Sunday, 10 August 2014

SALAM KAPCAI


Dalam satu tinjauan oleh sebuah dokumentari tv yang pernah saya tonton, kapcai telah diletakkan di tempat pertama sebagai 10 motosikal paling penting abad ke 20. Ia telah mengalahkan segala motosikal hebat dan canggih, termasuk Ducati, BMW, Yamaha, Kawasaki mahupun Harley. Saya tak terkejut.

Walaupun kapcai sering di dekonstruksikan semiotiknya di Malaysia sebagai penanda untuk budaya rempit, ia tetap saya tabik. Kapcai (old school, tahun 50an) adalah antara teks (penanda) yang penting dalam naratif peribadi saya. Sebahagian dari hidup saya semasa kecil hingga remaja, melibatkan kapcai, terutama sewaktu dibawa ke sekolah oleh arwah ayahanda saya, Saidon.

Wa tabik lu kapcai! 


No comments:

Post a Comment

DEKAT DI JANTUNG YU XIN

DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...