CATATAN MINDA KEMBARA SOLO
(dengan pindaan)
Hari ini aku bercanda
siap dengan aksesori buas
dari Amerika dibuat ragam
dikutip dari Bukit Kayu Hitam
"buat apa beli?" bonda bertanya
"lebih baik naik kereta!"
"Lagipun kamu kan lecturer"
"tak jaga cara ke?"
"jangan nak ngorat pula!"
Ini bukan disclaimer my Bonda
jangan risau...
anakanda bukan penjaja gaya
mahupun subscriber budaya
apalah ada pada hukum rupa
lebih molek kembali
pada dalil semangat dan jati jiwa
Nasib baik juga
Helena menghadiahkan naskah 'Zen bermotosikal'
"Terimakasih atas kuliah impromptu
Tapi Helena, itu dianggap justification ku sahaja
alasan untuk lebih bergaya
aku ni yuppie la kononnya
lebih pedih pengutip 'bohsia'
apalah nasib, apalah dosa?
Tidak sedar aku sudah lama bercanda
di atas dada......
............sebuah peta
Jumpcut ke Amerika :
Toyota dihangat
Rozana sedia untuk bulan madu
Shatri dan Satira setia
menunggu untuk dipandu
Kami buka peta
meniti titik ke titik
merah saga jadi penanda
perjalanan dan perhentian rasa
Peta berkata
titik ke titik ke titik ke titik
titik ke titik ketit tik ketit tik tik ketit
ke titi titi titi
titi
ke
titi
Carbondale * Indiana * New York * Albany * Rochester *
Buffalo * Niagara * Toronto *
Detroit * Chicago * St. Louis *
Memphis * Dallas * Nashville
Titi ke titi
Tit tit tit
it it it
i.t
Aku kembali ke bulatan Tabuan
berlagu dalam fikiran :
Inilah peta buana baru
gelombang melayar warga Melayu
bagai serapah menghalau hantu
kembara maya kini perlu berilmu
titik ke titik ke titik ke titik
Makadunia * Kida Hindi * Gangga Negara * Bukit Siguntang * Bentan * Tanjung Bemban * Temasik * Majapahit * Perlak * Siam * Pasai * Cina * Kampar * Siak.......
Demikian penerokaan pengembaraan
jumpaan
meniti titik dan garisan
Kini peta baru telah dilakarkan
bukan lagi sekadar hukum asal sebuah lukisan
namun adalah ungkapan perjalanan dan perhentian
yang berterusan
meneruskan warisan melukiskan perwatakan
di atas peta tanpa bersempadan
titik...titi...tit...I.T
engkau merisaukan
Sebelum konar baring di bulatan Samarahan, aku teruskan :
Dari titik ke titi
adalah medan juang dan percubaan
menguji ketahanan
erti pengorbanan
menjaga perbatasan
walau keseorangan
menerima kesilapan
menjana harapan
meminjam masa hadapan
menyingkap hijab sempadan dan zaman
Untuk bapak-bapak dan ibu-iBUDAYAWAN
jangan putus harapan dan rawan
hulur tangan sedekah bekalan
pentas ini jangan dipulaukan
fikirlah apa nak jadi pada watan
hilang dalam maya fikiran
Ini bukan ketibaan
bukan juga pemergian
kerana semua
adalah ilusi ujian
perjalanan berterusan
mencipta garis
meninggalkan waris
Titik ke titik ke titik ke titik
Titi ke titi ke titi ke titi
Tit tit tit tit
i,t i.t, i.t, i.t
ciptakan peta baru
menjadi perhentian kembara ilmu
pengawal watan
penjaga batasan
pencipta garisan
perupa warisan
batin
Duhai sahabat
biarkan aku dengan kuda ku
kerana ia taat
mengajar erti perjalanan dan perhentian
kembara yang berterusan
Aku yang ganas terus melalak
"dari titik ke titik ke titik ke titik
Pasai * Mekah * Benua Kalinga * Melaka * Pahang * Tanjung Pura * Muktabar * Samudra * Seletar * Muar * Bertam ...............
bukakanlah hijab akal dan perasaan
(UNIMAS, Sarawak, 1997)
Titik ke titi ke tit i.t
Duhai sahabat
teruskan kembara membuka hijab sempadan, zaman, akal dan perasaan
Fukuoka * Tokyo * Kyoto * Yamaguchi * Islamabad * Karachi * Shanghai * Beijing * Brisbane * Manila * Bangkok * Singapura * Jakarta * Jogjakarta * Denpasar * Ubud * Surabaya * Bandung * Seri Bengawan * Kuching * Kota Kinabalu * London * Jeddah * Madinah
*
huh sungguh mendalam maksud nya . best
ReplyDeleteterima kasih en. hasnul ... mengingatkan
ReplyDeleteSama sama Nuar.
Delete