Friday, 9 June 2017

JAGALAH KESEJAHTERAAN RUANG BATIN KITA

Bayangkan medan getaran rendah-berat yg sakit seperti berikut:

Marah, berang, bengang, geram, sakit-hati, meluat, menyampah, tak suka, benci, iri-hati, dengki, hasad, dendam, risau, khuatir, gusar, sedih, putus asa/harapan, kesal, rasa bersalah, keliru, rungsing, terganggu, tamak, tak bersyukur, tak puas hati, tak rela, tak terima, tak redha, hasrat tak capai, kecil-hati, jauh-hati, terluka, rajuk, sayu, pilu, rindu. 

Bayangkan getaran di atas dipanggil oleh seorang yg tak stabil getarannya. Kemudian disumbat dlm sebuah ruang tanpa diatur dan diimbang dgn julat getaran sihat yg tinggi-ringan. Pengunjung yg masuk ruang itu boleh sakit dan rosak batinnya, selalunya tanpa disedari. 

Jagalah kesejahteraan ruang batin kita.


 








MEDAN GETARAN TENAGA KUANTUM

Ruang galeri adalah medan getaran tenaga kuantum yg halus. Atur la elok2 jgn sampai rosakkan batin manusia yg mengunjunginya. 

Sebab itulah, yg mengaturnya perlu stabil dan laraskan tenaga kuantum halusnya terlebih dulu. Bukannya main 'ku-ator' je sayang oii. 

Stay osem uol. 



Thursday, 8 June 2017

RUMI


RUMI

25. 
The universe is not outside of you. Look inside yourself, everything that you want you already are.

24. 
Actually, your soul and mine are the same, we appear and disappear in each other.

23. 
Don’t be satisfied with stories, how things have gone with others. Unfold your own myth.

22. 
Raise your words not your voice. It is rain that grows flowers not thunder.

21. 
Know that one day, your pain will become your cure

20. 
Your heart knows the way, run in that direction

19.
These pains you feel are messengers, listen to them.

18. 
I know you’re tired but come, this is the way

17. 
Be patient where you sit in the dark, the dawn is coming

16. 
Stop acting so small, you are the universe in ecstatic motion

15. 
Let yourself be silently drawn by the strange pull of what you really love. It will not lead you astray.

14. 
It’s your road and yours alone others may walk it with you, but no one can walk it for you.

13. 
Everyone has been made for some particular work and the desire for that work has been put in every heart.

12. 
Why are you so enchanted by this world, when a mine of gold lies within you?

11.
Love is the bridge between you and everything.

10. 
If you find me not within you, you will never find me. For I have been with you, from the beginning of me

9. 
If you are irritated by every rub, how will you be polished?

8.
Let the beauty of what you love be what you do.

7.
Your task is not to seek for love, but merely to seek and find all the barriers within yourself that you have built against it.

6.
In your light I learn how to love. In your beauty, how to make poems. You dance inside my chest where no-one sees you, but sometimes I do, and that sight becomes this art.

5. 
What you seek is seeking you.

4. 
Yesterday I was clever so I wanted to change the world, today I am wise, so I am changing myself.

3. 
Lovers don’t finally meet somewhere, they are in each other all along.

2. 
There is a voice that doesn’t use words, listen.

1.
The wound is the place where the light enters you

Sunday, 4 June 2017

SAINS DAN LINGUISTIK DISEBALIK 'ARRIVAL (2016)'

Satu ulasan yg osem tentang filem 'Arrival' yg aku terserempak dlm fb. 
Oleh Zamir Mohyedin.

Moga dpt pencerahan, 


SAINS DAN LINGUISTIK DISEBALIK 'ARRIVAL (2016)'

Aku perhati, antara kelemahan filem sains fiksyen adalah tarikan pada peringkat awal iaitu tajuk dan kaver.

Kau perhatikan tajuk dan kaver filem 'Interstellar', 'Martian', 'Gravity' dan yang aku baru tengok semalam, 'Arrival'.

Kavernya 'kosong' dan 'sunyi', ditambah pula tajuknya sepatah perkataan cuma. Perkataan itu pula adalah jargon sains. 

Aku masih tak nampak lagi macam mana orang boleh tergerak nak mencuba tonton filem-filem ini pada peringkat awal sedangkan tarikan awal saja dah tak cantik.

'Martian' dan 'Gravity' itu pun aku tak tonton lagi, tahu?

Okey, filem 'Arrival' ini dia lebih kepada intelektual sentrik. Tak ada aksi apa pun. Tapi pengolahan dan penyampaian cerita yang membuatkan cerita ini jadi menarik walaupun ada orang tak faham.

