Yg bijak, hanya nampak masalah, kekecohan dan kekalutan. Ramai. Yg sedar, nampak aturan dan ketenangan abadi di belakang segala itu. Sedikit. Jom bangun. (Kredit sumber, Carlos A. Arias)
"Yg sedar, bagaikan irama muzik
Bergetar tiada kaku dan beku
Ia membisik, dan melembutkan kasar mu"
("Setiap Sekarang")
Imajan di atas merumuskan dgn ringkas, mudah dan tepat tentang apa yang boleh dimanfaatkan dari teori kuantum. Antaranya adalah bahawa terdapat satu Kearifan Inifinit atau satu Aturan Infinit yang mendasari segala ketidak-pastian dan kekalutan kuantum (dipanggil quantum fuzziness atau uncertainty). Ia juga mengingatkan saya kepada 'Yang Maha Mengetahui' dan 'Asmaul Husna'. Frasa dan istilah yg lahir dari kajian dalam bidang fizik kuantum seperti deeper level of hidden variables, finer level of substratum, Planck level, a field of infinite wisdom seakan menempiaskan ide yang sama tentang aturan yang lebih halus (ghaib/batin) di sebalik segala hijab ketidak-pastian dan kekalutan; juga Satu Kuasa yang mendasari aturan tersebut. .
No comments:
Post a Comment