Thursday, 28 July 2016

DIAM BERISI

Ramai yg memetik dari kata2 Saidina Ali (kalau tak silap saya) bahawa 'kejahatan berleluasa bukan kerana banyaknya orang jahat, tapi kerana banyaknya org baik yg berdiam diri terhadap kejahatan'. 

Petikan tu osem, tapi pada gua, 'berdiam diri' tu bukanlah bermaksud 'tidak bersuara'.

Ia merujuk kepada mereka yang bersuara tapi tidak menyusul suara itu dengan tindakan. Memang ramai yg boleh bersuara, memberi reaksi, buat bising, marah2, maki2, beri komen dalam media sosial, jadi pahlawan 'keyboard' atau ustaz-jadian (ustaz tanpa tauliah) dan  memuntahkan segala jenis reaksi 'knee-jerk' tumpang-sekaki. Ini mudah, cepat dapat perhatian, dan untuk segelintir, senang jadi popular atau hero. 

Namun itu semua pada gua tak bermakna jika tak disusuli dengan usaha gigih, tindakan dan aksi proaktif untuk menyelesaikan punca sesuatu kejahatan itu timbul. Tindakan sebegini perlu tekun dan istiqamah (yg memakan masa dan lebih menguji kesabaran). Jika tiada tindakan sebegini, itulah yg dimaksudkan dgn 'berdiam diri' (walaupun zahirnya kelihatan riuh bersuara).

Oleh itu, janganlah cepat sangat nak menghukum orang lain sebagai 'berdiam diri' jika dia 'tak bersuara'. Dia mungkin bersuara melalui tindakannya yg istiqamah dan memakan masa bertahun-tahun, bukan mulutnya atau reaksi kecoh je. 

No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...