Sekejap je pesannya. Sekilas lintasan komet.
Kita singgah sat ke Muzium & Galeri Tuanku Fauziah (MGTG) USM. 'Throwback' "Bicara Kosmos - Seni & Sains". Para aktornya ialah aku, Tan Sri Mazlan Othman dan Dr.Chong Hon Yew. Majoriti audiennya para penuntut USM yg datang dari dua bidang - seni dan fizik. Jarang mrk kongsi ruang ilmu. Jarang ada komuniti seni-sains bawah satu bumbung majlis ilmu di universiti2. Apatah lagi pengkhususan, penjurusan dan pemisahan dlm pendidikan tinggi sgt menepu.
Tan Sri Mazlan dan Dr. Chong ialah dua sosok adiguru fizik yg muncul dlm radar sedar aku, walaupun aku terlatih sbg pelukis. Mungkin mrk manifestasi atau projeksi keinginan aku utk mengenal dunia sains angkasa serta fizik kuantum. Spt doa yg dimakbulkan agaknya la. Pada aku, sains angkasa dan fizik kuantum sering tergelincir masuk sempadan metafizik. Sejarah berguru cara kolab dgn dua insan ini panjang. Dengan Tan Sri Mazlan sejak 1998, dgn Dr. Chong sejak 2005. Mereka pula ada 'crowd' atau komuniti mrk sendiri. Tentunya tak sama dgn komuniti elit galeri seni kontemporari. Pada aku, inovasi jarang berlaku dlm arus perdana. Biasanya timbul di pinggiran atau sempadan antara bidang2 berbeza, yg jarang dilayan. Ini bukan aku memandai. Ini dari arwah guru sains sosial dan mantan bos aku Dr.Wan Zawawi. Dia guna istilah 'the in between' dlm meneroka sisi2 sains sosial yg jarang diintai. Rujuklah buku suntingan dia "Social Sciences in A Globalzed World..." lebih kurang gitulah. Aku tgh syok tulis ni malas nak 'google check'.
Dalam program Bicara di atas, seperti biasa, aku, Tan Sri Mazlan dan Dr. Chong cuba mencairkan dikotomi seni-sains. Istilah seni-sains sudah dijenamakan dgn hakcipta sbg Anugerah 'artscience' oleh Akademi Sains Malaysia. Kami cuba kongsi, bukan teori sj, tapi amali atau aksi. Tan Sri Mazlan sendiri dlm naskah kuliah terbarunya, bercerita tentang cakerawala menerusi narasi, gerak, tari, muzik, nyanyi & skrin l.e.d.
Semasa sesi soal jawab, seorang lagi adiguru tak rasmi aku, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak bangun memberi pendapat. "Kenapa perlu dibelah dua jadi seni dan sains. Kedua-duanya sebenarnya satu," gitulah lebih kurang dia berkata. Sesiapa yang berminat, boleh cari buku Dzulkifki Abdul Razak tentang membangun insan seimbang. Dia menghujahkan bahwa sistem pendidikan berpaksi materialisma hanya bawa kerosakan nilai keinsanan. Dia mengusulkan pendidikan berteras kalbu. Seni-sains bersatu. Hal penyatuan seni-sains ini sudah ada dlm epistimologi ilmu berpaksikan Tauhid, jika ditinjau beberapa sumber yg mengupasnya. Tak perlu aku ulang sini.
Pernah aku ulas buku Clarissa Lee, berjudul 'Artscience : A Curious Education'. Cubalah baca. Aku baca derafnya sebelum dicetak. Mungkin boleh mencelik.
Muka depan buku itu terpapar rekabentuk pintu masuk ke Galeri Interaktif Sains Perubatan USM. Aku lukis. Galeri itu terjemahan penyatuan sains dan seni, versi aku dan kawan2 yg seni dan rakan2 dari bidang sains khususnya sains perubatan. Hal galeri yg dekat di hati itu sudah aku gebang beberapa kali. Tak perlu ulang lagi.
'Artscience' jlnnya berliku panjang, sejak 1998. Asalnya dicetus dan dipacu Tan Sri Mazlan. Dia pakar fizik angkasa yg ketika itu mengemudi Planetarium Negara. Ketika itu dimurnikan sbg "Alami - Science-inspired Art". Seni berinspirasikan sains. Pertama kali dibuat di Langkawi dan kedua, di Gunung Kinabalu. Yg ketiga di Pulau Tiga Sabah, aku tarik diri krn ada urusan lain. Kawan2 lain yg turut bersama termasuk Zanita Anuar, kurator di Balai Senilukis Negara dan beberapa rakan pensyarah-pelukis & saintis seperti Dr. Wan Zawawi, Ham Rabeah, Mohainie Khalid, Kalsom Muda, Bibi Chew, Sooshie Sulaiman, Niranjan Rajah, Najib Dawa, Omar Bidin, Dr. Ibrahim Komo, Dr. Zaidie, Dr. Tajuddin dan ramai lagi. Senarainya panjang. Ada katalog kecil terbitan Balai Senilukis Negara, tapi aku tak pasti masih dicetak lagi atau tak. Berjaya ke program ni? Capai tak objektifnya?
Itu kena cerita lain kali la.
'Artscience' telah aku tekuni dhn aksi (bukan teori berdegar2 je ya) dlm pelbagai cara di USM - penyelidikan, eksperimen, penulisan & penerbitan, advokasi, rekabentuk kuratorial dan teknologi pameran utk muzium & galeri.
