Tuesday, 5 October 2021

MEMBAYANG MAKSUD

 Pantul

Ismail Zain pernah mengkritik logik linear Aristotlean yg menjadi asas kpd konsep sejarah seni barat. Sejarah tu dari bahasa Arab, shajarat bermaksud pokok. Sejarah itu bukan linear tapi mencapah & meranting. Anak2 murid Ismail Zain juga kini dlm bidang2 seni & budaya yg mencapah & meranting spt pokok2. Sanad ilmunya atau 'benih2 rohani' (istilah Pramoedya), mencapah.

Konsep ruang-masa dlm tradisi itu lebih kpd non-linear, bukan linear spt sejarah seni barat. Konsep ruang-masa tradisi itu bersifat 'cyclical' atau bersifat kitaran, lingkaran, putaran, lengkungan. Ia dekat dgn paradigma kuantum, bukan fizik klasik. Ismail Zain juga pernah mengatakan bahawa musuh utama tradisi adalah sejarah seni yg linear itu sendiri. Pemikiran dia lebih molek dikupas & dikritik oleh mereka yg pakar dlm teori2 kritikal & budaya, bukan ahli sejarah seni mahupun pengamal seni yg terkepung dlm modenisma saja. Kritik pula hadir setelah benar2 masak dgn subjek yg mahu dikritik. Jika tak, ia hanya mengumpat & membawang je.




No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...