Baru-baru ni, bonda saya Jamaliah Noordin dan ayahanda Saidon datang ke Pulau Pinang untuk urusan Kebun Tok Timah (KTT). Sejak projek KTT dimulakan lebih kurang dua tahun dulu, dah banyak kali mereka datang ke Pulau Pinang. Walaupun dah tua dan selalu uzur, kedua hero dan heroin saya ni tetap gagah bersemangat menatang segala dugaan dan cabaran dalam mengusahakan KTT.
Berkat doa Bonda yang kuat semangat, dan usaha abang saya Zaharuddin yang bertindak sebagai 'CEO', segala yang berlaku seolah-olah mendapat pertolongan terus dari Allah. Saya kata miracle je. Ini termasuklah kos kerja menolak dan menebang pokok-pokok, menimbus tanah, merata dan membuat parit serta menanam rumput, yang semuanya ditanggung oleh 'developer' yang berjiran dengan KTT (kontra menggunakan KTT sebagai jalan pintas lori keluar-masuk untuk 4 tahun). "Rezeki Alah akan turunkan dari sumber yang tak disangka-sangka jika kita yakin penuh pada pertolongan Dia", itu antara ayat yang selalu Bonda ungkapkan.
Bonda adalah pewaris Tok Timah. Tanah ni pun nama dia.
Sekarang ni, KTT dah nampak lebih kemas. Rumah kampung yang saya beli di Teluk Bakung, Perak dulu, akan dipindahkan ke tapak KTT. Bonda sekarang sibuk meleteri saya agar cepat-cepat membawanya ke KTT. Sambil tu, program melestarikan KTT sedang saya rangka. KTT adalah tapak lestari untuk kreativiti (sustainable field for creativity) yang sudah diangan-angankan sejak sekian lama. Ia bakal menggetarkan pelbagai projek kreatif yang berpaksikan kelestarian dan komuniti, selain dari beroperasi sebagai homestay untuk menjana pendapatan.
No comments:
Post a Comment