Aku cuma nak kongsi pengetahuan disebalik filem ini.

1. Adakah Alien wujud?

Aku ada naikkan artikel ini, sila rujuk pautan berikut,

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1456243117729195&set=a.461154530571397.101937.100000305631702&type=3&theater

Dalam artikel itu ada sembang manusia pernah mendapat isyarat daripada angkasa, pelaburan yang dilakukan untuk mencari tamadung asing, reaksi dan bancian manusia terhadap kedatangan alien.

Carl Sagan pernah berkata, "Sama ada kita hidup seorang ataupun ada makhluk asing di alam ini, kedua-dua jawapan sangat menakutkan."

2. Ortografi tak linear (non-linear orthography)

Dalam filem ini watak Dr. Louis Banks kata, "Mereka (alien) gunakan ortigrafi tak linear. Adakah mereka berfikir macam itu juga?"

Okey, kita pergi satu-satu. Apa itu ortografi?

Ortografi adalah salah satu daripada disiplin linguistik. Linguistik ini bukan orang yang belajar banyak bahasa tapi orang yang belajar sifat-sifat bahasa seperti bagaimana bahasa dibentuk, bagaimana bahasa mempengaruhi budaya, bagaimana bahasa mempengaruhi sosial, dan macam-macam lagi.

Ortografi pula adalah set peraturan bagaimana bahasa itu ditulis termasuk bagaimana ia dieja dan disebut. Bahasa manusia adalah linear.

Linear ini maksudnya ada arah dan 'cause-effect'. Contohnya bahasa Inggeris ditulis dari kiri ke kanan. Bahasa Arab ditulis dari kanan ke kiri. Bahasa Mandarin dari atas ke bawah.

Bahasa jadi tak linear bila tak ada arah dan susunannya menjadi rawak. Contohnya macam dalam filem 'Arrival' ini tunjukkan. Struktur tulisan alien semua berbentuk bulat, tak ada permulaan dan pengakhiran kerana permulaan dan pegakhiran berada di satu tempat yang sama.

Kemudian, susunanya pula rawak (random) sehingga kalau ikut pemahaman kita, ia macam tak logik. Contoh mudah, 

"Aku Zamir." Tapi tulisan tak linear ini boleh jadi "Zamir aku" ikut suka dia. Ini baru dua patah. Kalau banyak patah perkataan, kadar kerawakan lagi tinggi dan sukar untuk dibaca.

3. Hubungan antara Linguistik dan Minda.

Sekali lagi aku petik kata-kata Dr. Banks, "Mereka (alien) gunakan ortigrafi tak linear. Adakah mereka berfikir macam itu juga?"

Ya, adakah bahasa mempengaruhi pemikiran manusia?

Pada tahun 1940, Edward Sapir dan Benjamin Whorf pernah mengusulkan hipotesis bahawa bahasa membentuk minda manusia. 

Mereka menyatakan struktur bahasa menentukan bagaimana kita melihat dunia ini. Hipotesis mereka ini dipanggil sebagai 'Relativiti Linguistik'.

Dalam filem ini menunjukkan bagaimana berbezanya alien membentuk konsep masa dengan manusia membentuk konsep masa.

Bahasa manusia yang linear membuatkan manusia melihat dunia menjadi linear iaitu dunia bergerak dari masa lalu dan terus bergerak ke depan, satu-satu dan ia tak berlaku dalam satu masa.

Bahasa alien yang tak linear membuatkan alien melihat dunia dalam keadaan tak linear. Bagi mereka, tak ada istilah masa depan dan masa lalu kerana semuanya berlaku dalam satu masa seperti mana permulaan dan pengakhiran tulisan mereka berada di satu tempat yang sama.

Konsep masa alien ini dapat dlihat oleh diri Dr. Banks sendiri yang mengalami visi atau mimpi dia melihat dirinya di masa lalu dan masa depan setelah menerima 'hadiah' daripada alien tersebut.

4. Pemahaman Baru Tentang Masa?

Otak adalah organ yang misteri. Manusia belum dapat memahami otak secara sepenuhnya. 

Dalam awal filem ini, Dr. Banks ada kata, "Memory is a strange thing, bound by the order of time."

Aku fikir filem ini cuba melunakkan hipotesis Sapir dan Whorf tadi. Hipotesis mereka ini sebenarnya agak kontroversi dan banyak tentangan.

Memori kita tersusun dalam bentuk aturan dan linear. Maksudnya, kita ingat suatu perkara dalam bentuk aturan dari masa lalu, hinggalah ke masa kini.

