Sunday, 12 September 2021

MENUNG DAN RENUNG TENTANG HIJRAH

 

Menung & renung tentang hijrah.

Institusi-institusi yg diberi amanah utk memurnikan nilai-nilai kemanusiaan yg tidak ketara (intangible) menerusi bidang2 kesenian, kebudayaan & warisan kini makin parah ditarah. Ia dihimpit tekanan 'pembangunan' kapitalistik pasaran bebas, globalisasi sasau & ledakan teknologi yg meratakan segalanya menjadi medan perlumbaan haloba.

Hubungan manusia dgn Pencipta, hubungan manusia sesama manusia & manusia dgn alam, termasuk semua makhluk hidup, makin carca-marba & terputus. Rasa keterjalinan makin terpisah & terasing. Rasa kesatuan makin jauh. Belas makin ditenggelami belasah. Yg toksid diketagihi, yg sihat dipinggiri. Wabak mental spt depresi makin merebak. Kualiti keisanan makin nazak.

Manipulasi pasaran, eksploitasi kelas pekerja & konsumerisma nafsu melebihi perlu, makin meracun & memanggang bumi menjadi ketuhar neraka. Minda yg bijak dgn kelulusan phd universiti bertaraf dunia, makin dijajah & dipandu hati yg korup & kering. Kerohanian dah jatuh bankrap, atau ditunggang menjadi komoditi & strategi jenama.

Sambil itu, perlumbaan memacu tamak, terus menggadai masa depan. Ketamakan merebak persis virus. Generasi anak-cucu-cicit giat dirompak. Sumber-sumber asli makin lupus. Unjuran produksi-distribusi-pertukaran modal-konsumsi terus membina kumbah-kumbah distopia yg tidak lagi lestari.

Keadilan sosial, ekonomi & politik makin menjadi mitos yg dipandang sinis. Segalanya taksub pada kuasa 'memiliki' & 'mempunyai', bukan 'menghidup' & 'menjadi' (baik dan belas). Sasaran akhirnya adalah memaksimum keuntungan. Itupun hanya untuk kelas pemodal-penguasa tanpa memikirkan kesan terhadap alam & manusia. Juga kesan terhadap 'bottom billion'. 99% yg menjadi robot hamba, dicandukan oleh yg kurang 1% dgn kesibukan menepati KPI, ROI. Robot-robot ini dipaksa berlumba, berkejar-kejaran, bersaing-berdengki-bergasak-bercakaran-bergaduh sesama sendiri tanpa henti. Mereka juga diumpan hutang yg perlu dibayar hingga 7 keturunan. Dari sekolah sampai tua, jadi hamba. 

Konflik ditanam & dibela dlm media mcm saka. Ia dipakej jadi candu yg boleh melali, mengalih & melena. Prestasi & produktiviti hamba-hamba disukat dgn hati kosong persis mesin tanpa empati atau belas, atas nama 'objektiviti saintifik', ketepatan empiris, efisiensi, daya saing & memaksimum keuntungan. Itulah model & paradigma pembangunan yg dianut dgn obses dan taat kini persis agama sesat. Ia menular merata bumi, termasuk. Yg terus tergadai adalah nilai2 kemanusiaan dlm kerencaman seni, budaya & warisan.

Yg dihimpit oleh piawaian kering ekonomi material ini termasuklah institusi-institusi yg diamanahkan utk mensejahterakan hal-hal bukan material - hal2 yg tak boleh disuku-sukat-sakat. Bahang pemanasan makin dekat dgn 'point of no return'.

Menyedihkan. Menggusarkan.

Kita berdepan dgn krisis penipisan belas yg kritikal. Saka kolonial masih menghantui. Kita amat perlukan anjakan paradigma atau 'hijrah', berpaksi kosmologi tradisi yg sudah terbukti sedia lestari dari dulu lagi. 

(Renung-menung depan Mgtf Usm )

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...