Terbaru, aku kongsii ulasan karya yg menang Anugerah Artscience edisi ke 3 baru2 ini. Edisi pertama dulu pun pernah jadi juri. Aku anggap sebagai kelas alami seni-sains. Byk aku belajar dari projek2 yg menyertai. Kenyang.
Dua hari lepas, perihal 'artscience' muncul lagi dlm layar sedar aku. Manifestasinya dlm 3 bentuk - Pameran Astrophotography berjudul "Kembara Angkasa", Pertandingan Seni Angkasa & Rekacipta Makhluk Asing. Semua di MGTF USM. Tempat ni di tepi, adakakanya menyepi terpinggir. Tapi kaya inovasi, dlm senyap. Tanpa bantuan algoritma berbayar.

Aku kembali bersama lagi dgn Dr.Chong. Kali ini menghakimi pertandingan seni angkasa utk para pelajar sekolah menengah. Juga dipanggil memberi input kpd rekacipta makhluk asing oleh para pelajar Pusat Pengajian Seni USM. Kedua acara ini jadi pentas inovasi. Byk potensi dan perlu promosi. Ia mencetus penggunaan otak kiri dan kanan secara simbiotik, alamiah, fitrah & saling melengkapi. Dunia angkasa dgn alam semesta yg luasnya tak terkata itu boleh menundukkan angkuh seni & sains. Ia membuka pintu kekaguman, bahawa adanya Maha Pintar sebalik kejadian2 kosmik. Dipanggil 'Intelligent Design'. Tiada yg 'kebetulan'. Perlu dihayati dari kedua sisi seni dan sains. Perlu saling melengkapi, saling merujuk. Kebesaran alam itu indah diimani menerusi pelbagai bidang. Ia meliputi aktiviti yg imaginatif, spekulatif, reflektif dan refleksif dlm memaknakan hidup yg dialami (bukan dibaca dari buku je).
Bila lihat karya anak2, spt dipesan lembut, "ingatlah tentang Isra' & Mi'raj Rasulullah." Kepala mendongak ke langit, hati tunduk pd Sang Pencipta yg Maha Bijaksana
Jom terbang ke langit. Pegasus aku dah 'ready' menanti:
"Jirim atau benda bukanlah sesuatu yang mutlak dan kekal.
Segala jirim dan benda termasuk ruang dan masa mempunyai
permulaan. Semuanya relatif dan berubah, bukan statik (Einstein, 1915).
Alam semesta berkembang sejak Letupan Besar atau Big Bang)secara berterusan (George Lemaitre, 1894-1966).
Ia tidak statik atau telah wujud sendiri sejak azali, tanpa permulaan. Pengesanan sisa radiasi atau cosmic background radiation membuktikannya (George Gamov 1934, Arno Penzias dan Robert Wilson 1965, juga George Smoot, 1989).
Jika kita mengembara ke belakang dalam ruang-masa, terbukti alam semesta berasal dari satu titik tunggal yang mempunyai 'isipadu sifar' dan 'ketumpatan tidak terhad', sebelum Letupan Besar.
'Isipadu sifar' maknanya satu titik tanpa sebarang isipadu. Tanpa isipadu bermaksud tidak wujud sebelumnya. Alam semesta termasuk manusia diCiptakan dari tiada.
Tegaknya alam semesta ini bukanlah hanya secara kebetulan. Ianya pasti mempunyai suatu tujuan (Roger Penrose)
Letupan Besar membawa pada ketertiban, keseimbangan yang kompleks dan teramat teliti.
Ketertiban, keseimbangan yang kompleks dan ketelitian ini sangat terancang untuk terhasilnya suatu planet yang selamat dihuni. Adalah mustahil untuk mengandaikan ia telah terjadi secara kebetulan atau telah wujud sejak azali.
Jika kadar pengembangan alam semesta selepas Letupan Besar itu berbeza walau dengan nisbah yang tersangat halus pun (di peringkat partikel atau sub-atom), tidak akan wujud planet yang selamat dihuni.
Jika terlebih atau terkurang, alam semesta dan planet yang selamat untuk dihuni akan roboh, runtuh dan musnah.
"Sekiranya kadar pengembangan satu saat selepas Bing Bang dikecilkan hatta satu bahagian dari seratus ribu juta juta, alam semesta ini pasti akan runtuh sebelum ia mencapai saiz yang ada sekarang." (Stephen Hawking).
"Ianya amat sukar untuk menentang kesan pada pemikiran yang struktur alam semesta di kala ini, yang nyatanya amat sensitif terhadap sebarang perubahan kecil, telah difikirkan dengan agak cermat....Nilai-nilai angka menakjubkan yang ditetapkan secara semulajadi terhadap pemalar asasnya secara jelas merupakan bukti paling nyata terdapatnya satu unsur rekaan pada kosmik." (Paul Davies)
"Setelah kita perhatikan semua bukti ini, muncul desakan pada pemikiran yang terdapat kuasa ghaib - atau lebih tepat lagi Kuasa - yang semestinya terlibat (dalam pembentukan alam semesta)." (George Greenstein)
Kuasa apa yang menjadikan alam semesta dari tiada kepada
diADAkan?
Mengapa alam semesta (dan kita sebagai manusia)
diADAkan?

No comments:
Post a Comment