Thursday, 23 August 2018

KASIH SEEKOR DUMA


Tak dapat mati sebelah aku, kamu mati sebelah kereta aku, walau dlm hujan. Kamu terkam sambut aku balik tiap hari. Kamu teman aku membaca, menulis, melukis, main muzik & menyanyi, siram pokok, kemas rumah, bersihkan sangkar.


Kamu duduk sebelah bila aku solat & berzikir. Kamu tunggu aku bagi makan & minum dgn patuh, tanpa bising mengiau.


Kamu suka mengadap aku, renung aku dgn tajam tanpa perlu dibelai-belai. Dalam renungan anak mata kamu itu ada pancaran kasih yg sering memulih & merawat jiwa aku. Kamu tidak merenget bila sakit. Aku zikirkan 'good cat, healthy cat, beautiful cat, bawa rezeki cat, bawa kasih sayang cat, bawa kesihatan cat' tiap kali menyisir bulu kamu.




Kamu jadi kawan baik arwah bapak yg kamu sayang sewaktu dia menjaga kamu. 12 tahun kamu bersama aku. Dari kecil sampai kamu tua. Kamu telah mengajar aku & keluarga aku erti kasih, taat, setia yg tak bersyarat. Kamu jadi inspirasi belas utk aku, penebat aku dari segala toksik manusia, pemulih jiwa aku.


Kini ini kamu dah takda. Tapi aku rasa kasih kamu bergema pada tiap haiwan & alam yg tidak dinoda kejahatan manusia. Selamat bersemadi Duma ku. Selamat bermanja-semula dgn arwah bapak. Aku redha kamu pergi. Kamu kucing baik, kucing syurga. Kamu lekat dlm hati aku buat selamanya.


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...