"Lepas/Letting go" (2010) |
Saya cuba sampaikan apa yang diajar pada saya sekadar yang mampu dan kita sama-sama mohon perlindungan serta petunjuk Allah.
Minda itu alat. Alat perlu ada tuan. Alat tidak boleh menguasai tuannya. Tuannya adalah yang menyaksikan perlakuan minda. Jika tidak, alat ini (minda) akan terus bising mencipta 'mimpi benda' sebagai makanan kepada bayangan diri yang disebut dalam bahasa moden sebagai 'ego' atau 'aku'.
'Aku' dan kehidupan fizikal dimungkinkan oleh proses minda. Ada yang menggelarnya mimpi kebendaan atau singkatnya mimpi benda. Kehidupan dunia atau bayangan atau mimpi benda hanyalah titian (atau ujian), bukan destinasi. Begitu juga dengan 'aku' atau ego tadi, ilusi yang dipinjamkan sementara je, tak kiralah sehebat atau sehensem mana pun. Jika mimpi benda ini dipegang (maksudnya, dijadikan berhala/kekal/kiblat/sasaran/tujuan/matlamat/KPI/destinasi mutlak), kita akan lena tenggelam dalamnya, jadi berat berkarat, hingga cahaya hidayah tak boleh masuk.
Saya selalu dipesan agar selalu berusaha kembali menjadi saksi kepada perlakuan minda, agar tidak lena, lalai atau lupa. Apatah lagi untuk orang macam saya yang suka berfikir dan sering perasan bahawa fikiran saya kononnya hebat dan bagus. Usaha untuk kembali menjadi saksi ini persis perang kerana minda akan berdegil terus mencipta mimpi benda (angan-angan benda) untuk menggemukkan dan memberatkan ilusi ego.
Semua manusia, termasuk yang sedang menulis ini, sentiasa terjerat (dan terus cuba dijerat) dalam mimpi benda yang menggemukkan ego. Bab ego jantan ni, dulu masa lebih belia, memang layan sampai setengah mati. Tapi cerita toksik peribadi ni kongsi dengan Allah lebih afdal daripada dibuat drama. Sampai sekarang pun, saya sendiri belum lepas bebas dari toksiknya. Tapi inilah perang yang lebih hebat. Adakala menang adakala kalah. Dari mula kita celik mata bangun tidur hingga pejam mata untuk tidur, minda menjadi 'battle field' antara gelombang/tenaga/frekuensi baik dan jahat, darth vader atau obi wan knobi, cahaya atau kegelapan etc.
Bonda dan ayahanda saya ada pesan, jika ada ketika terasa ego tercalar atau dicalar, itu bagus, kerana ia mengempiskan ego dan boleh menjadi pintu untuk kembali menjadi saksi kepada perlakuan minda. Ada banyak cara kita diberikan poskad amaran (kifarah) untuk mengempiskan ego. Saya pernah dapat sms yang kata saya punya esei 'idiotic'. Mula-mula nak bersilat, lepas diingatkan bonda, saya rasa perlu berterimakasih pada penghantar sms tersebut. Jangan tunggu poskad amaran berat-berat untuk 'tersedar', sudahlah. Minta disimpangkan.
Saya juga dipesan agar jangan pula dibuang laluan dunia. Jika sudah dapat 'maintain' dalam keadaan 'penyaksian' atau 'sedar'(dapat cahaya/terjaga/enlightened), apa yang dikatakan kehidupan dunia itu akan jadi lebih nikmat dan berkat. Kita tahu bahawa semuanya ilusi, pinjaman, sementara, tak kekal, transient, berubah-ubah. Kita akan sentiasa berada dalam kebebasan (dari perangkap/jerat minda dan perasaan). Kita sentiasa dalam ketenangan, kebahagian dan kesejahteraan abadi. Kita menjadi 'ada' yang mengikut fitrah dan berdamai dengan frekuensi seluruh alam. Kita akan dapat menikmati dan melepasi mimpi benda, sebelum bertransformasi untuk menikmati dimensi yang seterusnya pula (akhirat). InsyaAllah.
Itu yang semampu disampaikan.
Macam manapun, harap tuan dapat pi jumpa guru utk tanya. FB untuk buka boleh le. Saya tanya ayahanda dan bonda, mereka pula berguru dengan ramai guru lain, termasuk ninda saya. Guru-guru ini menyambung apa yang Nabi Muhammad s.a.w.kita dah wasiatkan.
Kalau rajin, bacalah Misykat Cahaya oleh Imam Ghazali. Dia ulas tentang kuantum, sebelum teori tu orang putih jumpa dan claim dia punya. Tapi dia taklah guna istilah canggih kuantum.

"Cahaya Atas Cahaya/Light Upon Light"(2010) |
Kalau ada yang tak betul, tolong bagi tau. Kalau ada yang boleh kongsi, silakanlah.
"Tunduk/Bow" (2010) |
No comments:
Post a Comment