Peristiwanya di anjung masjid. Aku duduk mengadap tubuh arwah ayahanda yg sudah terbujur kaku. Bonda datang ke sebelah ku. Lepas tu, dia buka kain yg tutup wajah ayahanda. Dia usap wajah ayahanda. Dia cium dahi ayahanda yg sejuk. Sambil tu, bonda berkata, "tunggu saya nanti, di pintu syurga." Lepas tu saya peluk bonda, dia terus lemah dan menangis di bahu saya. Ketika itu, walaupun sedih, saya rasa spt kami dipeluk. Yg peluk itu, amat tenang. Sampai sekarang aku cari balik rasa tu, tak dapat. Tak jumpa.
(Cut to..) Sesudah setahun, satu melodi dan lirik bergetar dlm hati aku. Masa tu aku sedang mengusahakan #H3ROziarah . Aku gubah "Di Pintu". Sebahagian liriknya, gini....
"Walau diberi seluruh dunia
Tak dapat membeli sebidang syurga
Tunduklah duhai sayang, lupuskan haloba
Moga kita bertemu di pintu syurga."
Setahun selepas aku berkembara dgn @h3roziarah , aku yg byk defisit ini telah disental dari terlalu obses mengejar haloba. Kemudian, tapak ini muncul pula memanggil aku dan isteri @rozanasbatik . Tiap kali aku ke sini, aku teringat, diberi seluruh dunia pun, tak dpt beli sebidang syurga. Tamak haloba tidak membawa kedamaian. Manusia bijak berhati kering takkan faham. Kini aku lebih rindu pada ketenangan, bukan kepandaian yg amgkuh. Kesyukuran, membawa pada ketenangan. Mungkin spt yg aku rasa ketika aku dan bonda dipeluk oleh satu ketenangan infinit di depan tubuh arwah ayahanda yg kaku. Manala tau, aku dpt rasa di tapak kecil ini, walaupun cuma bayangan sebidang syurga.
No comments:
Post a Comment