Sunday, 15 June 2014

SELAMAT JALAN 'HERO'KU - AL-FATIHAH.


BAPAK
Selamat berhijrah. 
Selamat bangun dari lena mimpi benda.
Tenanglah dalam taman indah. 
Disinari cahaya ilmu dan amal yang sudah kamu tanam dalam jiwa 
anak mu ini.





Setelah dua minggu menjadi saksi Bapak bergelut
dipaut, dirangkul, dicium
digenggam kuat jari-jemari tangan mu
yang bergetar hampir tanpa henti
mendepani segala yang anak mu ini tak sampai hati jadi saksi
meruntun, menggoyang, menggegar hati keras anak mu ini 
 menatap mata mu yang sayu
memandang terus telus melepasi batin ku
membaca bibir mu yang tidak henti cuba berkata tanpa suara
mentafsir tulisan mu yang sukar dibaca kerana tangan mu sudah tak berdaya
bersolat, bersyahadah, berzikir bersama mu
hinggalah saat anak mu bersyahadah untuk mu.
Menjadi saksi kamu pergi dengan aman.
Memandikan mu
Mensolatkan mu
Menguburkan mu
Aku redha.


BAPAK
Jasad mu sudah tiada
namun kamu tetap bersama ku 
buat selamanya.

BAPAK
air ku ketika dahaga
tongkat ku ketika rebah
Hero ku
Kekasih yang tak jemu menunjukkan anak mu yang lalai ini jalan yang benar
Bapak tunggu ya
anak mu ini di pintu syurga.


2 comments:

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...