Dia guru seni lukis aku yg pertama. Masa itu aku baru 11-12 tahun. Belajar malas melukis rajin. Dia layan aku mcm anak sendiri. Rumah dia jadi rumah kedua aku. Beraya di rumah dia acara wajib. Anak dia (seorang je) jadi kawan baik aku. Dia layan minat aku melukis. Aku selalu lepak studio dia sambil tengok dia melukis, dan sedut bau tarpentin campur asap rokok benson&hedges dia.
Dia kenalkan aku pada cat minyak, tarpentin, minyak linseed, kanvas, pelet, berus. Ada masa dia suruh aku si budak darjah 6 touch up lukisan dia. Kalau ada pertandingan seni lukis, dia mesti panggil aku. Setelah aku sambung belajar & kerja, jarang berpeluang utk jumpa. Tak pernah dpt peluang utk balas budi. Cuma dapat sekali hadiahkan potret ini utk dia, selepas tamat pengajian seni halus di uitm 1988. Sekarang cikgu Aziz dah takda, cuma dpt hadiahkan dia Al-Fatihah.
Ilmu lalu lagi osem dari ilmu buku. Di dinding itu lukisan cikgu Aziz. Sekitar 1976/77. Itulah antara rujukan seni yg awal utk aku. Masa tu aku tak tau pun apa bendanya teknik pointilism, impressionism, partitive mixing (warna bercampur dlm minda), mood cahaya, warna sejuk panas dan neutral dan segala ilmu buku.
Sejauh mana pun belajar, setinggi mana pun ijazah, sehebat apa pun pangkat dan gelaran, anugerah dan hadiah, segala kpi, indeks dan nombor yg dicapai, tidak sama dgn ilmu lalu yg mengajak kita pulang kpd guru2 yg pernah membuka denai awal utk kita.
Numpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*