Friday, 6 January 2012

INDIANA JONES DI USM


Dalam blog entry lepas, ada saya tulis tentang Indiana Jones di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Saya terlupa Indiana Jones yang lebih dekat dengan saya. Mereka ni jiran dekat saya, Prof. Madya Dr. Mohd Mokhtar Saidin dan Prof Madya Dr. Stephen Chia. Selain mereka, ada Jaffrey Abdullah, Mohd Nawawi, Mohd Nordin, Rosli Saaddll. Bangunan mereka 'Center for Global Archaeological Research', bersebrlahan dengan bangunan Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), Unviersiti Sains Malaysia (USM). 

Ini dua otai, juga boleh dipanggil Indiana Jones Malaysia. Tapi dua makhluk ini bukan jenis suka buat bising tak tentu pasal, berkokok dengan dua biji telor macam saya ni. Mereka ni terlalu sibuk dengan kerja-kerja di lapangan merata Malaysia. Mereka low profile. Walaupun tak begitu terkenal di negara sendiri, kerja-kerja mereka sudah menjangkau jauh ke peringkat antarabangsa. Malah, kerja mereka telah banyak diliputi oleh beberapa program tv antarabangsa, termasuklah yang telah ditayangkan dalam Discovery Channel. Tapi biasalah di Malaysia, yang dikatakan 'personaliti' yang ada nilai 'jenama' dan nilai 'berita', hanyalah ahli politik, ahli sukan dan penyanyi. Indiana Jones macam mereka ni tak ramai yang kenal. Begitu juga dengan kajian dan sumbangan hasil penemuan mereka pada dunia (bukan di Gelugor atau Kuala Lumpur saja ya). 

Mereka ada penemuan yang bersifat 'dunia' dengan cara mereka tersendiri, tapi ramai orang Malaysia yang tak tau pun. Agaknya mungkin sebab dah terlalu lama sangat menunggu pemain bolasepak kita mencapai tahap 'dunia', atau filem kita mencapai tahap 'hollywood'.

Kajian serta penemuan dibawah seliaan dua otai ini telah menggegarkan dunia arkeologi antarabangsa. Penemuan 'senjata purba tertua di dunia' (1.83 juta tahun dulu) di Bukit Bunuh, Lembah Lenggong, Perak, telah mencabar teori 'out of Africa' yang selama ini diterima sedunia. Kawasan Bukit Bunuh adalah kawasan yang pernah diledak dengan meteorit. Teori 'out of Africa' memegang premis bahawa penghijrahan manusia awal berpunca dari benua Afrika. Kini, perlu dibawa teori baru sedunia, teori 'Out of Malaysia', suatu pandangan atau sisi terbaru tentang penghijrahan manusia awal.

Penyelidikan mereka juga bakal menulis-semula sejarah purba Asia Tenggara, terutama menerusi pembacaan-semula binaan-binaan purba di Sungai Batu di Kedah. Ini termasuklah potensi penemuan tamadun tertua di rantau ini.

Pada saya, penemuan begini jauh lebih substantial dari terlalu obses pada tinggalan sumpahan puSAKA KOLOTnial.

Saya bukan pakar arkeologi, jadi kepada sesiapa yang berminat, silalah rujuk para Indiana Jones di USM ini, atau klik laman web di bawah

http://arkeologi.usm.my/ 

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...