Friday, 22 April 2011

KURANG HUJAH BANYAK HIJRAH

1. HIJRAH SEBUAH TOYOTA

Nama asal saya Toyota Corolla KE 20, 1.2 cc. dan lahir tahun 1974. Saya terima diri saya seadanya, walaupun dihina dengan panggilan besi buruk. Setiap kejadian itu tidak dijadikan sia-sia, termasuklah adanya saya. Cuma saya perlu yakin bahawa di sebalik jasad ini, ada keindahan yang dihijab oleh kebisingan minda dan rasa. Saya perlu cari keindahan itu untuk membuat transformasi diri.

Bertahun-tahun saya hidup dengan kata-kata "engkau besi buruk, engkau dah tua, dah outdated, tak stailo lagi, tunggu reput je la,dah tak guna, tak boleh pakai". Inilah toksik yang saya simpan dan kumpul selama ini.

Apatah lagi sekarang ni ramai yang suka benda-benda canggih, terbaru, terkini, kontemporari. Saya pun masuk jerat mimpi benda ni hingga saya sendiri rasa diri dah tak berguna lagi. Dah takda harapan untuk menikmati kehidupan.




Ada yang kata, "kau ni elok Mr. Flinstone je bawak". Mentang-mentangla rantai saya dah reput.




Saya pulak, layan segala drama sedih ala-ala filem hindustan ni, siap dengan lagu melankolik.




Setiap hari saya bergelumang dengan segala toksik minda yang membenam saya dalam segala yang negatif. Pintu saya tertutup.






Saya terasa kosong.




Nasib baik, saya dikejut dari mimpi benda yang selama ini melenakan saya dalam drama sedih kehidupan sebuah besi buruk. Kenapa saya biarkan toksik semalam menjadi karat yang susah nak diubat. Saya perlu berubah. Pertama, saya perlu ubah minda saya, barulah dunia sekeliling saya juga berubah. Untuk itu, saya perlu buang segala kekaratan yang sudah menjadi jasad. Saya perlu buang segala toksik semalam. Saya perlu fokus kepada 'sekarang' dan mengisinya dengan 'bagus, bagus, bagus' dan segala yang saya inginkan. 

Nak buang toksik ni susah. Saya kena istiqamah dan sabar. 

Walaupun perubahan minda itu sukar, walaupun saya terpaksa menanggung kesakitan, terpaksa memisahkan dan memecahkan segala toksik fikir yang selama ini membelenggu dan memenjara saya, saya tetap gagahkan juga. Saya buka, tanggal dan buang segala yang selama ini merosakkan saya.




Saya betulkan dalaman saya, walaupun ramai yang sinikal dan mencebik. Tidak ramai yang memberi galakan, malah ada yang kata, saya tak boleh berubah. Bila mereka lihat saya terbongkang berserabut macam ni, lagilah mereka yakin, saya tak boleh diselamatkan lagi. Mereka tak tahu, yang mereka lihat itu benda, bukan minda saya. Minda saya sudah saya isi penuh dengan 'visi' saya, yang bagus, bagus, dan bagus.





Saya betulkan segala yang terabai, sambung mana yang sudah tercabut, bentuk semula segala talian yang sebelum ini terputus.





Walaupun perubahan ini memakan masa (setahun), saya tetapkan minda dalam gelombang positif. Saya istiqamah dalam usaha saya, walaupun adakalanya menyakitkan. Memanglah, dari segi jasad, waktu perubahan ini saya nampak tonggang-langgang , mengarut dan tak tentu arah. Ramai kawan pun lari. Yang lari bukan kawan sejati.




Dalam keadaan jasad yang buruk dan berserabut ini, ramai juga yang ambil kesempatan memburukkan lagi. Tapi saya tetap jaga frekuensi minda. Saya takkan biarkan mereka ganggunya lagi.




Sedikit demi sedikit saya membuat transformasi. Saya bergerak untuk kembali kepada fitrah.Saya berubah atas keyakinan dan kepercayaan yang kukuh. Keyakinan lebih kuat dari pengetahuan.



Dari transformasi minda kepada transformasi fizikal. Pintunya niat, terasnya yakin dan percaya, kekuatannya pada cinta, vitaminnya...enjoy dan suka. 

Apabila minda sudah bertukar frekuensi, kulit luar yang terzahir juga bertukar frekuensinya. Kulit hitam ke, putih ke, cokelat ke, kuning langsat ke,.....semua tu berbagai-bagai, agar kita mengenal satu sama lain.






Mata saya masih belum bersuluh....tapi saya tetap yakin.

Syukur, banyak yang bergetar dalam gelombang minda sebelum ini, sudah terzahir jua.




Saya istiqamah dalam proses transformasi...





Akhirnya....

Saya.....kini. Bersama sebuah lagi keberadaan yang juga turut berhijrah seperti saya. Hijrah Muzium & Galeri Tuanku Fauziah USM menuntut istiqamah 5 tahun, jauh lebih lama dari saya. Tapi itu episod lain pula.




Setelah kembali kepada fitrah, saya kembali menjumpai makna diri .... saya adalah sebahagian dari gelombang perjalanan, titian, talian, pengembaraan, penerokaan, dari satu titik ke titik, tanpa henti....
 



Perjalanan masih jauh, namun kini saya sudah 'bersuluh'.




Adakala jalan lurus, adakala bengkok, adakala mendaki, adakala menuruni, perlu bijak dipandu. Siapa pemandu saya?



A = Anak ; S = nama bapak; 9 bulan lahir pemandu saya; 65: tahun lahir pemandu saya




Baka, kena jaga.



Komuniti kena ada



Pandang depan, sesekali renung ke belakang juga. Apapun, fokus pada yang 'bagus, bagus, bagus'.

Perlu selalu membuat 'refleksi' dan menjadi cermin pada yang lain juga.




Langkah bersuluh, gerak bersungguh.




Batin ok, jasad ok; pemandu ok, kereta ok.




Pintu selalu terbuka, untuk segala yang membawa kebahagian dunia dan akhirat.







Pemandu saya. Tolong doakan agar dia sentiasa berada di 'jalan yang lurus'.







Tiga dalam satu; satu dalam tiga. Batinnya saling-berkait, menjadi tanda zahir kepada episod hijrah dalam ribut drama serta hijab mimpi dunia. Bila niat hijrah berdetik, kita akan dijodohkan dengan mereka yang berkongsi gelombang yang sama. Hijrah ini dimungkin oleh genius seorang Keirol Khalid di Teluk Intan, Perak, bersama-sama dengan dream team beliau dikalangan car body, engine, interior experts di Teluk Intan. Salute!

Berhijrahlah sayang........Demi Masa mu.







3 comments:

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...