala bising yg kita pakai hingga pekak.

#gemaBELAS #gemaBELAS2017
#kebunbunyi


AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...