Friday, 24 July 2020
GRAFITI, SENI JALANAN & MURA
GRAFITI, SENI JALANAN & MURAL PUBLIK DGN GENERASI MILENIA
Dari pandangan 'orang tua'.
Kita sentuh hal 'orang tua' sebelum pergi pada generasi milenial yg muda2.
Manusia pra-sejarah sudah melukis di dinding2 gua sejak zaman paleolitik awal (lebih kurang 40,000 hingga 35,000 tahun dulu, sori kalau salah). Di Lascaux Peranchis, dilukis haiwan2 besar spt bison. Di Gua Niah, Sarawak dilukis bot panjang dgn susunan figura manusia seakan menari. Ada juga di Gua Tambun. Di Kota Tampan, Lenggong, Perak (negeri tanah tumpah kuah tempoyak org yg menulis ni) ada juga bukti kehidupan manusia Pra-sejarah. Tulang Perak man usianya 11,000 tahun dulu. Tulang Perak woman, 8,000 tahun. Yg menulis ni pun Perak man prasan seni man, tapi masih hidup, baru 56 tahun. Belum tua.
Dari zaman paleolitik awal ke mesolitik (zaman batu pertengahan) ke neolitik (zaman batu baru) ke zaman logam, ada bukti2 kegiatan awal manusia, termasuk melukis. Zaman mesolitik (35,000 - 10,000) hingga zaman logam (2,500) meninggalkan jejak2 & bukti2 penghijrahan manusia dari Yunnan China, India, Mesir, Timur Tengah & Jawa ke Semenanjung Emas (panggilan oleh Ptolemy).
Mural publik sudah dilukis sejak manusia pandai bina bangunan. Boleh rujuk byk tamadun, peradaban & zaman - Mesopotamia, Mesir, Bizantin, Barok, Rokoko, Roman di Timur Tengah & Eropah hingga ke Kerala India & China. Ada yg dilukis atas plaster kering (dipanggil 'secco') ada yg dilukis atas plaster basah ('fresco'). Lukisan mural biasanya dilukis utk dikekalkan, menjadi sebahagian dari seri bangunan. Tujuannya ada macam2 - meliputi cerita, peristiwa & watak2 terkait dgn agama, politik, sosial, ekonomi, kebudayaan & teknologi. Seni mural kebiasaannya dilukis atas upahan (commissioned), ditaja oleh pihak yg ada modal & kuasa, sebolehnya tahan lama & sering ikut nada, agenda, propaganda pihak yg mengupah & menaja. Ia sering ada patron (bukan jenis minyak ya, maksudnya penaung) yg mendokonginya, walaupun adakalanya tak nampak atau tak ketara.
Ringkasnya, aktiviti melukis adalah antara kegiatan manusia yg paling tua, selain aktiviti spt memburu. Secara tak langsung, ilmu & bidang lukisan juga ilmu & bidang yg paling tua. Mohon maklum ya, terutama utk yg suka rendah2kan dan me'vandalise' kerja melukis ni.
Melukis di dinding, kini pada abad ke 21, sudah giat ditekuni generasi milenial yg muda2. Sejarah, susur-galur, simpang-siurnya juga rencam, ada intrig, drama, kontradiksi, ironi, isu, persoalan yg semuanya menarik utk disembang2, dingumpat2, dibawang atau utk lebih berbunyi cerdik, diwacanakan.
Nama & konteksnya pun sudah berubah & bercambah. Dari 'tagging' (spt 'I was here') ke seni graffiti (berasas tulisan) dan kemudiannya seni jalanan (street art, berasas imejan), ia sering dikaitkan dgn 'sikap' dan latar sosio-ekonomi miskin bandar & politik menentang. Ini termasuklah protes, rebel/melawan/menentang, kurang ajar & tak makan saman (recalcitrant), guerrilla & taktikal, sub-budaya, hip-hop, indie. Lazim asalnya, pelukis street art tak dikenali (anonymous, walaupun ada yg dah terkenal spt Jean-Michel Basquait, Keith Harring, Banksy), ia dilukis tanpa kebenaran, takda lesen, tak kekal (boleh dipadam, dilukis semula, dipadam lagi), takda pembeli, takda majlis perasmian, takda perasmi, takda acara minum2 bersosial dgn kolektor, takda pasaran, takda geran kerajaan atau swasta, takda iklan & promo dasyat2, takda liputan media yg gah, takda pengupah, takda penaja dan takda penaung.
Tujuan asalnya ada macam2. Tetapi sering dikaitkan dgn niat menyuarakan protes terhadap sesuatu isu yg tidak dpt disuarakan di 'platform'2 rasmi. Dinding2 bangunan, dinding2 subway, keretapi, tiang jejantas, dll dijadikan tempat bersuara utk mereka yg suaranya sering disenyap, ditindas atau dipinggir. Isunya pun macam2 - politik, ekonomi, alam sekitar, gender, bangsa dll. Sasaran yg lazim adalah syarikat2 besar, gergasi2 korperat trans-nasional dgn penguasaan media & skop penjenamaan serta pengiklanan yg menguasai ruang urban seluruh dunia, pemodal2 besar ekonomi global kapitalisme pasaran bebas, kerajaan & institusi2 yg dijadikan instrumen penindasan ekonomi oleh pemodal2, apa jua yg mewakili sistem ambil-alih ruang awam & peminggiran orang miskin di bandar2.
Dalam konteks asal & awal sebegini, seni jalanan boleh dibaca sebagai antara suara nurani kelompok masyakarat bandar yg terpinggir & miskin. Ia menyentak, menyelak, membongkar, mendedah, mengingat, memesan, menegur hal2 yg selalunya ingin disorok dari publik oleh pihak yg berkuasa.
Itu konteks asal & awal seni graffiti & jalanan, terutama ketika ia baru muncul di celah2 kota, subway, keretapi, bawah jejantas di kotaraya New York sekitar 70an.
Konteksnya kini sudah berbeza
Sejak akhir2 ini, di merata pusat2 bandar negara2 maju & membangun, ia sudah makin diangkat, dinatural, dinormal & diberi legitimasi dgn panggilan2 seperti seni urban, intervensi urban, rekabentuk ambien & rekabentuk persekitaran utk digerakkan dan dipacu dgn gigih oleh generasi milenial. Tapi ini cerita utk posting lain, kalau ada 'mood' la.
Sebelum tutup, mungkin bagus juga jika dapat mengingatkan diri bahawa seni mural, seni graffiti, seni jalanan yg kini makin membiak di kota2 sampai ke pekan2, baik yg masih elok mahupun yg sudah diconteng & dipadam, boleh dijejak asal-usulnya dari lukisan2 'orang2 tua' dulu2 sejak zaman batu.
Sekian.
(Gambar throwback dgn AininaHasnul, 2019)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
AYAHKU & NELAYAN
(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...
-
Langkah mula Lam Alif di atas merupakan satu langkah permulaan langkah Silat Titi Batang. Penanda reflektor pada pergelangan tangan d...
-
Adiguru lukisan saya, Amron Omar. Esei ini panjang, sesiapa yang ada short attention span , dinasihatkan banyak berselawat. P...
Numpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*