#h3rosedekad @mgtfusm . Pameran ini memilih hari & waktu utk mereka yg terpanggil. Yg 4 orang itu terpanggil tanpa seru. Haidin Nasir (kiri sekali) lulusan seni halus UiTM pernah lepak seminggu dgn saya di hutan paya bakau Kuala Selangor yg keras. Kami sama2 berguru dgn alam sambil menepis gurauan jin2 yg menghuni hutan. Selepas itu dia berguru di Port Dickson sebelum terbang ke Vietnam utk mewakili seniman muda Malaysia. Hari ini saya cuma nampak dia atas skrin tv dlm pelbagai watak. Azrai (2 dari kiri) lulusan MMU pernah singgah berguru di rumah saya, sekejap tapi dekat. Pengarah dan produser muda ini gigih menghasilkan kandungan berkualiti utk Astro & juga rangkaian2 lain, lokal & antarabangsa. Terkini, bersama Que Haidar, dia terbitkan telemovie "Bahalul" yg memenangi beberapa anugerah. Que lulusan Aswara. Bersama dgn Wak Dol (Zainorhisyam), Que mengarah telemovie itu. Wak Dol lulusan UiTM asal Teluk Intan, tanah tumpah kuah tempoyak saya. Tapi saya bugis, dia jawa, dua2 manusia.
Pentas mereka layar, pentas saya kanvas. Terbaru saya & kawan2 menzahirkan "H3RO:SEDEKAD". Mereka menzahirkan "LEBAI SAMPAN" & "BAHALUL". Dua2 pentas putih, kosong, memantul. Yg dipantul, cahaya. Yg dicerah, akal dan hati. Asalnya gelap. Gelaplah yg memanggil cahaya. Cahaya jatuh ke layar dan kanvas, jadi rupa. Rupa diadun jadi watak, lokasi, aksi, peristiwa. Semuanya bergaul menjadi cerita. Setiap cerita ada 'jalan', ada 'arch'. Jalannya menemu hero sebenar, protagonis dalam diri. Yg dikata musuh atau antagonis adalah projeksi diri sang protagonis juga, manifestasi getaran frekuensi rendahnya yg dihijab & dipasung graviti nafsu. Naik mendaki dari frekuensi rendah ke tinggi itu berinspirasi isra' mi'raj Rasulullah sendiri. Kita semua dlm sebuah ilusi perjalanan sebuah cerita si pelupa yg berusaha pulang ke rumah asal utk berjumpa dgn hakikat diri.
Kita si pelupa dlm cerita yg cuba mengingatkan bahawa diri itu penyaksi. Manakala yg disaksi itu sebenarnya layar kosong atau kanvas yg asalnya putih. Biasan cahayalah yg menghadirkan ilusi. Lensanya adalah akal yg perlu sentiasa dijernih dan hati yg perlu sering dibersih. Jika tak, gelap. Itu pilihan.
Sekian.













No comments:
Post a Comment