Tapi, filem ini cuba nak meneroka sekiranya manusia mampu menstrukturkan bahasa menjadi tak linear, otak akan akan mula 'rewired' menjadi tak linear, lantas menjadikan memori kita tak teratur dan tak linear.

Kemudian, menjadikan manusia mampu melihat masa hadapan.

Seterusnya, ia menjadi masa itu tak linear. Masa tak linear ini macam tak ada konsep masa lalu dan masa depan, sebab ia berlaku dalam 'bulatan' dalam masa yang sama.

Benda ini pula akan membawa kita kepada pengetahuan lain tentang realiti yang dibina oleh persepsi manusia. Aku ada tulis artikel pasal ini. Boleh rujuk pautan berikut,

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1452890938064413&set=a.461154530571397.101937.100000305631702&type=3&theater

Adakah apa yang kita lihat di hadapan kita benar-benar wujud ataupun sekadar hologram daripada otak ktia sendiri.

5. Apakah bahasa sejagat (universal language)?

Bahasa sejagat, semua orang kena setuju, ia adalah matematik. Bukan bahasa Melayu, bukan bahasa Inggeris. Apatah lagi bahasa Arab.

Dalam realiti, apabila bertemu dengan alien, saintis memang bercadang nak gunakan bahasa matematik untuk berkomunikasi. Kita boleh nampak Dr. Ian cuba nak cari kalau alien ada gunakan 'nombor Fibonacci' ataupun 'nombor perdana' (prime number).

Sebab matematik adalah 'bahasa' yang alam. Bahasa yang membentuk struktur-struktur alam. Di mana pun alien duduk, ia duduk di alam yang sama dengan manusia. 

Bahasa sejagat yang dibawa oleh filem ini adalah bahasa alien tersebut. Ia masih mengandungi struktur matematik, cuma penulisannya sukar difahami oleh manusia kerana rawak dan tak linear.

Ia boleh jadi juga, bahasa tersebut membawa persamaan matematik yang baru sepeti yang Dr. Ian mahu mencari formula mengatasi kelajuan cahaya.

6. Adakah manusia mampu memindahkan minda mereka ke masa hadapan?

Bila fikirkan soal ini, aku teringat dua perkara iaitu 'Steins Gate' dan 'Quantum Teleportation'.

Steins Gate adalah anime tentang masa. Dalam anime ini, ada ditunjukkan babak watak utama mampu memindahkan memori dan minda mereka ke masa lalu.

Tapi dalam filem ini, memori Dr. Banks boleh ke mana-mana seperti tiada aturan kerana memorinya telah dicabut daripada konsep masa yang linear.

Quantum Teleportation ini pula ada perbincangan yang sangat panjang. Tapi aku ringkaskan. 

Kemajuan manusia dalam mekanik kuantum telah membuatkan manusia rasa mampu teleport manusia ke mana-mana saja.

Ini pun mereka ada bincang pasal pemindahan jasad dan minda. Adakah cukup pindahkan minda saja ataupun perlu pindahkan kedua-duanya sekali.

Sifat kuantum itu menjadikan quantum teleportation menjadi sangat rumit.

7. Adakah masa mampu jadi tak linear?

Kalau ikut pengetahuan manusia kini, masa tak mampu jadi tak linear. Menurut Einstein, ruang dan masa bersatu. Ruang terus berkembang ke depan, jadi masa pun akan terus gerak ke depan.

Ia tak mampu bergerak ke belakang ataupun pusing secara bulatan sesuka hati jadi tak linear. Perkara ini disebabkan oleh hukum termodinamik kedua iaitu entropi.

Entropi telah menyebabkan masa mempunyai arah dan arah itu pula ke depan dan ia menjadi linear.

Kalau kita tak bersetuju dengan hipotesis relativiti linguistik tadi, mungkin kita bersetuju dengan hukum ini.

8. Adakah terdapat sesuatu yang lebih laju daripada cahaya?

Dr. Ian dalam filem ini tertanya-tanya dan mencari formula daripada alien tentang pengetahuan sesuatu yang lebih laju daripada cahaya.

Kalau ikut teori relativiti Einstein, memang tiada apa yang boleh bergerak melebih cahaya.

Tapi, terdapat beberapa fenomena yang menyanggah perkara tersebut seperti fenomena keterbelitan kuantum (quantum entanglement). Nak cerita panjang pulak. 

Tapi benda ini yang menyebabkan Einstein menghabiskan seumur hidup dia untuk mencari sifat deterministik kuantum. Sebab ini juga dia tak suka dengan mekanik kuantum sebab menyanggah teori relativiti dia sendiri.

