Monday, 10 August 2015

TAK AKTIF?

"Tak aktif berkarya lagi ke?"


Saya membuat penyelidikan, mengumpul-semula bahan2 berkaitan projek H3RO yg merentas 6 dekad, mengolah jalan cerita dan lakon-layar untuk dua filem pendek projek H3RO, mengatur kerja produksi dan penggambaran di beberapa lokasi, menggubah dua lagu baru, menulis liriknya, melatih Ainina untuk menyanyikan lagu ciptaan, juga menyanyi dan merakam di studio rakaman untuk mixing, menulis naratif lisan dan mengolah latar visual untuk persembahan H3RO, membuat persediaan untuk bercerita, menyanyi sambil bermain gitar secara live untuk persembahan H3RO, memilih lokasi, melakar setting untuk ruang persembahan, dan menyusun acara. Saya juga menulis blog, aktif mengemaskini status posting fb & instagram projek H3RO utk makluman umum, melakukan kerja2 rekabentuk, promosi dan hebahan dgn iphone yg serba-guna. Setakat ini majoritinya pakai modal poket sendiri.

Dik, berkarya ni, bukan melukis catan utk dipamer di galeri dan dijual pd kolektor je tau. Bukak la sikit minda, haluskan jangkauan rasa tu, k. 

Stay osem, love. 


No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...