Saya rindu takbir raya dia.
Walaupun tahun ini saya di Johor Bahru beraya bersama bonda mertua tercinta (ayahanda mertua dah tiada), takbir raya bawa batin saya pulang ke suara ayahanda di Teluk Intan, tanah tumpah kuah tempoyak saya.
Malam Raya sewaktu saya meniti hidup dari kanak-kanak ke remaja ke dewasa, ditanda oleh alunan takbir raya oleh Ayahanda. Suara dan taranum dia boleh cairkan hari saya. Masa remaja saya buas, tapi takbir dia jinakkan saya. Tajwid dia 'perfect', tempo dia 'moderato', 'vibrato' pun kena tempatnya, 'pitching' dan 'key' takda cacat cela. Walaupun sekarang suara dia dah makin takda, tetap sedap pada saya. Dia takbir tak perlu berbelit-belit bunga taranumnya, 'simple' je. Tapi sebab dia takbir dari jiwa, ia berbekas di hati merentas ruang dan masa. Medan jasadnya memang nampak 'frail' tapi medan kuantumnya tetap cantik dan indah.
Dia bekas Qari, bekas imam (tapi takla se'hensem' dan se'glamour' imam muda), bekas hakim taranum Al-Quran negeri Perak. Dia guru agama saya, guru tauhid, guru tasawuf, guru fiqah, guru hidup.
Sekarang saya terbayang dia pakai jubah putih duduk di tikar sembahyang sambil bertakbir. Saya boleh hidu bau atar dia.
Kini bila saya takbir sendiri, saya takbir stail ayahanda. Ilmu 'berlagu' saya datang dari dia. Saya harap ia berbekas untuk anak-anak saya pula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
Amen!
ReplyDelete