Wednesday, 25 January 2012

WARIS SEORANG 'BUSU GANTI' YANG WUJUDNYA TAK BOLEH SAYA BUKTIKAN SECARA EMPIRIKAL.

Membaca sejarah 'melayu' dari sisi empirikal, kuantitatif, saintifik, berparadigma positivis, berkiblatkan ilusi 'objektiviti' yang mengatakan bahawa alam wujud sendiri dan terpisah dari minda dan rasa, adalah tinggalan puSAKA KOLOTnial. Masih ramai yg disampuk oleh badi puSAKA ini.
Konsep 'wujud' dan 'tak wujud' dalam kosmologi Timur adalah tidak sama dengan kerangka epistimologi KOLOTnial.
Konotasi 'sejarah' dan konsep masa dalam kosmologi Timur adalah tidak linear, tapi bertindan dan trans-dimensi. Begitu juga dengan konotasi 'watak sejarah' yang tidak sama dengan tafsiran berdasarkan kerangka epistimologi kolonial. Malah, konotasi 'benar' dan 'palsu' dalam kosmologi Timur tidak hanya bergantung pada pembuktian empirikal semta-mata. Memaksa kaedah yang tidak sesuai dengan subjek kajian (sejarah melayu umpamanya) adalah tinggalan saka kolonial yg pernah dikhutbahkan oleh Edward Said dan S.H Al-Attas. 
Kita ketandusan kepimpinan intelektual untuk mematahkan serangan saki-baki tinggalan sentimen kolonial ini. Yang banyak adalah semangat palsu yg telah keruh diriuh dan dipolitikkan. Perlu banyak muhasabah dari sibuk bergaduh. Teringat buku "Minda tertawan"
Banyak khazanah ilmu (bukan saja sejarah) dari dunia bukan-Barat terhakis secara halus atas nama pembuktian saintifik atau empirikal. Begitu jugalah dengan beberapa watak sejarah, dan beberapa bentuk warisan tradisi lisan. Beberapa tradisi seni persembahan dan juga khazanah ilmu penyembuhan juga mengalami nasib yang sama. 
Sebelum kehadiran teknologi 'cetak', ilmu (meliputi banyak bidang, termasuk sejarah) dari dunia bukan-Barat banyak diperturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain secara lisan, merangkumi dimensi zahir dan batin sekaligus. Yang zahir adalah kata-kata, pertuturan, aksi dan 'tanda zahir' (yg adakalanya dibiarkan rosak. reput, hilang secara natural). Yang batin adalah kepercayaan, ini jarang hilang kerana ia ditanam dalam medan kuantum (minda dan rasa). 
Yang batin ini tentulah tak boleh nak dicerap secara saintifik. 
Antara 'sumbangan' kolonialisma adalah menukar khazanah zahir batin ini menjadi 'tradisi kuno' yang mati untuk dipamerkan sebagai 'artifak' dalam kaca-kaca muzium. Mana-mana warisan lisan yang tidak dapat diterangkan secara empirikal atau saintifik, akan dicop sebagai 'kepercayaan karut' atau lebih senang lagi 'rekaan imajinasi semata-mata' yang 'tidak dapat dibuktikan wujud (secara empirikal)'. 
Begitulah caranya banyak ilmu, watak dan pemain utama dalam lipatan sejarah di'bunuh' secara halus. Guru saya Ismail Zain pernah menyentuh tentang hal ini selain beberapa pemikir lain seperti yang disebut di atas. Tak sangka pula SAKA ini masih hidup dalam zaman 'pasca kolonial' ini. 
Contohnya, sumbangan Tok Janatun yang membuka perkampungan di Batu Uban Pulau Pinang lebih awal dari Francis Light. Dia seakan terhijab kerana dikatakan tidak cukup pembuktian empirikal berbantukan aparatus teknologi seperti dokumentasi foto, dokumen dan bahan-bahan bercetak (yg dikuasai oleh kuasa empirial waktu zaman kolonial dulu). 
Ada banyak lagi contoh lain. 
Kini, sudah ada banyak usaha merata dunia untuk menggali-semula khazanah ilmu yang terhakis oleh saka kolonial. Banyak jawapan kepada pelbagai masalah sezaman (kontemporari)berkaitan dengan alam persekitaran, kelestarian, kesihatan, kemasyarakatan dsb boleh dijumpai dalam khazanah warisan ilmu dari dunia bukan-Barat. Cuma di Malaysia ni adakalanya masih ada yang masih disampuk (jika tak pun bercinta) dengan saka kolonial.
Beberapa kawan pernah pesan pada saya bahawa kerja Skeat dan Windsteadt (zaman kolonial) penting sebagai jendela untuk melihat cara masyarakat 'bukan orang putih' dibaca dan diwacanakan oleh 'orang putih'. Tapi perlu diingat bahawa penguasaan wacana juga membawa pada penguasaan ilmu. Ilmu itu kuasa, kalau ikut kajian budaya la. 
Kalau ikut premis Prof. Khoo Kay Kim, moyang saya Busu Ganti 'tak wujud' sebab saya tak boleh nak buktikan dia wujud secara empirikal. Saya hanya dapat maklumat secara lisan dari bonda dan ayahanda saya je. Nilah saja bekal yang dapat saya wariskan pada anak-cucu saya kelak. 
Jika ikut premis di atas, Busu Ganti mungkin hanyalah hasil khayalan dan imajinasi ayahanda dan bonda je. Kalau ikut premis ini lagi, saya akan kehilangan warisan dan sejarah peribadi saya sendiri, kerana watak-watak dalamnya tak boleh saya buktikan wujud secara empirikal. 
Pada semua kekawan yang dikasihi, Sejarah Melayu dan apa jua sejarah (terutama sekali sejarah warisan pusaka nenek-moyang kita juga)perlu dibaca dalam konteks atau premis yang mestilah dinyatakan dulu. Rasanya tak molek dibaca ikut kanta empirikal secara pukul rata. Ada 'warisan batin' yang tidak mampu dicerap secara saintifik. Pada saya, inilah warisan yang menghubungkan seluruh umat manusia (walau ia berbeza dari pelbagai segi - bangsa, zaman dan lokasi fizikal).
Tentu sekali kita tidak mahu apa yang dikatakan sebagai 'warisan memori' atau lebih penting lagi, 'warisan batin' akan turut dibunuh, dipupus dan ditelan 'monster' bernama 'pembuktian empirikal'.  

3 comments:

  1. I agree with you. Binatang mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama. kalau ini juga dipertikaikan, I think we should also not believe in the existence of God because we have never seen Him. Anyway, the reason why I facebook so much is so that my stories could be made known to my next[er] [V]eneration. But again, how long would all this last?

    ReplyDelete
  2. JUST IMAGINE! waris nabi Muhammad SAW generasi ke 20 meninggal dunia di Tanah Melayu,Pulau Besar Melaka 9 tahun selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis. Siap dengan bukti bertulis lagi....maknanya waris Nabi beranak pinak kat Tanah Melayu ini....sebab itulah Tanah Melayu ini tanah keramat dirahmati Rahmat Allah!!!Masyaallah!!!Wallahhualam bissawab..

    ReplyDelete

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...