Saturday, 21 August 2021

MERDEKAKAH?















Apa yg kita fikir dan rasa, berkait terus atau menyumbang kpd realiti fizikal kita. Fizik kuantum dah buktikan.

Apa implikasinya?

Perubahan pada realiti dunia luar (dunia kasar) bermula dari satu 'tempat di dalam'. Maksudnya 'realiti dunia dalam' atau 'dunia halus'. Ia adalah dunia fikiran (akal) dan perasaan (kalbu) kita. 

Jika nak berubah, mestilah bermula dgn mengubah cara 'dunia halus' kita melihat realiti dunia kasar. 'Dunia halus' menyumbang kepada realiti 'dunia kasar'.

Dalam kata lain, persepsi dan sikap kita terhadap dunia kasar adalah refleksi atau bayangan dunia halus kita.

Pendekkan cerita, jom tanya....,kita ni semua 'happy' ke?

Nak jawab tu, kena tanya lagi, kita ni melihat dunia kasar dari lensa 'dunia halus' yg 'happy' ke? 

Atau dari lensa 'dunia halus' yg penuh benci dan marah?

Tanya lagi. 

Kita ni secara umumnya sedang melihat dunia kasar yg dipanggil negara Malaysia dari lensa 'dunia halus' yg macam mana? 

Kasih sayang? Benci? Selamat? Terancam?

Jika kasih sayang, baguslah. InsyaAllah, terhasillah dunia kasar yg penuh kasih sayang dan belas.

Kalau benci?

Jika kita sebelum ni sibuk sgt nak selamatkan mcm2 hal dunia kasar, selamatkan dulu dunia halus masing-masing dari ancaman benci, hasad-dengki, tamak-haloba, tak syukur nikmat, angkuh, sombong, bongkak, berburuk-sangka, dan segala saka penyakit dunia halus. 

Orang yg dunia halusnya sendiri penuh benci, tak boleh menyelamatkan negara dari kebencian. 

Orang yg dunia halusnya dengki, tak boleh menyelamatkan negara dari kedengkian. Org yg dunia halusnya tamak, tak boleh menyelamatkan negara dari ketamakkan. Orang yg dunia halusnya sakit, tak boleh menyelamatkan negara dari kesakitan. Orang2 macam ini, ketagih dgn candu dengki, tamak, benci dan mcm toksid. 

Oleh itu, kepada yg komited nak selamatkan negara Malaysia, jom la kita sama-sama selamatkan 'dunia halus' kita ni terlebih dulu dari segala mcm bahana dan penyakit. 

Merdeka! 

(Posting ini akan 'self-destruct' bila dilupakan. Takpa, terpulang).



No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...