Satu lagi fenomena adalah kejadian inflasi sewaktu Big Bang. Pada waktu inflasi ini, ruang-masa berkembang melebih kelajuan cahaya.

Sebenarnya agak sesuai dengan istilah 'nothing can go faster than light' sebab ruang itu sendiri adalah kosong dan 'nothing'.

INFORMATION & DATA

Information and data do not touch people's hearts, wokay. 

APASAL LA LU SUKA CARI & VIRALKAN PENYAKIT??


APASAL LA LU SUKA CARI & VIRALKAN PENYAKIT??

dan Kenapa (Why) #gemabelas2017 ? 

Cakap terus-terang je la ya. Sebab kita ni sakit! dan selalunya suka sgt 'cari penyakit' (termasuk yg tulis ni). Ya, sebab tahap kesihatan mental kita kritikal walaupun ramai taknak mengaku. Ada yg suka tunding pd org lain, atau hanya pandai komen, ulas, membahan, men'spin' dan viralkan kes2 mental tak sihat ni saja, selalunya dari satu sumber saja dan tanpa usul periksa. Masalah kesihatan mental menyerang semua org tanpa mengira label di dahi - budak2, org2 muda, tua, org seni, org sains, ahli2 politik, org2 yg mengaku alim, pemimpin, pendidik, pelajar universiti, dll. 
Kita semua amat perlu 'saling-menyembuh', sekarang, setiap sekarang. Belas itu menyembuh. Belasah itu membunuh. Ihsan dan memaafkan itu menyembuh. Jomla gemakan belas, bukan belasah. Moga kita semua sejahtera dlm dakapan kasih dan belas. Sentiasa osem, anda semua!

(Lets b direct. Because we are sick! and usually like to attract sickness (including the guy who is writing this).  Yez, the level of our mental health is critical, though many dont want to admit. There are those who like to point fingers, or only good in commenting, reviewing, exploiting, spinning and viraling such mental cases, usually based on one source and without further investigation. Mental health problems can inflict anybody regardless of what label one wears on his/her forehead - kids, young and old people, science people, art people, politicians, people who claim they are pious, leaders, educators, university students, etc. All of us need to heal each other, now, every now. Compassion heals. Mercy and forgiveness heal. Hate kills. Join us in echoing compassion, not hate. May all of us b happy in the embrace of love and compassion. Stay awesome uall!. #belasinsan #belasalam #balaiseninegara

BELAS DALAM BAHAS

Cairkan fikir jadi zikir.


Tanamkan zikir dalam fikir
agar ada belas dalam bahas.


Fikir utk akal, zikir utk kalbu
Bila kedua-dua bersatu
'May the force b with u'. 

TENAGA KUANTUM

Fikiran dan perasaan kita saling bertaut, yg secara kolektif membentuk medan tenaga yg melingkari hidup kita sbg sebuah komuniti, masyarakat, lokal dan global. 

Apa yg kita PILIH utk fikir dan rasa secara kolektif pd setiap detik, akan membentuk apa yg kita alami secara kolektif pada setiap detik, dan masa depan. 

Alangkah bagusnya jika tenaga yg dibazirkan utk kutuk-mengutuk, sindir-menyindir, hentam-menghentan, maki-hamun, umpat mengumpat, viral-meviral & bahan-membahan digunakan utk mendoakan yg baik2 utk kesejahteraan diri, keluarga, semua manusia, semua makhluk dan seluruh alam. 

Fokuskanlah tenaga kuantum (fikiran dan perasaan kita yg saling-terpaut itu) ke arah menghasilkan medan tenaga yg sejahtera utk persekitaran kita.  

Sekian pesanan khidmat masyarakat tanpa penaja. 

Friday, 2 June 2017

GANGGUAN MENTAL.

Antara tanda2 gangguan kesihatan mental adalah memilih utk cepat2 memberi dan menyebarkan reaksi terhadap satu sumber viral tanpa usul-periksa dan tanpa meninjau sumber2 lain. Ijazah termasuk PHD tidak menjamin seseorang itu terselamat dari gangguan ini. 

Dikirimkan doa pendinding.

MANY SHADES OF A STORY

There are many different sides and shades of a story. Yet, even the so-called 'sober' and 'academic' individuals can fall into the laziness of subscribing to only one side or 'source'. 

DEKAT DI JANTUNG YU XIN

DEKAT DI JANTUNG YU XIN Apa yang tersurat di wajah mungkin tak sama denga apa yang dibaca oleh ECG. Ini yang diterokai oleh Yang Yu Xin. Dia...