Wednesday, 11 August 2021

VAN GOGH

"APA YG DAPAT DIBELI DENGAN 145.5 JUTA RINGGIT?

Ismail Zain (Dewan Budaya, Mac, 1989)


5000 buah Proton Saga dan masih ada baki untuk aksesori atau 2 buah jet pejuang F16 atau 3 buah hotel mewah lengkap dgn kolam renang dan periuk belanganya sekali atau sekeping kanvas, saya ulangi, satu keping kanvas sebesar 28 x 36 inci, yg sudah daif keadaan fizikalnya, dengan tandatangan "Vincent, 1889". Demikian wang yang dibayar untuk lukisan bunga Van Gogh oleh syarikat insuran Jepun dalam tahun 1988. Adakah ini wajar? Bergantunglah kepada siapa yang menjawabnya. Soalan ini semacam soalan tentang wajarkah wang hantaran belanja kahwin mencecah $10,000 seperti yag berlaku sekarang. Kecuali bagi wang hantaran, premiumnya adalah pada peringkat awal. Selepas itu, peraturan 'sliding scale' mula mengambil alih, jika pihak yang sama terlibat juga. Van Gogh, yang agak bertentangan dengan imej artis menderita yang berleluasa secara popular, adalah amat profesional sebagai seorang usahawan. Abangnya, Teo, menjadi ejennya yang berkesan dengan mengendalikan galeri untuknya. Namun demikian, lukisan 'Iris' mungkin tidak mencapai $150 pun apabila dijual buat kali pertama. Sesungguhnya, sedikit benar komoditi yang melangit begitu daripada segi peningkatan harganya. Mengapa?


Hal ini bergantung kepada dua perkara. Yang pertama, pasaran kewangan atau 'money market.' Dalam pelaburan begini, wangnya bukan sahaja selamat, tetapi institusi anda juga terkenal ssebagai institusi berbudaya. Yang kedua mitos. Mitos tentang keunikan bekas tangan atau 'genius' artis - kesan 'industrial revolution' k.m 19, kononnya, artis adalah manusia yang lain daripada yang lain. Apa yang mereka buat adalah istimewa. Dalam hal ini, kerana pada amnya, lukisan lebih mudah, murah dan cepat dilaksanakan jika dibanding dengan penulisan novel atau penerbitan pentas, pelukis amat senang sekali dengan mitos ini. 'Don't rock the boat'. Satu daripada kritik Redza Piyadasa tentang 'abstract expressionism' ialah mengenai keterlibatannya dalam mitos artis sebagai genius dengan erti-kata segala conteng-contengan dan kesan-kesan berus yang tidak disengajakan pun penting."


Ada dua lagi perenggan dalam esei Allahyarham Ismail Zain ini. Carilah, jika mahu.

https://www.behance.net/gallery/11029347/MIRROR-MIRROR-ON-THE-WALL-(1994)



No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...