Monday, 21 November 2016

RAHMAT BAHGIA

18 November lepas, Damia yg istimewa (down sindrom), datang ke Kebun saya bersama bapanya. Umurnya 17, tapi tubuhnya comel seperti anak 7 tahun. Bila hujan, dia suruh kami diam. Berbisik pun jangan. Dua jari telunjuk kiri kanan tunjuk ke atas, sambil mukanya tegas marah tanpa suara kerana kami bercakap. Waktu tu, saya rasa seperti ditegur oleh Yoda atau pendita yg berusia 100 tahun. Setiap kali lihat bendera Malaysia, Yoda ini jadi bersemangat dan teruja gembira. Dia bergambar dgn bendera Malaysia, dgn pelbagai pose istimewa. Saya kata dlm hati, "inilah  'rahmat bahagia, Tuhan kurniakan'". Ya, 'istimewa' lebih sesuai dari panggilan OKU. Perlu dingat, mereka membawa pulang pingat Olimpik utk Negara, melaungkan 'rahmat bahagia' dgn penuh semangat hingga mata saya berair melihatnya. Seminggu selepas Damia muncul, saya tercampak ke Aik Hua, yg menyekolahkan ramai anak2 OKU. Saya dengar mereka nyanyikan lagu Negara Ku beramai-ramai. Sepintas saya teringatkan Damia, bendera Malaysia dan 'rahmat bahagianya' dia atas kurnia Tuhan. 




No comments:

Post a Comment

AYAHKU & NELAYAN

(Selepas "Ayahku dan Angkasawan" oleh Ibrahim Hussein) Kita singgah ke Kampung Baru, Manjung, Perak. Ini pekan nelayan. Dekat deng...