Monday, 20 August 2018

CINDERELLA MENJERIT

Cinderella jerit dari menara pd aku mlm tadi, "Duhai sedara Hasnul. Saya faham kamu jemu. Saya akur kamu tahu. Ya, benar, ini adalah istana saudagar mimpi. Ya betul, aku hanyalah fiksi. Ya, saya akur, bahawa para saudagar mimpi itu cukup handal menganak-tiri & mengkosumerkan makhkuk sebumi. Mereka pencuri hati & penjangkit zombie. Jampi mereka memukau warga sebumi. Ramai yg tersantau terpukau. Ramai yg melanggan lupa dlm dunia buatan yg mengajar pura2. Hasilnya dikaut oleh mereka yg kurang dari 1% penduduk sedunia. Sedang kamu & berbilion yg lain tetap dibawah sana mabuk dlm lupa. Hanya mampu mengkagumi mahligai kuasa & tahta dari bawah saja. Duhai Hasnul, saya nak tinggalkan pesan. Tak perlu mengejar nama dan dikejar benda bertahta utk membina makna. Belas kasih bukan boleh ditanda-tanda dgn harga. Hidup bukan tentang siapa yg terbaik. Hidup adalah tentang berbuat baik. Saya, snow white, aladdin & jasmine, mickey & miney, pluto, donald, rapunzel, ucapkan 'selamat bermimpi'. Kami yg fiksi ini mendoakan agar kamu sekeluarga bermimpi dlm sedar. Kami gembira dpt menjadi sebahagian dari keceriaan anak-anak kamu. Kirim salam pd semua rakyat malaysia. Luv u all. Mmuah " @ Tokyo Disneyland


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...